Chapter 19

2.5K 204 49
                                    

----------------------

“Omma, kenapa kaki Nara tak boleh bergerak.’’ Soal gadis itu kepada ibunya.

“Nara.. kamu sabar ya, doktor beritahu pada kami yang kamu lumpuh sayang.’’ jawab ibunya dalam nada suara sebak.

“Ap-apa? Lumpuh? Omma! Omma bohong kan? Nara tak lumpuh kan omma?” sekali lagi soalan itu ditanya. Ibunya hanya mampu menangis sambil memeluk anaknya itu.

“Omma bohong!! Nara tak lumpuh omma!!’’ teriak gadis itu dalam tangisan. Dia masih lagi tidak percaya dengan kata-kata dari ibunya itu. Tidak mungkin! Tidak mungkin dia boleh menjadi lumpuh.

“Yoon Nara, sabarlah nak..’’ pujuk ibunya.

“TIDAKKK!!’’ teriak Nara sekuat hati. Hatinya bagaikan berkecai. Masa depannya bagaikan sudah hancur. Dia tidak mungkin jadi cacat tidak!
                               

****

Keesokkan harinya Seungcheol telah datang melawat Nara di hospital. Lelaki itu melangkah masuk ke dalam wad Nara. Nara berpaling memandang ke arah Seungcheol yang sedang berjalan ke arahnya itu.

“Hai, Nara, awak macam mana hari ni? Makin sihat?” Seungcheol bertanya khabar sambil dia meletakkan buah tangan yang dibawa ke atas meja kecil yang berada di sebelah katil Nara.

“Seungcheol..’’ panggil Nara.

“Ya?” balas Seungcheol yang kini sudah pun mengambil tempat duduk di kerusi bersebelahan katil Nara itu.

“Ada sesuatu saya nak beritahu dekat awak..’’ kata gadis itu.

“Beritahu? Beritahu apa? Cakaplah..’’ bicara Seungcheol kembali.

Seketika gadis itu terdiam buat seketika.

"Kenapa ni? Awak nak beritahu saya apa?" balas Seungcheol.

“Kim Miyeon cuba untuk bunuh Nara..’’ beritahu gadis itu.

“Ap-Apa awak kata Nara? Miyeon cuba bunuh awak??” tanya Seungcheol dengan nada sedikit meninggi. Apa yang sudah Nara beritahu kepadanya itu? Miyeon cuba untuk membunuh Nara? Miyeon sahabatnya itu?

“Y—ya Seungcheol, waktu itu kami keluar bersama dia kata nak ajak Nara pergi ke taman. Nara pun ikutlah tapi Nara kata dengan Miyeon suruh ajak Seungcheol sekali tapi dia kata tak payah, Nara tak tahu kenapa dia kata macam tu..  Nara pun ikutlah Miyeon. Dan lepastu Miyeon tiba-tiba berlari. Dia kata cubalah kejar dia,  Nara cuba kejar dan Nara terjatuh masa tu Nara nampak Miyeon tengok je Nara dan masa tu jugak tiba-tiba ada kereta melaju dan.." gadis itu tidak dapat meneruskan kata-katanya. Dia terus menekup mukanya dengan kedua belah tangan dan berpura-pura menangis.

Ya, gadis itu telah berkata bohong kepada Seungcheol. Dia ingin membuat Seungcheol bencikan Miyeon. Ya! Dia benci Kim Miyeon! Disebabkan perempuan bernama Kim Miyeon masa depannya telah musnah. Perempuan itu telah membuatnya dirinya menjadi cacat. Dia tidak akan memaafkan perempuan itu.

Seungcheol hanya terkedu selepas mendengar cerita dari Nara itu. Dia tidak menyangka Miyeon sanggup lakukkan semua ini kepada Nara. Miyeon yang dia kenal adalah seorang gadis yang baik, dia betul-betul tidak menyangka gadis baik seperti Miyeon itu rupa-rupanya jahat dan kejam.

“Sa-saya dah takut nak jumpa dengan Miyeon lagi, saya ingat dia sahabat saya tapi dia..’’ Nara terus menangis dihadapan Seungcheol mengharapkan belas kasihan dari lelaki itu. Seungcheol hanya terdiam.

“Kim Miyeon, sampai hati kau..’’ bisik hati Seungcheol.

****

Miyeon berjalan dengan riang menuju ke wad Nara. Tidak sabar rasanya dia ingin memberikan kepada Nara baju yang baru siap dijahit sendiri olehnya itu. Sudah lama dia menjahit baju itu dan akhirnya siap juga.

Arghh!! She Is My Wife? Where stories live. Discover now