Bab 2

37.7K 1.2K 34
                                    

"Hai penolong pengawas.amboi mentang-mentang dah jadi penolong ketua pengawas makin sebok ek awak sekarang".sergah sumayyah yang baru muncul entah kemana.

Azharina mengusap dadanya.terkejut."astagfirullahalazim.awak ni kan selalu buat saya macam tu.macam mana kalau saya mati dekat sini".dalam marah tapi suara Azharina tak pernah sesekali tinggi.

"Hish awak ni jangan la cakap pasal mati.sedih tahu tak saya.saya mintak maaf awak.mintak maaf sangat-sangat".kesal sumayyah.salah dia juga tak bagi salam dan terus serang je.

Azharina yang nampak riak wajah sumayyah berubah terus menarik bahu sumayyah supaya rapat dengannya

"Saya tak marah awak pun,saya tegur je.lain kali jangan buat lagi okey.".pesan Azharina.

Sumayyah mengangguk lemah.kesal dengan perbuatannya.dia bukan tidak tahu si Azharina ni ada asma,senang nak dapat sesak nafas kalau terlampau terkejut .kesian awak Azharina

"La ni kenapa awak senyap pulak ni?saya tak marah dekat awak la.".heran Azharina bila kawan baiknya tiba-tiba berubah jadi senyap selalunya sumayyah la orang paling kepoh dekat dalam kelas ni.tapi tak de la kepoh mana pun.kelas bercampur lelaki dengan perempuan so kena la jaga adab.

"Awak janji jangan cakap mati depan saya".kata sumayyah.

Pelik Azharina.sumayyah ni dah kenapa."kenapa cakap macam tu?".

"Saya tak nak kehilangan awak.saya tahu awak ada asma.bila-bila masa ja awak boleh sesak nafas.kalau masa saya terkejut kan awak tu tiba-tiba awak sesak nafas.saya tak dapat maafkan diri saya"sendu je sumayyah.

Azharina senyum kelat.dia mngusap belakang sumayyah perlahan.

"Ingat mati itu adalah satu kewajipan.semua orang nanti akan meninggal tak de sapa pun yang tercicir.kalau saya pergi dulu mungkin itu dah takdir saya.".ujar Azharina.

Sumayyah bertambah muram cuma tinggal air mata je yang nak meleleh.

"Hey.dah la sumayyah,kita happy-happy okey.tak mau la macam ni.eh kejap kita buat drama apa ni sampai awak menangis".Azharina buat lawak.jari kananya mengusap air mata sumayyah.

Sumayyah tergelak."awak la yang buat lawak.kita sekarang ni tengah buat drama apa eh urmm apa tu novel yang best yang selalu awak baca tu.sweet,apa tu ala tak ingat la".sumayyah menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Alala comel la awak ni sumayyah buat gaya macam tu.tajuk novel dia suamiku paling sweet".Azharina memang gemar baca novel tu.sweet sangat.dah nama pun 'suamiku paling sweet' memang la ending sweet adeh.

"Haa baru ingat.tapi kita tukar tajuk".

"Tajuk apa?tajuk baru ek?".Azharina layankan aja perangai si sumayyah ni.

Sumayyah mengangguk laju."tajuk dia 'best friend ku paling sweet dan comel' ".

Tergelak Azharina.dia menggeleng kepala."merepek la awak ni.".dia memang layan novel tu untuk menghilangkan stress je.kadang-kadang je la dia sentuh novel tu.lepas otak dah okey baru  dia sentuh al quran tafsir.

"Apa yang merepeknya.fakta okey.ni kalau kita buat novel tajuk dia macam ni mesti berpuluh-puluh ribu orang baca.".angan sumayyah.

"Sumayyah,Sumayyah...awak ni memang kaki berangan kan.nak buat boleh tapi jangan sampai melalaikan sudah".Azharina memberi nasihat.

"Ye saya tahu la".sumayyah terus menyentuh kuat siku kiri Azharina.dia tak perasan yang siku Azharina luka.

Azharina mengaduh.berkerut mukanya menahan sakit.

"Awak kenapa ni?"tanya sumayyah dengan kalut

Azharina melepaskan sikunya dari genggaman sumayyah.dia terus menunjukkan luka di sikunya yang makin parah

Terkejut sumayyah bila tengok lengan baju Azharina ada tompokkan merah.dah la baju pengawas warna kuning memang nampak sangat lah darah tu

"Tadi saya excident masa nak datang sekolah.nasib lelaki yang langgar saya tu tolong saya".

"Dah nama pun dia yang langgar awak.memang la dia wajib kena tolong,kalau tak tolong tu namanya biadab.dah jom pergi tandas saya ubatkan siku awak tu"sumayyah terus menarik Azharina keluar daripada kelas.nasib hari ni semua cikgu ada meeting.

Azharina hanya ikut setiap gerak geri sumayyah.

"Papa nial nak tanya satu benda boleh tak?".tanya Danial apabila selesai mesyuarat di syarikatnya. Bina holding.

"Apa dia?sejak bila kamu nak tanya sesuatu kena mintak izin dulu ni?".soal dato nabil pelik.dato nabil terus berhenti meyusun kertas.

Danial tersenyum menunjukkan segaris gigi putihnya.

"SABK Maahad al islamic tu papa yang selalu sponsorkan?".tanya Danial ingin memastikan perkara itu betul

Pelik dato nabil.sejak bila nial ni ambil tahu pasal hal-hal luar syarikat ni.

"Nial saja je tanya".ujar Danial.dia faham sangat dengan dato nabil kalau senyap.

Dato nabil mengangguk."why you asked me?"

"Hehehe...nothing la pa.saja Tanya."

"Ha ni papa nak tanya.kenapa pagi tadi datang lambat?".dato nabil mengangkat keningnya.

Takkan nak bagi tahu aku langgar anak dara orang budak sekolah pulak tu.sekolah yang papa sponsor pulak . karang tak pasal-pasal papa bising pulak mati aku.

"Ouh tadi nial pergi cari calon isteri.kan papa bagi nial dalam masa sebulan je lagi".bijak alasan kau ek Danial.langgar anak orang tapi bagi alasan cari calon isteri.bagus-bagus.hebat betul otak aku berfungsi secepat ni.

"Dah dapat ke calon isteri tu?dekat mana kamu cari?".bertubi-tubi soalan dato nabil.

Erk.nak jawab apa pulak ni.takkan nak cakap cari dekat SABK maahad al islamic pulak.kalau aku cakap mesti  papa gelakkan aku .

"Ouh nial cari dekat masjid.tapi sayang la pa semuanya makcik-makcik baya papa.tak sesuai langsung dengan nial.".Danial buat muka kecewa.kecewa la tu?.

Tergelak dato nabil."cari dekat masjid dalam waktu pagi memang la takkan jumpa.cuba cari waktu malam masa solat maghrib."

Senangnya papa aku cakap.cuba kalau papa sendiri yang cari jumpa ke tak.erghh serabut.

"Hmm ye la pa..nial cuba".pasrah Danial.mana nak cari perempuan macam tu.mana nak cari.kalau Azharina?ish mengarut dia tu dah la budak sekolah lagi.nonsense betul.aku anggap dia adik dah kot. Tapi kalau terpaksa....ergh merepek idea kau ni Danial rykarl.

Danial dan dato nabil terus bangun untuk masuk ke pejabat masing-masing.

"Aduh pelan-pelan sikit sumayyah sakit.".aduh Azharina.

"Ye saya tahu la sakit tapi tahan la sikit".sumayyah menyucikan luka azharina dengan pelan dan lembut sahaja.

"Ni saya nak tanya.mamat tu tak bagi ganti rugi ke kat awak?".tanya sumayyah dalam keadaan mencuci luka Azharina.kadang-kadang dia meniup di tempat luka itu.

"Ada.dia bagi duit je"

"Duit je dia bagi.berapa dia bagi?".sumayyah terus meletakkan plaster di siku Azharina.plaster ni memang dia selalu buat simpan dalam beg.mana nak tahu nanti tangannya atau tangan sapa-sapa yang luka dia boleh tolong bubuhkan

"seratus ringgit"

Terkejut sumayyah.banyak tu."banyaknya.senang betul dia bagi duit dekat awak ek.?".

"Entah la.mulanya saya menolak saya cakap banyak sangat duit ni.lepas tu dia kata tak pe selebihnya masuk tabung.".jelas Azharina sambil menurunkan gulungan lengan bajunya

"Orang kaya ek laki tu?".tiba,tiba sumayyah tergerak hati nak tanya.

"Entah la.tapi saya tengok dari segi pakaian dan kereta dia,saya nampak mewah la jugak.biasalah orang dah bekerja,mesti ada duit banyak".dia cuma memandang sekilas dekat kereta yang langgar dia tadi tu.

"Ooo dah bekerja.jom la Azharina masuk kelas nanti ketua kelas cari kita pulak sebab duduk dekat tandas ni lama-lama.tak elok pulak tu duduk tandas lama-lama.".sumayyah mengajak Azharina.

Azharina hanya mengangguk.ada betul jugak kata sumayyah.

Mereka berlalu masuk ke kelas.

Tolong!! Jangan Mainkan Cinta Aku Where stories live. Discover now