"Awak, kenapa lambat?" Miyeon bertanya setelah Seungcheol naik ke dalam bas itu.
"Jalan jem..'' spontan Seungcheol menjawab. Miyeon terus mencebik.
"Orang tanya betul-betul dia jawab main-main..'' gomel Miyeon perlahan tetapi dapat didengar dengan jelas oleh Seungcheol. Seungcheol tersenyum sendiri selepas melihat wajah Miyeon itu. "Comel..''
"Ahh.. nah, botol kau..'' kata Seungcheol sambil dia menyerahkan botol air itu kepada Miyeon. Miyeon menyambut botol yang diberi dengan senyuman.
"Gumawo oppa..'' ucap Miyeon perlahan.
"Ah? Apa?''
Miyeon tersentak dan terus memandang ke arah Seungcheol.
"Ahhh—"
Aduhai! Macam mana pula boleh terkeluar perkataan "oppa'' itu? Miyeon hanya tersenyum kelat.
"Tak, tak..'' jawab Miyeon tergagap-gagap.
Seungcheol hanya mengelengkan kepalanya sebelum dia melabuhkan punggungnya di kerusi bersebelahan dengan Miyeon.
"Aku duduk sini bolehkan?'' kali ini Seungcheol meminta izin kepada Miyeon. Miyeon hanya tersenyum sebelum mengangguk.
Nampaknya hubungan diantara dia dan Seungcheol sudah semakin baik.
****
Setelah menempuh berjalan panjang akhirnya mereka sampai ke sekolah.
"Weh, kata dekat Encik Lee ambik aku dekat bus stop tau?" kata Seungcheol.
"Okay...'' jawab Miyeon pendek.
"Weh, Seungcheol pergh! Pasangan yang sweet..'' usik Mingyu.
"Pehal kau ni? Jomlah..'' lalu Seungcheol pun terus berjalan turun dari bas diikuti Mingyu, Wonwoo dan Vernon dari belakang. Sementara Miyeon masih lagi duduk disitu sambil memandang ke arah Seungcheol.
Satu keluhan berat dilepaskan oleh Miyeon. Agaknya sampai bila Seungcheol mahu merahsiakan hubungan mereka ini? Bila agaknya semua ini akan berakhir.
****
Setelah memastikan Miyeon sudah bergerak keluar dari pekarangan sekolah. Seungcheol pun terus berlalu pergi menuju ke arah tempat teman-teman sedang berkumpul. Dan sewaktu dia ingin mengatur langkahnya tiba-tiba telefonnya berdering menandakan ada satu panggilan masuk. Lantas Seungcheol terus menganggkat panggilan tersebut.
"Hello..'' jawab Seungcheol.
Dan kemudian panggilan itu terus dimatikan oleh pemanggil. Melihat pada skrin yang tertera nombor itu bukanlah dari orang misteri yang selalu menghantar mesej kepadanya. Siapakah pula orang ini?
Seketika kemudian telefon Seungcheol mendering yang kali ini menandakkan ada satu mesej masuk. Lantas Seungcheol terus membuka mesej tersebut.
"LET'S PLAY A GAME, CHOI SEUNGHCEOL -From J-"
Buat seketika Seungcheol terkaku. Mengapa jadi begini? Mengapa keadaan tiba-tiba jadi rumit begini? Siapa pula yang telah menghantar mesej ini kepadanya?
Sekali lagi ada satu mesej baru masuk.
"Choi Seungcheol, please be careful..''
kali ini mesej itu dihantar oleh nombor lain. Iaitu nombor yang selalu menghantar mesej kepadanya.
Untuk seketika Seungcheol terkaku. Lepas satu, satu masalah datang dan dia sendiri tidak tahu dari mana mulanya semua ini.
YOU ARE READING
Arghh!! She Is My Wife?
FanficPerkahwinan yang di atur oleh keluarga? Seungcheol langsung tidak menyangka yang ibunya akan menyuruhnya untuk berkahwin pada usianya yang masih mentah itu. Lebih memeningkan kepalanya apabila mengetahui calon isterinya adalah perempuan yang paling...