Chapter 10

2.9K 211 11
                                    

"Wah! Macam pasangan yang sedang hangat bercinta..''

Anak mata Miyeon dan Jun terus tertumupu kepada pemilik suara itu.

"Park Sora..''

Miyeon menoleh memandang ke arah Jun kelihatan riak wajah lelaki itu berkerut. Kan dah cakap dia tidak patut rapat dengan Jun.. "Ahh! Kim Miyeon!!! Kenapa dengan kau ni.'' mata Miyeon terus memandang kembali ke arah gadis yang sedang berdiri dihadapan mereka itu.

"Hai, Jun ni ke yang you buat sampai busy sangat tak telefon I?" gadis itu berkata dengan nada yang kedengaran begitu sinis sambil matanya merenung tajam ke arah Miyeon.

Park Sora atau lebih dikenali dengan gelaran "Queenka'' di sekolah. Memiliki kecantikkan yang sungguh menawan yang mampu membuatkan semua pelajar terutamanya pelajar lelaki tertarik dengannya. Dia juga seorang anak orang berada. Pun begitu kecantikkan serta kekayaan yang dimiliki membuatkan dia menjadi terlalu sombong dan susah untuk di dekati. Tetapi cuma seorang sahaja yang ada di dalam hatinya iaitu Jun.

Jun dan Sora dahulu adalah pasangan kekasih yang dianggap pasangan paling bahagia disekolah tetapi segala-galanya musnah selepas Jun mengetahui yang Sora telah curang kepadannya. Tetapi Sora tetap menafikan dan kini dia cuba untuk meraih kembali cinta Jun itu.

"Kita kan dah putus, Sora awak tak payah nak dekat-dekat dengan saya, sebab saya benci awak!'' bicara Jun.

Sora tersenyum sinis, kelihatan riak wajah gadis itu langsung tidak menunjukkan sebarang reaksi terkejut dengan kata-kata dari Jun itu.
"Wait and see..'' gadis itu terus berlalu selepas selesai berkata demikian.

Miyeon menarik nafas panjang. Dia kenal sangat Sora itu kalau dia dah renung dekat orang macam tu memang habislah orang itu akan menjadi musuhnya. Ahh! Selama dia bersekolah disini, inilah kali pertama dia mempunyai seorang musuh, dan paling mengerunkan musuhnya itu seorang yang bukan senang untuk ditewaskan.

"Saya minta maaf Miyeon...''

Mata Miyeon terus melirik memandang ke arah Jun. Kelihatan lelaki itu mempamerkan riak wajah serba salah, dia tahu Miyeon dalam bahaya Sora pasti akan melukakan gadis itu. Dan ini semua salahnya.

"Ahh~ kenapa dengan awak ni? Tak perlulah awak nak minta maaf lagipun bukan salah awak okaylah saya nk masuk kelas dulu. Kita jumpa rehat nanti.'' kata Miyeon sebelum dia mengatur langkah pergi.

Jun hanya memandang langkah Miyeon sehingga gadis itu hilang dari pandangan matanya..

"Saya akan jaga awak Miyeon..''

***

"Okay, kelas saya nak kamu semua hantar kerja sekolah yang saya beri semalam. Siapa yang tidak hantar berdiri di luar kelas!'' Tegas Puan Lim.

Semua pelajar mula menghantar kerja sekolah masing-masing. Sementara Miyeon kelihatan agak gelisah sambil dia menyelongkar begnya mencari bukunya tetapi dia tidak dapat menjumpai buku tersebut.

"Kau cari apa tu?" Seungcheol bertanya selepas melihat Miyeon gelisah begitu.

"Alamak!! Macam mana ni saya terlupa bawak buku!!' beritahu Miyeon.

"Yah! Macam mana kau boleh terlupa? Pabolah!'' Seungcheol membalas dengan nada yang geram.

"Ish! Awak ni, janganlah marah saya.'' kata Miyeon.

"Siapa yang tak bawak buku sila berdiri sekarang!'' teriak Puan Lim di hadapan.

Miyeon mengeluh lalu dia pun terus bangkit dari tempat duduknya.

"Kim Miyeon kamu tak bawak buku kamu?" Puan Lim bertanya. Miyeon hanya menganggukkan kepalanya.

"Sekarang saya nak kamu berdiri di luar kelas sekarang!'' teriak Puan Lim lalu dengan langkah longlai gadis itu melangkah menuju ke luar kelas untuk menerima hukumannya.

Arghh!! She Is My Wife? Where stories live. Discover now