"Namjachingu?! Kau tak pernah bagitau kitorang pun kau ada namjachingu?" Krystal menyoal terkejut. Tidak percaya. Selama mereka berkawan dia tidak pernah tahu pun jihyo ada namjachingu. "Err...perlu ke aku bagitau korang? Lagipun korang tak pernah tanya kan" jihyo berkata sambil tersengih.
"Tapikan hyo....kenapa aku tengok dia ni macam muda je dari kau." Xiumin menyoal. Dia tengok namja itu macam lebih muda dari jihyo. Takkan la jihyo suka namja muda. Xiumin pelik.
Gulp. Jihyo menelan air liur. Sungyeol memandang jihyo resah. Aish noona ni. Apsal la dia gi menipu. Kan dah kena soal macam-macam. Kata hati kecil sungyeol. "Err...me...memang dia muda dari aku. Ala..tak salah kan .. lagipun cintakan tak mengenal usia." Ucap jihyo mencipta alasan.
Sehun memandangnya sayu. Redup pandangan mata sehun. Jihyo juga perasan. Mata mereka bertembung buat beberapa saat. Lalu jihyo pun melarikan pandangan matanya. Tidak sanggup dia memandang sehun. Dia tahu namja itu pasti sangat kecewa.
Sungyeol yang perasan mereka berdua mulai syak sesuatu. 'Noona dengan namja tu ada something ke? Erm suspicious la. Kena korek ni.' Monolog sungyeol. Dia harus cari tahu juga apa kena mengena mereka berdua.
"Okey. Dah. Korang jomlah. Birthday party dah nak mula ni. Jihyo ajak sekali sungyeol dengan sungjong masuk. Mereka semua pun masuk. Majlis bermula dengan meriah sekali. Mereka menari dengan seronok sekali. Tapi jihyo hanya lebih seronok memerhati. Tiada mood untuk ikut serta.
"Jadi, sebab tu ke kau tolak cinta aku?" Sehun muncul dan duduk ditepi jihyo. Jihyo sudah berdebar. Pertanyaan sehun tidak dijawab. "Kenapa kau tak terima boa?" Soalan lain pula diaju kepada sehun.
"Macamana kau tahu?" Soal sehun. "Err..macamana aku tahu tak penting kot. Boa tu baik. Sangat baik. Kau...kau terima la dia. Dia betul-betul sayangkan kau. Jaga dia baik-baik. Jangan biar dia terluka." Sebaik saje jihyo berkata dia terus bangun dan pergi. Tapi sehun sempat menarik tangan jihyo.
"Ke...kenapa jihyo. Kenapa? Aku..aku betul-betul cintakan kau.. kenapa kau tak nampak tu semua." Rintih sehun. Jihyo melepaskan tangannya.
"Ak..aku...aku mintak maaf..aku tak layak untuk cinta kau... boa lebih layak untuk kau. Tolong jangan sia-siakan dia." Sebaik berkata-kata jihyo pun pergi. Kenapa dia merasakan yang dia tidak ikhlas mengucapkan itu semua. Kenapa hati dia rasa sakit sangat.
Jihyo meminta diri untuk balik. Dia memanggil sungyeol dan sungjong. Setelah memberitahu suho dan gengnya dia mahu pulang dia terus masuk kedalam kereta. Disuruhnya sungyeol yang drive. Jihyo tak boleh drive kalau fikirannya tengah kusut. Tak boleh nak fokus katanya. Nanti lain yang hendak pergi lain tempat yang ditujunya.
Sungyeol dan sungjong pelik melihat noonanya. Mereka juga perasan yang jihyo menitiskan airmata. Sungyeol ingin menanyakan jihyo mengenai hal tadi. Lalu dia pun memberhentikan kereta di sebuah taman. Dia mengeluh kuat. "Okay noona. Now tell us. What happened?" Soal sungyeol. Sungyeol dan sungyeol menunggu apa yang akan noonanya beritahu.
"Tell you what.?" Soal jihyo sambil menyapu airmata yang masih bersisa. Sungyeol mengeluh lagi. "Kenapa noona tipu diorang. Kenapa noona cakap yang sungyeol ni namchin noona?" Soal sungyeol. Jelas serius sekali nadanya. Sekali perasaan kesian terbit dalam dirinya. Dia tahu noonanya punya banyak masalah.
"No...noona...noona mintak maaf. Noona terpaksa..." sayu suara jihyo. "Takpe..
Sungyeol tak paksa noona untuk jelaskan sekarang. Tapi sungyeol nak tahu apa hubungan noona dengan ooh sehun. Sungyeol pelik la tengok korang berdua. Korang ada sembunyikan apa-apa ke?" Soal sungyeol. Dia ingin tahu jawapannya. Sungjong yang hanya setia mendengar mengangguk. Dia juga ingin tahu.Gulp. Macamana laa aku nak cakap ni ? Nak terus terang ke. Monolog jihyo. Runsing dia memikirkan apa yang hendak diberitahu kepada dua orang namja itu.
* * * *
Gambar kat atas tu author ambik kat google. Asalnya author nak cari gambar jihyo pakai baju putih tu. Then author terjumpa. Tapi lay ada sekali. Author malas nak crop so author post je sekali dengan lay. Author pu. Taktau kenapa gambar jihyo dengan lay boleh sekali.
YOU ARE READING
I Hate You But I Love You
FanfictionCast : Song Ji Hyo Oh Sehun Kwon BoA Son Naeun Bae Suzy Jung Jessica Jung Krystal Exo Dan lain lain Ni first time aku buat fanfic. Sory kalau tak best. Sory kalau fanfic yang aku buat ni ada...