Chapter 17

2.6K 199 52
                                    

Sewaktu di dalam kelas, mata Miyeon melirik ke arah tempat duduk Joshua yang kelihatan masih lagi kosong itu.

"Joshua tak datang ke?" tanya Miyeon sendiri.

"Hoi!! Wonwoo aku yang kena masuk dululah!!'' Mingyu pantas menolak badan Wonwoo sehingga menyebabkan lelaki itu tertolak ke tepi.

"Hoi! Nak masuk pun gaduh ke?" marah Seungcheol sambil dia menolak kasar badan Mingyu itu.

"Sakitlah Seunghcheol!'' dengus Mingyu.

"Padan muka kau..'' balas Wonwoo.

"Kau!!'' Mingyu terus memberikan renungan tajam kepada Wonwoo. Wonwoo pula pantas melarikan diri pergi ke arah Vernon.

Miyeon hanya memandang langkah Seungcheol yang sedang berjalan ke arahnya itu.

"Asal pandang orang macam tu?" marah Seungcheol sambil meletakkan begnya di atas meja.

"Awak ni saya pandang pun awak nak marah..'' kata Miyeon perlahan.

Seungcheol hanya tersenyum sebelum dia melabuhkan punggungnya di atas kerusi.

"Haik! Merajuk ke? Perempuan kalau marah sikit nak merajuk je.'' perli Seungcheol. Miyeon hanya berdiam malas dia mahu melayan Seungcheol itu.

"Kim Miyeon merajuk dengan Seungcheol ke?"

Miyeon tersentak apabila mendengar kata-kata yang baru dirucap oleh Seungcheol itu.

"Apa awak kata?" soal Miyeon sambil dia merenung kearah Seungcheol di sebelahnya itu.

"Hmm.. aku tak suka ulang balik apa yang aku cakap..'' jawab Seungcheol spontan.

"Awak ni... sudahlah ..'' balas Miyeon dengan nada yang merajuk.

"Merajuklah puas-puas aku tak akan ulang balik apa yang aku cakap..'' beritahu Seungcheol.

Miyeon hanya mencebik geram. Dia dah malas nak layan perangai Seungcheol tu. Seungcheol hanya tersenyum entah kenapa dia suka melihat muka marah Miyeon itu.

"Eh? Joshua mana? Dia tak masuk kelas lagi ke?" Seungcheol tiba-tiba bertanya sewaktu dia melihat ke arah tempat duduk Joshua yang masih kosong itu.

"Saya tak tahu awak, dia tak pernah tak datang sekolah..'' jawab Miyeon.

Seungcheol terdiam buat seketika dia teringat akan mesej yang dihantar buatnya itu.

"Kawan atau dia? Yang mana kau akan pilih?"

Mesej yang telah dihantar buatnya itu sungguh mengelirukan.

"Seungcheol..''

Seungcheol tersedar dari lamunannya matanya melirik ke arah Miyeon.

"Petang nanti saya nak pergi taman..'' beritahu Miyeon.

"Pergi taman? Buat apa kau nak pergi taman? Kan kita nak pergi rumah omma kau?" ujar Seungcheol.

"Hoshi minta tolong saya ajar dia. Awak jangan risau dekat taman je kami pergi..'' kata Miyeon.

"Tak boleh..'' kata Seungcheol.

"Awak? Tapi saya dah janji sekejap je.'' rayu Miyeon.

"Boleh. Tapi aku ikut ka.'' kata Seungcheol.

"Ikut? Awak nanti Hoshi akan peliklah kalau awak ikut saya..'' kata Miyeon.

"Kesah pulak aku." balas Seungcheol bersahaja.

"Choi Seungcheol!!!"

"Alah, kita beritahu jelah yang kita dah kahwin apa susah kan?" sambung Seungcheol. Miyeon terdiam adakah Seungcheol benar-benar nekad mahu orang tahu mengenai status hubungan mereka?

Arghh!! She Is My Wife? Where stories live. Discover now