Chapter 18

1.8K 126 0
                                    

*Sekolah

Jihyo kesekolah seperti biasa. Dia masuk ke kelas. Hari ini tidak ramai yang hadir. Mungkin masih ada yang belum puas bercuti. Gengnya hanya Krystal dan Jessica saja yang ada. Yang lain masih bercuti mungkin.

"Yo ! Camne cuti? Best?" Soal jessica sebaik saja jihyo duduk di tempatnya. "Aku tak puas lagi la. Aku tak puas lagi nak tidoo." Jihyo berkata sambil menguap. Masih mengantuk. "Tu je la yang kau tau. Tidur je memanjang. Cuba la kau memanfaatkan sikit cuti kau tu." Krytal sudah membebel. Jihyo hanya buat tidak tahu. Malas dia mendengar krystal membebel. Penat.

"Ehh hyo. Aku lupa nak tanya. Namchin kau tu sekolah mane?" Soal jessica. Jihyo terkejut. Dia menelan air liur. "Err...sebenarnya...." jihyo berkira samada ingin bagitau perkara sebenar atau tidak. "Sebenarnya apa?" Soal krystal pula tidak sabar.

"Sebenarnya.....dia...bukan...namchin aku.." jihyo berterus terang. "What!!" Jessica dan krystal menjerit serentak. Terkejut jihyo. "Korang ni. Aku taula korang tu kembar. Tapi takyah la jerit serentak. Kuat plak tu. Sakit telinga aku. Pekak nanti kau nak ganti?" Soal jihyo sambil mengorek telinganya. "Ehh hyo, apsal kau tipu kitorang. Kau cakap dia tu namchin kau?" Soal jessica. Sakit hatinya jihyo menipu dia. "Ala sori la. Aku terpaksa. Betul aku terpaksa. Sori ea." Jihyo meminta maaf. Dia membuat muka comel kepada mereka berdua.

"Ergh, okey, fine. Kitorang maafkan. Tapi kalau kau tipu kitorang lagi siap kau. Kitorang humban kau kat han river." Jessica mengugut. "Ahh. Kejamnya. Muka je cantik tapi kejam." Jihyo berkata.

"Tapikan hyo, kalau dia bukan namchin kau, dorang sape?" Soal krystal musykil. "Diorang tu sepupu aku. Diorang duduk oversea. Dorang datang sini selama cuti ni." Jihyo menjelaskan yang sebenar. Twin itu hanya mengangguk-angguk.

"Tapi sungyeol tu handsome la. Cair I tengok dia senyum." Jessica berkata sambil buat-buat gedik. "Sungjong pun kacak jugak. Kiut je muka dia." Krystal memuji. "Ehh korang ni pahal? Gedik je aku tengok. Dorang tu muda dari korang tau." Beritahu jihyo. "Eleh kitorang saja je. Tapi umur bukan halangan kan?" Soal krystal. Jihyo mencebik. Mereka ketawa melihat muka jihyo.

Jihyo berjalan-jalan disekitar kawasan sekolah. Krystal dan jessica sibuk dengan aktiviti kelab mereka. Itu sebab jihyo keseorangan. Penat berjalan dia duduk diatas bangku dibawah sepohon pokok. "Hai, boleh duduk?" Sapa seorang namja meminta izin untuk duduk disebelah jihyo.

"Ehh Suho, duduklah." Ucap jihyo lalu mengesot ke tepi memberi ruang kepada suho untuk duduk. Suho mengucapkan terima kasih. "Erm hyo, aku nak tanya kau something boleh?" Soal suho. "Tanya la. Apadia?"

"Kau dengan sehun suka sama suka kan?" Soalan cepumas dari suho membuatkan jihyo terkejut. "Ma..mana..kau tahu..?" Soal jihyo. Dari mana suho tahu ni.

"Sebenarnya, masa birthday party haritu aku ternampak korang berdua. And aku terdengar perbualan korang." Jelas suho. Jihyo mengeluh berat. Dia cuba untuk melupakan kejadian tu. Jihyo hanya diam. Suho yakin sekarang yang jihyo dan sehun memang suka sama suka. Cuma dia pelik kenapa dia sehun boleh berkapel dengan boa sedangkan sehun cintakan jihyo. Jihyo pun bersuara melihat suho yang asyik berfikir. Bagaikan dia tahu apa yang suho sedang fikirkan.

"Sayang tak bermaksud memiliki kan. Sesayang manapun aku terhadap sehun aku tahu aku tak boleh memiliki dia. Aku sayang sehun. Dan aku juga sayangkan boa macam adik aku sendiri. Aku taknak hilang persahabatan aku. Walaupun aku terpaksa korbankan perasaan aku. Tapi aku puas. Aku puas sebab dorang happy. Lagipun aku tengok sehun pun dah happy sekarang ni. Mungkin dia dah boleh lupakan aku." Terang jihyo penuh sayu.

Suho dapat merasakan kesayuan jihyo. Dia juga kagum dengan jihyo. Sanggup korbankan percintaann kerana persahabatan. Susah nak cari sekarang ni. Tapi dia tak rasa yang sehun sudah lupakan jihyo.

Ada satu masa tu dia ternampak sehun asyik merenung telefonnya. Ingatkan apa yang direnungnya. Rupanya gambar jihyo. Kenapa gambar jihyo yang direnung bukannya boa sedangkan mereka sedang berkasih sekarang. Suho yakin yang sehun masih sukakan jihyo.

Kenapa mereka berdua perlu menyeksakan perasaan masing-masing. Dua-dua terseksa. Tak boleh ke kalau jihyo berterus terang dengan boa perkara yang sebenar? Tapi dia pasti jihyo takkan berbuat begitu. Masakan jihyo ingin berterus terang tentang hal yang boleh menghancurkan persahabatahn mereka. Jadi jihyo sanggup mengalah. Begitu dalam suho berfikir hingga jihyo yang memanggilnya pun dia tak sedar.

"Yahh suho!" Jihyo menjerit betul-betul ditelinga suho. "Ommakau! Yah hyo ahh. Apsal kau jerit kat telinga aku. Pekak nanti." Suho memarahi jihyo. Jihyo tersengih.

"Memang kau dah pekak pun. Aku panggil kau berkali-kali kau tak dengar jugak. Apa yang kau mengelamunkan sampai aku panggil pun kau tak dengar?" Soal jihyo kepada suho. Suho tersengih malu. Jihyo hanya tergelak kecil dengan perangai suho. Pelik betul la.

"Ehh, oke la hyo. Aku gi dulu la. Nanti cikgu masuk pulak." Suho minta diri lalu beredar dari situ. Jihyo masih membatu di situ. Melihat pokok-pokok disitu mampu menenangkan jihyo. Mampu mengosongkan fikiran jihyo dari memikirkan perkara yang menyerabutkan kepala otaknya.

I Hate You But I Love YouWhere stories live. Discover now