Chapter 11

1.8K 123 5
                                    

*flashback

"Boa-yaa...kau okey tak? Apsal kau diam je dari tadi? Kau sakit ke? Kalau kau ada masalah bagitau la aku. Mana tau aku boleh tolong ke." Soal jihyo kepada boa. Risau dia melihat boa yang diam saja dari tadi. "Erm...hyo...aku sebenarnya ada something nak tanya kau ni. Aku harap kau boleh jawab dengan jujur." Boa ingin menanyakan something kepada jihyo. Soalan yang sering bermain di kepala boa. Kali ini dia tekad ingin bertanya kepada jihyo. "Apa dia? Tanya la. Cam serius je." Tanya jihyo sambil gelak kerana bagi dia sangat lawak melihat boa yang serius. "Ish kau ni. Aku serius kau boleh ketawa pulak ea. Erm sebenarnya kau dengan sehun ada pape ke?" Boa menanya tentang sehun. Jihyo memandang boa pelik. "Kenapa kau tanya camtu? Aku dengan dia kawan je." "Betul ni? Kau tak tipu?" Tanya boa sekali lagi kepada jihyo. Jihyo mengangguk berkali-kali. Boa sudah senyum. "Ehh, kau ni pehal tetiba senyum ni? Gila ke apa? Pahal kau tanya aku ada pape tak dengan sehun? Jangan-jangan kau........" jihyo memandang boa dengan muka tidak percaya. Takkan la boa sukakan sehun. Tapi takkan la tetiba pulak boa boleh sukakan sehun.

"Aku rasa aku dah jatuh cinta dengan sehun. Aku ingatkan kau ada pape dengan dia. Aku tengok kau rapat semacam je dengan dia. Nasib kau cakap kau takde pape dengan dia. Ada can la aku." Boa meluahkan perasaan dia. Jihyo terkedu. Tidak menyangka boa juga sukakan sehun. Apa patut dia lakukan. Sedangkan hatinya juga semakin sayang dekat sehun. Kusut. Sungguh kusut. Itulah yang jihyo rasai sekarang. Tapi dia sayangkan persahabatan dia. Dia lebih sayang persahabatan dia walaupun terpaksa mengorbankan cintanya sekalipun. Jihyo mengeluh.

*end flashback

Sudah beberapa hari sehun tidak ke sekolah dan selama itulah sehun tidak keluar dari biliknya. Dia asyik termenung saja. Bila hyung-hyungnya tidur pada waktu malam dia akan duduk di balkoni sambil menangis. Walaupun dia tidak mahu hyung-hyungnya tahu tapi dia tidak dapat menyorokkan hal itu dari hyung-hyungnya. Mereka risau dengan keadaan sehun. Sudah puas ditanya apa masalahnya tapi sehun tetap sama. Hanya diam. Kelu. Bagai ada permata dalam mulutnya hendak bercakap.

"Hyung, hyung kan paling tua kat sini. Cuba hyung tanya sehun apa masalah dia. Kitorang risau la. Dah berapa hari dia tak kesekolah." Kai bersuara. Dia menyuruh xiumin cuba memujuk sehun. "Yelah hyung. Baek risau la. Tiap malam mesti dia akan pergi kat balkoni tu. Pastu nangis sorang-sorang." Baekhyun pula bersuara. Dia pernah melihat sehun menangis di balkoni. Ingin menegur tapi dibatalkan sahaja niatnya itu. "Ke sehun tu putus cinta? Tapi takkanlah. Dia mana ada yeojachingu." Suho pula bertanya. "Dahla. Macamni la. Biar hyung yang tanya. Mungkin dia ada masalah yang kita tak tahu." Xiumin akhirnya bersetuju untuk memujuk sehun.

*bilik sehun

Knock..Knock...

"Sehunnie. Boleh hyung masuk?" Xiumin mengetuk pintu lalu membuka pintu. Dia melihat sehun duduk dibirai katil. Terdapat cecair jernih di pipi sehun. Xiumin terus duduk ditepi sehun dan memeluk bahu sehun. Tangisan sehun makin menjadi-jadi apabila xiumin menanyakan apa masalahnya.

"Hunnie. Hunnie kenapa? Kalau hunnie ada masalah bagitau la kitorang. Mana tau kitorang boleh tolong ke. Kalau hunnie tak bagitau macamana kitorang nak tau? Risau tau kitorang tengok hunnie macamni." Xiumin bertanya lembut sambil menggosok lembut belakang sehun. "Hy..hyung.. ke..kenapa dia tak boleh nak terima sehun? Se...sehun be..betul-betul ikhlas cintakan dia. Apa yang kurang pada sehun hyung. Tak layak ke sehun untuk memiliki cinta dia hyung." Sehun meluahkan perasaan dia kepada xiumin. Sebak sekali suara sehun. "Hyung tak tau siapa yeoja yang hun cakapkan. Tapi hun kena fikir positif. Mungkin dia ada reason dia sendiri tolak cinta sehun. You have to move on! Hun tak boleh macam ni. Masih ada ramai lagi yeoja yang better dari dia." Xiumin menenangkan sehun. Xiumin ingin tahu siapakah yeoja yang sehun jatuh cinta itu. Tapi ini bukan masa yang sesuai untuk bertanya. "But she hate me" sehun berkata. Xiumin terus menarik sehun kedalam pelukannya. Biarlah sehun tenang dulu. Member exo yang curi-curi dengar perbualan sehun dengan xiumin akhirnya tahu apa masalah sehun. Takda la teruk mana. Drama betul sehun ni. Fikir mereka. Tapi mereka tertanya-tanya siapakah yeoja yang menolak cinta sehun tu? Erm.. musykil betul.

I Hate You But I Love YouWhere stories live. Discover now