"Abang tolong mandikan naurah kejap! ".arah azharina dengan nada suara yang kuat. Almaklumlah dia duduk dekat dapur tengah sebuk masak makan tengah hari .
Danial yang sedang kusyuk bermain henfon terus meletakkan henfonnya di atas meja dan terus membuka langkah ke arah dapur . "Alaa sayang jom lah mandi kan dia sekali".Azharina berdecit. "Abang...Rina busy sekarang ni. Abang kan tengah cuti sekarang ni, apa kata tolong Rina pula. Please abang ".
Danial mengeluh kecil. Tubuhnya dipusingkan dan berjalan naik ke tangga. Kononnya nak merajuk la tu.
Azharina tergelak kecil. Dah ada anak pun perangai macam budak-budak !
Azharina duduk termenung berhampiran kolam. Kakinya di gerak-gerakkan ke dalam air. Dia baru saja menidurkan naurah. Dia nak tidur tapi awal lagi baru pukul 9.30 malam.
Kepalanya didongakkan memandang langit yang terbentang luas dengan dihiasi oleh taburan Bintang. Cahaya bulan penuh dapat menolongnya melihat dasar air kolam. Tenang je air ni.
Sedang dia melihat air tiba-tiba saja ada orang terkejut kan dia.
"Ba ! ".
Azharina yang terkejut bagai nak gila terus terjatuh ke dalam air. Telinganya dapat mendengar ketawa besar. Siapa lagi kalau bukan suami kesayangannya iaitu Danial .
Azharina memandang Danial dengan geram. Bibirnya di ketap kuat. "Abang ni kenapa! Nasib baik Rina pandai berenang tau. Kalau Rina tak reti berenang tadi dah lama dah Rina K.O. "
Ujarnya geram sambil menepuk air. Biar suaminya kena air tu"Sayang basah la abang. Sorry la. Mana abang tahu sayang terkejut sampai macam ni sekali .dah naik ".terus danial menghulurkan kedua tangannya .
Azharina menyambut. Tiba-tiba idea jahat muncul dalam mindanya. Senyuman sinis dihadiahkan ke arah Danial.
"Sayang jangan eh...".Danial tahu apa yang azharina ingin buat. Tangannya usaha ingin melepaskan dari genggaman azharina. Tapi sayang tak perjaya , azharina terus menariknya kuat.
Dushh
"HAHAHAHAHAHA!! "azharina gelak besar sambil menepuk-nepuk air.
Danial meraup wajahnya akibat terkena percikan air. Matanya dikecilkan dan terus menghampiri isterinya."Lawak muka abang tadi! Hahahaha! Muka macam hahahaha macam.. Hahahaha macam monyet kena mercun hahaha".kutuk azharina selamba sambil tergelak kuat.
Makin berang Danial dibuatnya.aku sikit punya hensem ni dia kata muka macam monyet.terus tubuhnya berdiri tegak di hadapan azharina yang masih tergelak terbahak-bahak . "Apa sayang kata tadi? Muka abang macam monyet kena mercun? ".
Azharina mengangguk dengan tawanya . Dia langsung tidak sedar yang Danial berdiri tegak dihadapannya. Matanya dibesarkan bila melihat Danial berdiri dihadapannya dengan wajah yang marah. Tawanya terus terhenti. Gulp . Dia marah ke?
"Abang... Abang marah Rina ke? ".
Danial membisu dan matanya masih mencerlung isterinya. Haa tahu takut. Dia makin lama makin menghampiri ke arah azharina. Wajahnya sekarang ni tiada langsung senyuman.
Azharina mula melangkah setapak ke belakang. Kecut perutnya sekarang ni bila melihat wajah serius Danial. Arghh bencinya dia buat muka macam tu.
"Kenapa tak gelak lagi ? Takut? Hmmm".ujar Danial dengan sinis.
Azharina menelan air liur. Tengkuk yang tak gatal di garu. "Errr.. Kalau boleh nak gelak lagi. Perasaan takut tu tak de. Cuma yang ada perasaan nak lari. Bye! ".terus dia membuka langkah besar untuk beredar tapi bahunya sudah dihalang oleh lengan sasa Danial. Tubuhnya terus ditolak lembut sehingga tersandar pada dinding kolam. Wah dia nak buat apa ni! .
YOU ARE READING
Tolong!! Jangan Mainkan Cinta Aku
Random[ The winner of Besties2017 awards ] "Kenapa awak selalu dera saya,apa salah saya!"-Azharina amelin "Herh, kau fikir la apa salah kau.disebabkan kau aku kena putus dengan rabiatul"-Danial rykal Bila cinta dan sayang mula berputik pasti saja ada pe...