Boa dan jihyo pulang ke sekolah bersama. Mereka berbual sepanjang perjalanan mereka. "Erm hyo...aku ada something nak bagitau ni."
"Apa dia?" Soal jihyo. "Sebenarnya....aku dah bagitau sehun yang aku sukakan dia." Bagitau boa. Mengejutkan jihyo. "Ka..kauu..dah ba..bagitau dia? Bila! !?" Jerit jihyo. Mengejutkan boa. "Ehh yang kau menjerit ni apsal? Terkejut aku tau. Ye. Haritu aku bagitau." Boa memberitahu. "Erm, so..korang dah kapel ke.?" Tanya jihyo. Ada nada kecewa sikit. "Tak. Kitorang tak kapel lagi. Sebenarnya, dia mintak masa untuk dia fikirkan." Bagitau boa. "Tapi...dia tak tolak okay." Tambah boa lagi. Jihyo diam saja mendengar boa bercerita pasal sehun. Entah kenapa dia rasa cemburu.*rumah jihyo
Jihyo berbaring sambil berfikir. Macam-macam yang dia fikir. Entah kenapa dia berasa cemburu. Silap ke dia tolak cinta sehun dulu. 'No jihyo. Apa yang kau buat tu betul. Kalau salah pun benda dah jadi. Jujur aku cintakan dia. Apa yang kau kena buat adalah lupakan dia. Yes..lupakan dia.' Sedang jihyo asyik termenung telefon bimbit jihyo berbunyi menandakan ada mesej masuk.
From: Sungjongie
Hye noona. What r u doing ?
Buat tebiat ke kau ni. Mesej aku speaking bagai.
Hehehe. Ala noona ni. Sungjong saje je le.
Haa. Kau pahal tetiba mesej aku ni?
Saje. Why ? Tak boleh ke ?
Bukan tak boleh. Cuma tetiba je. Ni mesti ada something yang kau nak kan?
Hehehe. Pandai noona kan. Sebenarnya sungjongie nak mintak tolong noona ni..
Mintak tolong apa pulak ni ?
Sebenarnya tak lama sungjongie nak ke korea. So, jongie nak mintak tolong noona bawak jongie pergi jejalan.
Ehh kau ni. Tu je ke kau nak mintak tolong. Suspen je. Eleh. Senang je tu. No hal la. Untuk jongie noona sanggup buat apa saja. Hahaha.
Hehehe. Thanks noona.
Ehh. Nanti sungyeol, woohyun dengan dongwoo balik sekali ke?
Woohyun dengan dongwoo tak ikut. Sungyeol je ikut. Diorang ada exam.
Ohh. Ok. Nanti nak datang sini kau inform dulu tau.
Oke noona. Thanks. Jongie pergi dulu. Annyeong. Love u
Baii.
Lepas mereka berbalas mesej, jihyo terus tidur. Keesokannya jihyo bangul awal. Dia terus ke dapur. Air di dalam peti diambil dan diteguk. "Ehh hyo, awal bangun. Mimpi apa." Appa jihyo menegur jihyo. Pelik melihat jihyo yang bangun awal dari dia. "Hehehe appa. Ala saje je hyo bangun awal. Kenapa? Tak boleh ke?" Soal jihyo. Appanya hanya ketawa. "Ahh appa. Petang nanti hyo nak keluar boleh." Soal jihyo meminta kebenaran appanya untuk keluar. Appanya hanya mengangguk. Jihyo tersenyum lebar.
Petang itu jihyo keluar berdua dengan suzy. Diorang ke mall untuk shopping. Penat jihyo mengikut suzy. Semua yang dia tengok semua cantik. Dan semua nak dibeli. Pening kepala jihyo dibuatnya. Tiba-tiba mall itu menjadi bising. Bising dengan tempikan pengunjung di shopping mall itu. Suzy terus menarik tangan jihyo. Jihyo terpaksa mengikut saja suzy.
Rupa-rupanya Exo sedang membuat persembahan. Patutla histeria belaka. Suzy yang disebelahnya melompat-lompat dan menjerit macam orang gila. Jihyo yang pada mulanya tidak berminat melihat persembahan exo tidak berkelip mata. Tapi matanya hanya terfokus kepada seorang saja. Dia terpaku melihat sehun yang sedang perform itu. Ke'handsome'mannya tidak dinafikan lagi. Akhirnya persembahan mereka tamat. Suzy terus menarik tangan jihyo untuk berjumpa dengan exo. Jihyo mengikut saja.
"Wahh. Daebak la performance korang. Patut laa ramai fans." Suzy berkata sebaik saja mereka bertemu dengan exo. "Hehe. Thanks." Suho mengucapkan terima kasih. "Ahh suho. Nanti birthday party tu boleh tak aku nak ajak orang lain?" Soal jihyo. Alang-alang dia dah berjumpa dengan suho terus ditanya. Niatnya ingin mengajak sungjong dan juga sungyeol memandangkan mereka akan ke korea. "Boleh je. Takde masalah." Suho bersetuju. "Kau nak ajak sape hyo? Namchin kau ke?" Usik baekhyun. Jihyo hanya senyum. "Dahla. Kitorang pergi dulu la. Sian korang penat-penat kitorang kacau pulak." Jihyo meminta diri lalu menarik tangan suzy. Suzy sempat melambai exo. Sehun memandang jihyo pergi hingga hilang dari pandangan matanya.
Dia masih teringat kejadian dulu. Walaupun jihyo pernah menolak cinta dia, dia masih cintakan jihyo. Sehun teringat pula luahan hati boa. Dia tidak menyangka boa menaruh perasaan terhadapnya. Tetapi dia tidak mengatakan tidak semasa boa meluahkan perasaan. Cuma diminta memberikan waktu untuk difikirkan. Sehun buntu. Patut ke dia menerima cinta boa sedangkan dia takde perasaan kepada boa. Cintanya hanyalah untuk jihyo sahaja. Sehun buntu.
YOU ARE READING
I Hate You But I Love You
FanfictionCast : Song Ji Hyo Oh Sehun Kwon BoA Son Naeun Bae Suzy Jung Jessica Jung Krystal Exo Dan lain lain Ni first time aku buat fanfic. Sory kalau tak best. Sory kalau fanfic yang aku buat ni ada...