Chapter 21

2.5K 144 21
                                    

"Hyo, kenapa...kenapa kau tipu aku?" Boa memulakan perbualan. Dia memandang tepat muka jihyo. "Aku...aku tipu apa?" Soal jihyo tidak faham. "Kenapa kau tak terus terang je dengan aku? Kenapa kau nak jaga perasaan aku?" Rintih boa. Tubir matanya sudah basah. "Apa maksud kau? Seriously aku tak faham." Jihyo menyoal. Dia betul-betul tidak faham apa yang ingin diberitahu Boa.

Boa mengeluh kasar. "Kenapa....kenapa kau tak terus terang je yang kau suka sehun? Kenapa kau perlu fikir perasaan aku? Kenapa kau tak fikir perasaan kau sendiri?" Boa berterus terang akhirnya. Jihyo diam tidak bersuara. Rasa bersalah menyelubungi diri. Dia tahu lambat laun boa akan tahu juga.

"Hyo, kau dah banyak tolong aku. Takkan la pasal perasaan kau pun kau nak nafikan semata-mata untuk jaga hati aku." Sambung boa lagi.

"Aku..aku buat semua ni sebab aku sayangkan kau boa. Aku taknak hilang persahabatan aku dengan kau. Aku taknak hilang kau. Aku ingat aku kuat, tapi...bila aku tengok kau dengan sehun aku rasa...aku rasa cemburu sangat. Tapi dalam pada masa yang sama aku happy sebab kau happy." Jihyo menangis sayu. Boa terkesan melihat jihyo.

"Habistu kau tak fikir ke perasaan sehun? Dia...dia betul betul ikhlas cintakan kau.. kau tau tak.. kau ingat kalau dia dengan aku, dia boleh happy ke? Aku memang happy, tapi dia tak.. dia cintakan kau hyo.." kata boa lagi. Dia tidak kisah lagi. Dia rasa bersalah. Sangat bersalah kerana menghalang percintaan sehun dan jihyo.

Boa menyambung lagi. "Jihyo, kau tak perlu fikir perasaan aku. Korang suka sama suka. Aku rasa aku dah halang hubungan korang. Kau tak perlu risau. Kau tetap kawan aku. Sampai bila-bila pun kau tetap akan jadi kawan aku. Takkan ada yang dapat gantikan kau sebagai kawan aku. Aku sayang kau hyo. Kau dah macam family aku kau tau tak?" Jelas boa panjang.

Jihyo terus memeluk boa. Boa membalas pelukan jihyo. Jihyo sudah menangis dalam pelukan boa. Boa mengusap lembut belakang jihyo. Hati kecilnya berkata kalau bukan sebab dia, pasti jihyo dan sehun sudah bahagia sekarang.

Mereka meleraikan pelukan setelah pintu bilik dibuka. Masing-masing menyapu airmata. Mereka semua masuk kebilik jihyo dengan muka tanda tanya.

"Korang buat apa lama sangat? Apa yang korang sembangkan?" Soal Chen sebaik saja menapak masuk ke bilik jihyo. Pertanyaan chen dibiar kosong.

"Korang okay? Mata korang merah." Soal Lay pula.

Sehun memandang dengan muka tanda tanya. Boa melihat sehun. Lalu memanggilnya. Sehun mendekati boa dan juga jihyo.

"Sehun, terima kasih. Selama saya dengan awak saya happy sangat. Saya tak boleh nafikan yang saya sayangkan awak. Tapi saya juga tak boleh nafikan yang hati awak bukan untuk saya." Ucap hati boa. Dia menarik tangan sehun lalu disatukan dengan tangan jihyo.

"Saya nak awak jaga jihyo baik-baik. Korang dah ditakdirkan untuk bersama. Saya harap korang berdua happy." Ucap boa. Yang lain terharu melihat mereka.

Sehun memeluk boa tanda terima kasih. Jihyo menitiskan airmata. Dia terharu dengan boa.

Sehun duduk disebelah jihyo. Dia memegang erat tangan jihyo. Dia memandang tepat ke mata jihyo.

"Jihyo, tiada apa yang dapat menghalang cinta saya terhadap awak. Apa pun yang terjadi, awak sudah ditakdirkan menjadi milik saya. Song Ji Hyo, saranghaeyo." Ucap sehun lalu mengucup lama dahi jihyo.

Airmata jihyo menitis lagi. Dia merasa kehangatan kucupan sehun. Dia berasa sangat bahagia sekarang.

'Nado saranghae. Saya harap awak cinta terakhir saya'

The end

* * * * * * * * * * * *

Finally habis juga. Sorry la kalau ending dia tak best, membosankan dan juga mengarut. Terus terang memang takde idea. Dalam otak ni asyik fikir nak habiskan je. So, saya nak ambik kesempatan untuk ucapkan terima kasih pada yang sudi baca, vote, and komen dari awal hingga akhir. Saya risau sangat, fikirkan apa agaknya reaksi yang baca fanfic ni. Best ke tidak. Faham ke tak. So sekali lagi saya ucapkan terima kasih kepada semua yang sudi baca,vote and komen.

I love you
Saranghae
Wo ai ni

I Hate You But I Love YouWhere stories live. Discover now