Hari ni sehun ke sekolah akhirnya. Setelah tidak putus-putus diberi kata semangat oleh hyung-hyungnya akhirnya dia bangkit dari kekecewaan. 'Kau lupakan je yeoja tu. Ramai lagi yang lagi better dari dia tu.' Kata-kata xiumin hyung muncul difikiran dia. Ye. Aku patut lupakan dia. Aku tak patut kecewa macam ni. Ye. Mungkin ada yang lagi better dari dia. Ucap sehun dalam hati. Tapi dia tetap cintakan jihyo. Sukar untuk dia lupakan jihyo. Walaupun jihyo mengatakan dia benci sehun tapi hati kecil dia merasakan sebaliknya. Sedang dia mengelamun, boa yang berjalan dibelakangnya menyergah sehun.
"Wahhh!!" Boa menyergah sehun hingga lelaki itu menjerit kuat. Boa ketawa berdekah-dekah melihat sehun yang terkejut. "Boa-sshi, nasib saya takde sakit jantung tau. Kalau tak dah arwah saya." Sehun menjawab dalam nada yang masih terkejut. "Hehehe. Rileks la. Saya tengok awak mengelamun je. Tu yang saya sergah tu. Tapi awak kiut la masa terkejut tadi." Boa menjawab. Baginya sangat comel melihat sehun yang terkejut. "Ish. Ada-ada je awak ni. Tapi saya memang comel pun." Sehun memuji diri sendiri. Boa membuat gaya seperti ingin muntah. Sehun sudah ketawa. Mereka beriringan menuju kekelas mereka.
Dari jauh jihyo memandang mereka dengan sayu. Ada perasaan gembira. Tapi pada masa yang sama dia turut merasa sedih. Dia gembira melihat sehun sudah bangkit dari kecewanya. Dia gembira melihat sehun ketawa semula. Dia juga gembira melihat boa. Boa sukakan sehun. Dia gembira melihat dua orang yang dia sayang gembira. Tapi dia juga merasa sedih. Melihat kemesraan sehun dengan boa. 'Jihyo. Itu yang kau nak kan. Tengok orang yanh kau sayang happy. Kau patutnya happy. Bukannya sedih macam ni. Wake up hyo. Wake up' monolog jihyo sambil menepuk kedua-dua belah pipinya.
"Ehh hyo. Kau buat apa kat sini. Apsal tepuk pipi tu. Tak sakit ke?" Soal kai bersama member exo yang lain. Member exo yang baru tiba di sekolah pelik melihat jihyo menepuk-nepuk pipinya. "Aa....ohh ni. Aa..ada nyamuk tadi. Haa nyamuk." Jihyo membuat alasan. "Hahahaha, ada-ada je la hyo ni." Chanyeol berkata sambil ketawa. "Dahlah hyo. Jom laa masuk. Nanti lewat pulak." Lay mengajak jihyo masuk ke sekolah. Jihyo mengangguk lalu mengikut member exo masuk ke perkarangan sekolah.
Jihyo dan exo masuk kekelas masing-masing. (Lupa nak bagitau diorang kelas lain lain).
Jihyo masuk kekelas lalu duduk disebelah boa. Jihyo yang melihat boa tersengih macam kerang busuk menegur jihyo. "Kau ni dah kenapa boa. Sengih-sengih macam orang gila dah aku tengok."soal jihyo. "Ish kau ni. Aku baru nak feeling feeling. Ganggu je. Hyo..kau nak tau pagi tadi aku bersembang dengan sape.?" Soal boa teruja. "Sape." Jihyo buat-buat tidak tahu. Sedangkan dia tahu siapakah yang membuatkan boa teruja begitu sekali. "Aku....Aku sembang dengan sehun. Erghh. Kau tau tak betapa happy dan terujanya aku. Tak terkata kau tau." Boa bercerita dengan teruja sekali. Jihyo hanya meng'oh'kan saja. Walaupun sakit hati jihyo mendengar boa bercerita pasal sehun tapi dia tetap gembira melihat rakan dia happy.*recess
Jihyo dan gengnya ke kantin untuk melantak. Sedang mereka menuju ke kantin mereka terserempak dengan ahli exo. Sehun senyum dan melambai kepada boa. Boa senyun tersipa malu. Sehun berbuat begitu hanya lah semata-mata untuk menyakitkan hati jihyo. Jihyo yang ternampak sehun dan boa berbalas senyum merasa sedih. Cepat-cepat dia mengalihkan pandangannya ke arah suho yang sedang bercakap. "Korang, nanti jemputlah ke rumah kitorang. Kitorang ada buat birthday party. Jemputlah ye." Suho menjemput jihyo dan gengnya ke rumah mereka. "Birthday sape?" Soal suzy. "Birthday manager kitorang." D.o menjawab. "Pastikan korang datang tau." Chen menjawab. Memastikan mereka akan pergi. "Of course la kitorang akan pergi. Thanks invite kitorang." Jessica mengucapkan terima kasih kepada mereka kerana mengundang mereka. Setelah
Meminta diri mereka pun menuju ke kantin. "Ehh korang nak pergi tak birthday party tu?" Soal krystal setelah mereka duduk. "Of course la nak pergi. Orang dah ajak kot." Jawab naeun pula. Yanga lain mengangguk setuju. Jihyo hanya diam termenung. Memang tak la dia nak pergi. Jumpa sehun kat sekolah dah cukup menyeksakan bagi dia. Ni kan pulak nak kerumah exo yang sudah tentu sehun pun ada. Gengnya memandang ke arah jihyo. "Ha hyo. Kau pergikan ?" Soal boa. "Erm...tak kot. Malasla" jihyo mencipta alasan. "Ala hyo. Jomla pergi. Kalau kau taknak pergi aku pun taknak pergi." Boa mengugut jihyo. "Kalau hyo dan boa taknak pergi kitorang pun taknak pergi." Jessica pula mengugut. Jihyo memandang muka gengnya satu persatu. Haish diorang ni main ugut-ugut pulak. "Ergh. Okay. Fine. Aku pergi." Akhirnya jihyo mengalah. Geng-gengnya sudah bersorak keriangan. Mereka tidak menghiraukan pandangan mata pelajar-pelajar yang berada di kantin itu.Di dalam kepala jihyo sudah memikirkan macam-macam. Makin nak elak. Makin dekat jadinya. Macam mana la dia nak berdepan dengan sehun. Dia tidak sanggup melihat kemesraan sehun dengan boa.
YOU ARE READING
I Hate You But I Love You
FanfictionCast : Song Ji Hyo Oh Sehun Kwon BoA Son Naeun Bae Suzy Jung Jessica Jung Krystal Exo Dan lain lain Ni first time aku buat fanfic. Sory kalau tak best. Sory kalau fanfic yang aku buat ni ada...