Chapter 10

2K 151 8
                                    

*High School

Harini jihyo kesekolah dengan naeun. Memandangkan rumah mereka dekat je. Tapi takdela dekat sangat. Mereka berbual bual sepanjang perjalanan ke sekolah. Tiba-tiba mereka disapa. "Haii naeun. Haii jihyo" mereka disapa oleh suho dan xiumin. "Ehh haii , suho xiumin. Berdua je mana member yang lain." Soal naeun. "Haah. Kitorang berdua je. Yang lain datang lewat kot. Yelahh sorang-sorang nak bangun bukan main susah. Malas kitorang kejut. Biar dorang bangun sendiri." Terang suho kepada jihyo dan naeun.

Mereka berempat berjalan bersama memasuki sekolah. Ramai pelajar perempuan bersorak melihat dua orang ahli exo. Suho dan xiumin melambai peminat-peminat mereka.

"Ramai betul peminat korang kan. Yang tak tahan tu namja pun ada jugak. Hebat la korang ni." Jihyo kagum dan terkejut dengan populariti dimiliki exo. Suho dan xiumin senyum tersipu malu. Mereka memasuki kelas masing-masing.

*rehat

Jihyo dan gengnya menuju ke kantin untuk makan. Jihyo mengcop meja mereka sementara boa,naeun,suzy,jessica dan krystal membeli makanan. "Hai hyo. Kau buat ape kat sini ? Sorang je ke ?" Sehun duduk didepan jihyo. "Tak nampak ke aku tengah basuh kapal terbang ni. Ni haa tak nampaka ke kat kiri kanan aku ni ada ramai orang. "Ish kau ni. Aku tanya betul-betul kau loyar buruk pulak ea." Sehun memuncungkan mulutnya. Jihyo tersenyum melihat muka masam sehun.

"Dahtu. Dah tahu lagi mau tanya. Erm kau sorang je ke. Mana member yang lain." Soal jihyo sambil melihat sekeliling mencari ahli exo yang lain. "Diorang rehat dalam kelas. Aku gi tandas tadi. Kebetulan nampak kau sini. Tu yang aku datang sini jap." Terang sehun panjang lebar. "Ohh" jihyo mengangggukkan kepalanya. "Erm...hyo , lepas rehat ni aku nak jumpa kau kat rooftap ea. Aku ada something nak bagitau kau." Nak bagitau something? Apa dia?" Soal jihyo pula. "Kau datang je rooftop lepas rehat nanti." Beritahu sehun.

"Ehh sehun. Kau buat apa kat sini.? Oo dating dengan jihyo ea. Oo pandai korang kan , dating senyap senyap tak bagitau kitorang." Suzy yang datang tiba-tiba mengejutkan mereka. "Ma...manade kitorang dating." Jihyo sudah blushing. Sehun hanya tersengih-sengih macam kerang busuk.

"Korang aku pergi dulu la. Taknak ganggu korang makan. Hyo ingat tau." Sebelum sehun pergi dia mengingatkan jihyo. "Ohh pandai kau ye. Dating senyap-senyap." Jessica mengusik jihyo. "Kau ada plan apa apa ke dengan dia. Sampai suruh kau ingat-ingat." Soal naeun pula. "Ke korang ada date. Sampai hati kau ye. Kapel tak gitau kitorang." Krystal pula mengusik. "Apa yang korang merepek ni. Ada-ada je korang ni kan. Aku tak kapel pun dengan dia okey. Kitorang kawan ke okey. Lagipun kitorang baru berbaik. Yela sebelum ni kan kitorang asyik gaduh je. Dahla aku nak makan. Lapar aku layan korang ni." Panjang penerangan jihyo. Mereka sudah ketawa terbahak-bahak melihat reaksi jihyo.

BoA hanya diam mendengar perbualan mereka berlima. "Kau okey ke BoA. Senyap je dari tadi. Kau demam ke?" Soal jihyo sambil meletakkan tangannya ke dahi BoA. "Ak...aku okey." Sambil menepis lembut tangan jihyo. Jihyo pelik dengan perlakuan boA.

*selesai rehat

Jihyo pun ke rooftop. Memandangkan cikgu kelasnya tidak hadir jadi senang untuk dia keluar kelas. Bermacam alasan diberi jihyo apabila ditanya gengnya kemana dia hendak pergi. Akhirnya lepas jugak. Jihyo duduk di kerusi yang ada disitu sementara menunggu sehun. Otaknya runsing memikirkan banyak perkara. Apala yang sehun nak cakap ni. Soal hati kecil jihyo.

Tiba-tiba ada sepasang tangan menutup mata jihyo. "Ce teka siapa?" Soal orang tu. "Erm entahlah. Mayat hidup gila kot." Jihyo yang sudah tahu bahawa itu sehun terus menyakat sehun. Sehun terus menarik tanganya dari mata jihyo. "Aku baru nak sakat kau. Tak syok la kau ni." Jihyo mengekek ketawa. "Hahaah. Ehh, kau nak cakap apa? Suruh aku datang rooftop bagai" soal jihyo. Sehun bangun lalu berdiri membelakang jihyo. "Erm hyo. Sebenarnya aku dah lama pendam perasaan ni. Sejak pertama kali aku terlanggar kau, jantung aku berdegup laju. Mula-mula aku keliru. Tapi lama kelamaan aku yakin apa sebenarnya maksud perasaan tu." Terang sehun lalu dia memalingkan mukanya menghadap jihyo. "Hyo, sebenarnya aku sukakan kau. Aku cintakan kau. Pertama kali aku tengok kau. Hati aku rasa lain macam. Hyo, sudi tak kau jadi yeojachingu aku." Sehun melamar jihyo menjadi yeojachingunye. Jihyo terpana dengan luahan hati sehun.

Jihyo dapat merasakan keikhlasan dari dalam diri lelaki itu. Jihyo pun bangun dari duduknya. "Ak...aku..aku mintak maaf. Aku tak dapat nak terima kau jadi namjachingu aku. Aku anggap kau tak lebih dari seorang kawan. Aku mintak maaf." Sungguh berat untuk jihyo mengucapkan ayat itu. Tapi dia terpaksa. "Ta...tapi.. kenapa hyo. Aku tau kau pun sukakan aku. Aku tahu kau cintakan aku. Ke..kenapa hyo." Sebak suara sehun mengungkapkan ayatnya. Jihyo yang melihat mata sehun berasa bersalah.

"Tak. Tak sehun. Aku tak pernah sukakan kau. Aku tak pernah cintakan kau." Ungkap jihyo.
"Kau tipu hyo. Kau tipu hyo. Kalau betul apa yang kau cakap tu. Pandang mata aku. Bagitau yang kau bencikan aku." Sehun menggongcang bahu jihyo. Terdapat air jernih yang mengalir dari mata seorang lelaki. Rasa bersalah menyelubungi diri jihyo. Jihyo memandang tepat kemata sehun lalu berkata " I hate you." Sesudah mengucapkan kata-kata itu jihyo berlari meninggalkan sehun keseorangan.

Jihyo mendengar sehun menjerit. Jihyo tidak dapat menahan airmatanya dari jatuh. Sungguh berat hati dia untuk mengucapkan ayat itu. Tapi dia terpaksa. 'Sehun, aku mintak maaf. Sesungguhnya aku cintakan kau. Aku tak mampu untuk menafikan perasaan aku kepada kau. Tapi aku terpaksa. Diantara cinta dan persahabatan aku lebih utamakan persahaban. Aku tak nak persahabatan aku musnah hanya kerana seorang namja. Aku rela mengundurkan diri aku. Biarlah perasaan aku ini hanya aku yang tahu. Aku mintak maaf ooh sehun'. Monolog hati jihyo. Airmatanya turun dengan laju.

Jihyo masuk kekelas lalu mengambil begnya. Dia terus keluar dari kelas. Pertanyaan dari rakan-rakannya tidak dihiraukan. Sampai dirumah jihyo terus masuk kerumah. Nasib appanya tiada dirumah. Kalau tidak banyak la soalan yang jihyo kena jawab.

Tiba- tiba telefon jihyo berdering. Jihyo melihat pemanggilnya. 'BoA'.
Jihyo pun mengangkat panggilan dari boa.

Hyo, kau okey tak. Kenapa kau balik tadi. Kitorang tanya pun kau buat taktau. Lepastu asal mata kau merah? Kau okey tak ni.

Aku okey. Cuma aku tak sihat sikit. Demam. Tu mata aku merah-merah tu.

Oo. Risau kitorang. Kau nak kitorang gi jenguk kau tak?

Ehh. Takyah susah-susah. Nanti aku okey la.

Kalau macam tu okeyla. Jangan lupa makan ubat. Bye.

Bye.

Boa mengakhiri perbualan mereka. Jihyo masih teringat-ingat kejadian tadi. Rasa bersalah menyelubungi dirinya. Dia tidak sanggup melihat airmata sehun. Nak je dia sapu airmata sehun. Nak je dia peluk sehun. Menenangkan sehun. Tapi dia tak mampu. Dia terpaksa lakukan semua ni. Dia tidak mahu persahabatannya dengan Boa musnah. Dia taknak.

* * * * * * * * * * * * * * * *

Tolong vote and komen ye. Author nak tau jugak pendapat reader tentang fanfic ni. Best ke tidak. Tolong komen ye. Thank you. Terima kasih. Xiexie. Kamsahamnida.

I Hate You But I Love YouWhere stories live. Discover now