Keesokkan paginya. Miyeon mengatur langkahnya menuju ke ruang makan.
“Morning omma, morning appa, morning awak!’’ sapa Miyeon dengan penuh gembira sambil dia mengambil tempat duduknya disebelahnya Seungcheol.
“Lambat kamu bangun .. ’’ tiba-tiba Puan Kim bertanya. Miyeon yang tersenyum sumbing sambil matanya sempat menoleh memandang ke arah Seungcheol.
Seungcheol tidak melayan Miyeon dan terus mengalih pandangan ke arah lain. Miyeon terus mencebik apabila melihat reaksi Seungcheol itu.
“Miyeon, Seungcheol lepas balik dari sekolah balik sini kejap .. omma nak kamu berdua tolong bawa kimchi yang omma buat nanti bawa balik rumah tau?” kata Puan Kim.
“Nae, omma..’’ balas Miyeon.
“Kamu berdua nak appa hantarkan kamu berdua ke sekolah ?’’ Tuan Kim tiba-tiba bertanya.
"Ahh, appa tak apalah kami boleh—"
“Kami boleh pergi sendiri appa" Seungcheol pantas memintas kata-kata dari Miyeon itu.
“Pergi sendiri? Are you sure?” tanya Tuan Kim lagi yang memerlukan kepastian.
“Ya, appa lagipun kami memang nak singgah ke kedai sebelum ke sekolah takut nanti menyusahkan appa nak tunggu kami. Kami boleh naik bas dan appa dengan omma janganlah risau saya akan jaga Miyeon baik-baik..’’ kata Seungcheol dengan panjang lebar.
Miyeon yang berada disebelah hanya terkaku dengan kata-kata yang baru sahaja keluar dari mulut Seungcheol itu. Memang sah perangai Seungcheol memang pelik sungguh..
“Baiklah, appa dan omma percayakan kamu Seungcheol ..’’ balas Tuan Kim sambil tersenyum.
****
Seungcheol dan Miyeon pun terus berjalan bersama menuju ke sekolah. Sewaktu dipertengahan jalan Seungcheol tiba-tiba memberhentikan langkahnya.
“Miyeon..’’
Miyeon juga berhenti melangkah. Dia memusingkan badannya ke belakang.
“Kau pergilah sekolah dulu..’’ kata Seungcheol.
“Hmm? Awak pulak?’’tanya Miyeon dengan nada yang pelik apabila Seungcheol tiba-tiba memintanya untuk pergi dahalu.
“Tak kan kau tak faham? Hmm.. aku ikut kau dari belakang..’’ kata Seungcheol.
Miyeon hanya berdiam dan dia mula faham apa maksudnya Seungcheol itu. Seperti yang mereka tahu masih tidak ramai yang tahu mengenai hubungan mereka jadi inilah cara untuk mengelak dari diketahui.
“Baiklah, saya faham ..’’ lalu Miyeon pun terus meneruskan langkah ke hadapan sementara Seungcheol hanya mengikut Miyeon dari belakang.
****
“Nampak dorang tak?”
“Tak rasanya..’’
“Seungkwan, Woozi apa yang korang buat dekat sini?” Tegur Jeonghan sewaktu melihat Woozi dan Seungkwan sedang bersembunyi di dalam kelas itu.
“Jeonghan, kau ada nampak Mingyu and the gang tak?” tanya Woozi dalam keadaan berbisik.
“Hmm.. dorang? Aku ada nampak dorang dekat..’’
“Tidakkk!! Jangan kejar aku!!’’
“Woi! Berhenti woi!!!!’’
Kelihatan Dokyeom sedang berlari di kawasan koridor sekolah sementara Wonwoo kelihatan seperti sedang mengejarnya dari belakang.
YOU ARE READING
Arghh!! She Is My Wife?
Fiksi PenggemarPerkahwinan yang di atur oleh keluarga? Seungcheol langsung tidak menyangka yang ibunya akan menyuruhnya untuk berkahwin pada usianya yang masih mentah itu. Lebih memeningkan kepalanya apabila mengetahui calon isterinya adalah perempuan yang paling...