Tanpa disedari, ada sepasang mata sedang memerhati mereka. 'Sehun suka jihyo? Tapi....selama ni...? Kenapa aku tak perasan semua tu? Kenapa dia happy je bila dengan aku?' Monolog Boa. Niatnya ingin masuk ke bilik jihyo terbantut bila dia ternampak sehun mencium dahi jihyo. Dia terkedu.
"Boa? Awak buat apa kat situ? Nak jenguk jihyo ke? Kenapa tak masuk?" Soal suho yang baru tiba. Dia ternampak boa yang sedang berdiri di depan pintu bilik jihyo. Suho menjenguk melihat kedalam bilik jihyo. Baru dia tahu kenapa boa tidak masuk.
"Boa, aku nak cakap sikit dengan kau, boleh?" Suho bertanya. Boa mengangguk. Boa mengikuti suho. Mereka duduk di bangku di luar hospital itu. Suho mengambil nafas sebelum bercerita. "Aku harap lepas apa yang aku nak ceritakan kat kau tak kan buat kau kecewa." Boa memandang suho. Suho pun ceritakan semuanya kepada boa. Tidak tertinggal satu pun.
"Ja...jadi...diorang suka sama suka? Jihyo korbankan perasaan dia dekat sehun sebab aku? Sebab taknak aku sedih? Kenapa....kenapa aku tak sedar semua tu...apa aku dah buat ni....aku langsung tak ambik tak tahu perasaan jihyo...aku...aku ni memang kawan tak guna." Boa menangis. Dia langsung tak sedar semua ni. Dia langsung tak perasan yang jihyo dah berkorban demi dia.
Suho mengusap lembut belakang boa. "Dahla. Ni bukan salah kau. Kau tak perlu salahkan diri sendiri. Dah, sekarang ni jom kita jenguk jihyo. Mungkin dia dah sedar sekarang." Suho memujuk boa. Boa mengangguk lemah. Dia kesal sebab dia jihyo korbankan cintanya. Boa mengikut langkah suho masuk ke hospital.
Sesampainya di depan bilik jihyo, suho dan boa terdengar bunyi riuh rendah. Mereka pun masuk. Jihyo tersenyum manis ke arah boa. Sehun setia ditepinya. Ahli exo yang lain juga ada. Riuh rendah sekali suara mereka. 4 orang sepupu jihyo pun ada. Selepas dapat berita yang jihyo masuk hospital terus mereka tempah tiket dan terbang ke korea.
Boa melangkah masuk dan menghampiri jihyo. Jihyo tersenyum manis. "Ehh sehun, tepi, biar boa duduk kat sini. Shuh shuh." Jihyo menghalau sehun lalu menarik boa duduk ditepinya. Sehun mencebik. Jihyo ketawa kecil. Boa hanya memandang mereka. Dia perlu selesaikan semuanya. Dia taknak sesiapa pun kecewa. Cukupla jihyo dah banyak terluka sebab dia. Dia yakin dengan apa yang akan dia akan lakukan.
"Jihyo, aku...nak cakap dengan kau sikit boleh? Boa bertanya. "Cakaplah." Jihyo menyoal kembali. "Berdua je. Orang lain takleh dengar apa yang aku nak cakapkan" boa berkata sambil memandang yang berada dalam bilik itu. Suho yang seakan memahami menyuruh yang lain keluar.
"Kenapa kitorang kena keluar? Cakap je la. Kitorang pun nak dengar jugak." Chen taknak keluar dari bilik tu. Suho menarik telinga chen keluar dari bilik itu. Chen menjerit kuat.
Jihyo sudah tergelak. Tinggal la mereka berdua. Bilk itu sunyi seketika. Jihyo menunggu apa yang ingin dicakapkan oleh boa. Boa menghembuskan nafas berat sebelum dia mulakan percakapannya.
# # # # # # # #
Okay. Thank you pada yang setia baca fanfic author yang tak seberapa ni. Dalam kepala author hanya fikir nak habiskan cerita ni. So teruskan membaca ye. Yang kurang tu mungkin dari author sendiri. So, macam biasa kalau rajin tu vote and komen sekali ye. Terima kasih semua ^^
YOU ARE READING
I Hate You But I Love You
FanfictionCast : Song Ji Hyo Oh Sehun Kwon BoA Son Naeun Bae Suzy Jung Jessica Jung Krystal Exo Dan lain lain Ni first time aku buat fanfic. Sory kalau tak best. Sory kalau fanfic yang aku buat ni ada...