Chapter 5

2.8K 225 0
                                    

Seungcheol terus menoleh disaat mendengar namanya dipanggil. Kelihatan Miyeon sudahpun berdiri dihadapannya.

“Kau nak apa?” soal Seungcheol dingin.

“Saya nak minta maaf, saya tahu saya tak patut tengok barang awak sesuka hati macam tu..’’ ujar Miyeon.

Seungcheol menghela nafas panjang, lalu dia pun terus berkata. “Takpa aku hmm.. aku pun nak minta maaf.” perlahan saja suara Seungcheol tetapi dapat didengar jelas oleh Miyeon.

Miyeon mempamerkan senyumannya. Tak sangka panas baran Seungcheol ni pun reti nak ucap maaf. Bisik Miyeon sendiri.

“Pehal kau senyum macam kera busuk ni?” tanya Seungcheol yang kedengaran sungguh sinis itu.

Miyeon memandang sekilas ke arah Seungcheol. “Tak ada apa-apalah, awak tidurlah dekat atas katil tu. Biar saya yang tidur dekat sofa.’’ kata Miyeon.

“Tak payah, kau tidur je atas katil tu. Aku taknak tempat yang kau dah tidur tu!” lelaki itu berkata sinis sebelum dia merebahkan badannya di atas sofa.

Miyeon menahan rasa geramnya. Kenapalah lelaki ini tidak pernah nak buat baik dengannya, ada saja benda yang menyakitkan yang ingin dia perkatakan kepadanya.

“Apa yang kau tercegat lagi dekat sini? Aku nak tidur bukan nak tengok kau berdiri kat sini!" Seungcheol berkata lagi. Miyeon hanya berdiam sebelum dia mengatur langkahnya menuju ke arah katil.

“Hoi! Jangan lupa tutup lampu..’’ teriak Seungcheol.

Miyeon kemudian melepaskan satu keluhan berat. Bilalah agakanya dia dapat lembutkan hati Seungcheol ni?

Miyeon kemudian berjalan menuju ke arah suis lampu. Dia menutup suis lampu dan kemudian berjalan menuju ke katil, Miyeon merebahkan badannya ke katil. Gadis itu melontarkan pandangannya memandang ke arah siling bilik.

Gadis itu memejamkan matanya, tanpa disangka air matanya telah gugur. Kisah silam itu kembali menyapa mindanya. Kisah yang telah memusnahkan segala-galanya.

“Kalaulah aku cepat masa tu..’’ bicaranya sendiri..

***

Pagi itu Miyeon bangun agak awal kerana ingin membantu Puan Choi untuk menyiapkan sarapan. Walaupun keluarga ini kaya dan mempunyai rumah yang besar tetapi mereka tidak mempunyai  seorang pembantu rumah disini. Kerana Puan Choi lebih selesa melakukkan semua kerja rumah ini sendiri daripada mengharap kepada pembantu rumah.
“Miyeon, dah kejutkan Seungcheol?” soal Puan Choi sambil wanita itu meletakan pinggan pada setiap meja.

“Belum tadi dia tidur lagi omma..’’ jawab Miyeon.

“Hmm.. sekarang kamu pergilah panggilkan dia rasanya dia dah bangun tu.’’ Sambung Puan Choi.

“Baik omma.’’ lalu Miyeon terus berjalan meninggalkan ruang makan dan menuju ke bilik.

***

Miyeon hanya berdiri kaku di hadapan bilik itu. Tiba-tiba dia teringatkan "accident" diantara dia dan Seungcheol pada waktu itu.

“Hmm.. nak msuk ke tak, masuk ke tak?” ngomel Miyeon yang masih berdiri dihadapan bilik itu.

“Masuk?”

“Tak?”

“Masuk?”

“Tak?”

Bicara Miyeon sambil dia mengatur langkahnya sekejap ke hadapan dan kemudian ke belakang kembali.

“Kenapa dengan kau ni?”

Arghh!! She Is My Wife? Where stories live. Discover now