Chapter 20 (Last Chapter)

4K 296 40
                                    

"Hati-hati jalan tu..'' kata Seungcheol sambil dia memapah Miyeon masuk ke dalam rumah.

"Awak, saya tak apa-apa saya boleh jalan sendiri.'' balas Miyeon.

"Ish! Keras kepala betullah awak ni Miyeon!'' sambung Seungcheol.

"Awak ni..'' balas Miyeon perlahan. Seungcheol hanya tersengih.

"Hai Miyeon, Hai Seungcheol..''

Serentak dengan itu Miyeon dan Seungcheol pantas menoleh.

"Hai, korang lama kita tak jumpa kan?"

"Na—Nara?" terbuntang terus mata Miyeon apabila melihat Nara sedang berdiri dihadapannya itu.

"Nara, awak buat apa dekat sini?" bicara Seungcheol. Kelihatan lelaki itu juga terkejut melihat kemunculan Nara itu.

"Saya balik sebab saya rindu nak jumpa sahabat saya.'' jawab gadis itu sambil tersenyum.

"Saya dengar korang dah berkahwin.. macam tak sangka kan?" tambahnya lagi.

Seungcheol dan Miyeon hanya berdiam dari membalas kata-kata dari Nara itu.

"Miyeon, Seungcheol kamu berdua dah balik? Hmm... mesti kamu berdua terkejut nampak Nara kan?" celah Puan Choi yang tiba-tiba telah memunculkan diri.

"Mestilah terkejut omma..'' balas Seungcheol. Miyeon pula masih lagi membisu. Entah mengapa dia berasa takut untuk bersua dengan Nara.

"Seunghceol pergilah bawa Miyeon rehat dulu, omma nak pergi masak dulu. Nara makan kat sini tau, ahjuma nak masak dulu..'' beritahu Puan Choi.

"Okay, omma..'' balas Seungcheol sebelum dia membawa Miyeon masuk ke bilik.

"Ahjuma, boleh Nara tolong ahjuma tak?" tanya Nara selepas Seungcheol dan Miyeon beredar dari situ.

"Eh! Tak apalah Nara, kamu pergilah borak-borak dengan Miyeon dengan Seungcheol kamu kan dah lama tak berjumpa mereka kan?" kata Puan Choi.

"Takpalah ahjuma lagipun Nara tak nak kacau Miyeon, Nara tolong ahjuma eh?" sambung Nara.

"Yalah..'' balas Puan Choi kembali.

Nara hanya tersenyum. Rasanya sebelum nak dapat anaknya kita kenalah dapat hati ibunya dahulu, kalau dahulu dia boleh buat Seungcheol percaya padanya tak akan dia tidak boleh buat pada orang lain pula?

*****

"Awak...''

"Ya, Miyeon?"

"Sa-saya takut..'' bicara Miyeon kelihatan tangan gadis itu mengeletar.

"Takut? Awak takut apa?" tanya Seungcheol yang kini sudahpun mengengam erat tangan Miyeon.

"Na—Nara...'' balas Miyeon.

"Nara? Kenapa?  Cuba cerita pada saya."

"Seungcheol, awak still tak percaya dekat saya kan? Walaupun hubungan kita dah baik tapi, awak tak beritahu pun dekat saya sama ada awak dah percaya pada saya atau awak masih percaya pada Nara...'' ujar Miyeon, kelihatan anak mata gadis itu sudah mula berkaca entah kenapa kisah silam itu tiba-tiba kembali menghantuinya.

Seungcheol pula hanya membisu. Ya, dia tidak tahu sama ada dia patut atau tidak untuk percaya. Miyeon isterinya tapi apa yang Nara cerita padanya dahulu membuatkan dia teringkatkan kembali. Dimanakah kebenarannya? Wajah Miyeon dipandang sekilas entah kenapa pandangan mata Miyeon menunjukkan yang gadis itu benar-benar jujur.

"Miyeon, cuba awak cerita dekat saya apa yang jadi pada masa tu. Saya tahu kita tak patut ungkit kisah lama tapi bila saya nampak Nara muncul saya rasa. Saya perlu dengar dari mulut awak sayang.."

Arghh!! She Is My Wife? Where stories live. Discover now