Langit yang menghiasi bintang dan bulan bercahaya cantik menjadi santapan renungan azharina.
Hatinya keliru dengan banyak pertanyaan. Betul ke apa aku buat ni? Tapi memang patut pun Danial rasa apa yang aku rasa. Dia marah ke aku buat dia macam tu? .
Dia mula mengingati kisah siang tadi semasa berjumpa Danial di mall. Rindu sangat dia dengan suaminya tapi cepat-cepat diusir. Dia tak nak ingat pasal suaminya lagi. Sekarang ni dia dah bukak buku baru so memang patut pun kena lupakan suaminya. Tapi macam mana aku nak lupa kan dia kalau aku rasa hati aku makin dekat dengan dia. Hish perasaan apa la ni. Ingat balik apa yang dia dah buat dekat kau Rina. Ingat balik!
"Hoi termenung apa tu?! ".sergah Sofea dengan menepuk bahu azharina.
Melompat azharina dibuatnya. Dadanya diusap untuk meredakan debaran. Gila kau tak debar dah la gelap dekat sini.
"Akak ni! Bagi Rina terkejut je lah. Nasib Rina tak de sakit jantung".omelnya geram.
Sofea tersengih dan terus duduk di sebelah adiknya. "Sorry ".
"Tak pe"
"Kenapa Rina termenung? Ada masalah ke waktu keluar dengan Daus tadi? Dia ada buat apa-apa ke dekat Rina?".bertalu-talu Sofea bertanya.
Pantas azharina menggeleng. Kesian kau Daus tak pasal-pasal kena tuduh dengan kak Sofea aku. Sabar la ye Daus, aku bela kau.
"Mana ada akak. Dia tak buat apa-apa pun dekat Rina, siap belanja Rina baju, tudung dengan kasut lagi".
"Dah tu. Kenapa termenung. Sepatutnya seronok tahu tak".katanya dengan kerutan di dahi.
Azharina mengeluh. "Cuma waktu keluar tadi Rina terserempak Danial".
"Lepastu dia ada buat apa-apa tak dekat Rina?! Daus protect Rina tak?! Rina ada cedera dekat mana-mana?".kalut Sofea bertanya. Dia membelek tubuh azharina dengan memusingkan tubuh azharina ke kiri dan ke kanan
"Akak, akak. Relek okey. Rina okey la. Berani Danial nak buat apa-apa dekat Rina. Rina dah pandai jaga diri dah la sekarang ni. Tu pun berkat Daus ajar".ujar Azharina dengan sengihan.
Mata Sofea dikecilkan. Dia merenung saja wajah sengihan azharina di dalam samar-samar cahaya dari Bintang dan bulan.
Dia mencuit bahu azharina berkali-kali. "Rina ada apa-apa ke dengan Daus tu? ".
"Ehhhh! Mana ada lah akak. Kawan je".jawab azharina dengan gelengan laju.
Sekali lagi sofea mengecilkan matanya Tanda tidak percaya.
"Betul la akak. Rina kawan je. Lagipun Rina masih isteri Danial. Rina kena jaga batas Rina. ".
Sofea mengangguk percaya."okey akak percaya. So lepas dapat result Rina nak sambung belajar mana? ".soal Sofea ingin ubah topic.
"Urmmmm.. Rina nak belajar dekat perth la akak .alang-alang tu boleh tenangkan fikiran sekali.okey kan akak".azharina sudah fikir masak-masak. Dia nak sambung belajar dekat luar negara. Nak tahu jugak kehidupan di perth macam mana. Mesti Best kan.
"jauh nya. Macam mana kalau Danial or umi Rina tak bagi? ".soal Sofea dengan risau.
Azharina senyap seketika ."hmmmm.. Kalau umi tak bagi, Rina pujuk lah. Kalau Danial tak bagi ada Rina kisah. Rina pergi jugak"
Sofea mengangguk. "Ikut Rina lah. Tapi ingat tau walau apa pun yang jadi dekat Rina, akak ada di sisi Rina okey".
Azharina tersenyum nipis. "Thanks akak".
"Welcome. Dah la jom masuk.dah nak tengah malam ni. Karang ada jugak benda putih berdiri dekat sebelah kita".terus Sofea lari masuk ke dalam rumah.
YOU ARE READING
Tolong!! Jangan Mainkan Cinta Aku
Random[ The winner of Besties2017 awards ] "Kenapa awak selalu dera saya,apa salah saya!"-Azharina amelin "Herh, kau fikir la apa salah kau.disebabkan kau aku kena putus dengan rabiatul"-Danial rykal Bila cinta dan sayang mula berputik pasti saja ada pe...