Chapter 11

2.8K 204 1
                                    

“Kem!! Yeeaaahhhh!!’’ teriak Miyeon sekuat hati. Gadis itu kelihatan sangat gembira kerana sudah lama dia menunggu hari ini.

“Happynya dia..”

Miyeon menoleh memandang Jun yang sudahpun berdiri bersebelahan dengannya itu.

“Eh! Jun, hmm.. happylah. Lama saya tunggu hari ni.’’ jawab Miyeon.

“Saya akan jaga awak Miyeon.’’ kata Jun sambil dia cuba untuk memegang tangan Miyeon. Miyeon terkejut terus mengalihkan tangannya dari dipegang oleh Jun.

“Wah! Pasangan bahagia disini rupa-rupanya..’’

Kedua-dua anak mata Jun dan Miyeon melirik kearah suara itu.

“Sora…’’ mata Miyeon terus membuntang apabila dia melihat Sora yang sedang berdiri di hadapan mereka itu.

“So-Sora, awak buat apa dekat sini?” Jun bertanya dengan nada yang kelihatan agak gugup. Dia sendiri tidak menyangka yang Sora akan ikut serta dalam kem ini.

“Hmm.. Kenapa? I tak boleh ke join kem ni? By the way, I tak sabar nak tengok moment apa yang akan korang buat mesti sweet kan?” ujar Sora sinis sambil tersenyum.

“Apa yang Sora maksudkan itu?’’ bisik hati Miyeon. Mata Miyeon melirik kearah Jun. Kelihatan peluh mula membasahi dahi lelaki itu sambil matanya masih merenung tajam kearah Sora. Apa yang sedang berlaku sebenarnya ini?

“Saya tak cakap pun tak boleh cuma tak sangka awak pun nak join kem macam ini ..’’ Jun menjawab, sementara Sora masih tersenyum.

“Okay semua, sila berkumpul disini ..’’ arah Puan Lim

Semua pelajar terus berkumpul di hadapan cikgu.

“Baiklah masih ada beberapa pelajar lagi yang masih belum sampai jadi saya mahu awak semua sila pastikan barang kamu semua lengkap sebelum kita bertolak dalam masa 30 minit dari sekarang..’’ Puan Lim mengingati pelajar-pelajarnya.

“Baik, Cikgu!!’’ teriak semua pelajar.

“I rasa barang I tak cukuplah..’’ Sora berkata sambil dia memandang kearah Miyeon dan Jun.

“Pergilah check, ada banyak masa lagi kan?” kata Jun.

Sora mempamerkan senyuman sinisnya. “Barang I tak cukup sebab dah kena curi oleh seseorang.. dan I akan pastikan I dapat barang tu balik.. dan hukum orang curi BARANG I tu..’’ ujar Sora yang sengaja menekan perkataan “barang” seperti ada maksud tersirat disebalik kata-katanya itu.

Miyeon terkaku. Kenapa jantungnya berdebar-debar bila mendengar kata-kata dari Sora itu? Seperti ada makna di sebalik dari kata-kata itu.

“Miyeon, jom kita pergi dari sini..” Jun pantas menarik tangan Miyeon. Rasa panas pula hatinya bila mendengar kata-kata dari Sora itu? Barang? Mengarut saja.. perempuan tu memang dah gila.

“Game ni makin best..’’ kata Sora sendiri sambil tersenyum..

**********

“Jun..”

“Hmm.. Kenapa?”

“Saya.. saya suka kawan dengan awak.. tapi Sora dia..’’

“Saya dengan dia bukan ada apa-apa hubungan dah.. dia tak boleh halang saya nak berkawan dengan sesiapa pun.. Miyeon.. abaikan apa yang dia cakap itu. Saya tahu dia tidak akan nekad nak buat benda yang bukan-bukan sebab saya dah lama kenal dia..’’ ujar Jun.

Miyeon hanya berdiamkan diri. Sebenarnya kalau diikutkan hatinya dia memang terfikir untuk menjauhkan diri dari Jun. Sebab dia sedar dia sudah berkahwin dia tidak patut rapat dengan mana-mana lelaki lagi. Lagi-lagi sekarang suaminya tiada dekat sini, dia tak nak dituduh curang dibelakang suaminya. Tetapi.. Seungcheol sendiri yang tidak membenarkan orang tahu mengenai hubungan mereka.

Arghh!! She Is My Wife? Where stories live. Discover now