Selepas saja solat maghrib azharina terus melipat telekung putih pemberian uminya walaupun sudah 4 tahun dia tak jumpa uminya.dia terus keluar daripada bilik dan pergi ke dapur untuk siapkan makan malam.
"Ha ! Keluar pun kau kan azharina . Aku ingat kau buat apa la lama-lama dekat dalam tu . Dah cepat pergi masak aku dengan ibu lapar ni ! " arah sofia yang sedang menonton televisyen bersama ibunya .
Azharina cuma mengangguk laju .
Azharina mengeluarkan kobis,carrot,kacang panjang dan juga mee . Hmm malam ni masak mee goreng pun best jugak kan.
Azharina yang sedang lincah mencampakkan bahan-bahan ke dalam kuali tiba-tiba disergah oleh Hashim.
"Rina masak apa tu?".
Terangkat bahu azharina. Dia mengusap dadanya. Terkejut.
"Ayah ni kan . Buat rina terkejut je la nasib sudip ni tak terpelanting tadi.Rina tengah masak mee goreng kesukaan ayah ni la "Azharina tergelak di hujung ayatnya .
"Ayah mintak maaf dekat rina okey . ayah tahu ayah salah. Hmm patulah bau sedap sangat. ".Hashim mengdekatkan mukanya ke dalam kuali itu.
"Ayah tak perlu la nak mintak maaf dengan rina. Perkara kecik je tu.dah la ayah jom pergi depan kita makan.".Azharina selesai mencedok mee itu ke dalam mangkuk dan dia terus berjalan ke arah meja makan.
Sofia dan maimunah terus duduk di meja makan tanpa dipelawa lagi oleh Hasyim .diorang mencedok mee itu dengan banyak ke dalam pinggan masing-masing.
Azharina tersenyum tengok kakak dan ibu nya makan masakannya.azharina cuma mencedok dua kali sahaja dan mee selebihnya untuk ayah nya.
Hasyim yang tengok gelagat anak bini nya hanya mampu mengeleng kepala.dia terus mencedok mee itu ke dalam pinggannya.dia baru perasan yang azharina makan sikit.
"Kenapa sikit je rina makan tu.ni haa ada lagi kenapa tak cedok.?"
Azharina menggeleng."selebihnya tu untuk ayah.tak pe ayah ambik je la".Azharina menolak perlahan.
Hashim tersenyum.dia menarik pinggan anaknya dan terus mencedok mee itu ke dalam pinggan.dia tahu Azharina lapar sebenarnya.
"Kenapa ayah cedok untuk rina pulak. Habis tu ayah makan sikit je la".kata Azharina.
Hasyim menggeleng."ayah makan sikit je.tak pe rina makan je la rina yang masak rina la yang kena makan banyak-banyak."
Azharina yang rasa bersalah terus nak menjawab tapi di potong oleh maimunah.
"Kau makan je la.banyak cakap pulak kau ni.kalau kau tak nak kau bagi aku,tumpang aku lapar ni!".marah maimunah.
"Cuba cakap dengan anak saya elok-elok ini tidak cakap kasar dengan dia kenapa".tegur Hasyim dengan suara tegas.
Maimunah hanya mencebik.dia terus sambung makan mee yang tergendala itu.
Azharina tersenyum di bibirnya yang dibuat buat.dia terus makan makanan dia.
Azharina yang selesai makan terus mengutip pinggan kakak,ibu dan ayah nya untuk basuh.sambil dia basuh dia terfikir 'kenapa dah dua hari aku tak jumpa abang Danial ek.dia marah lagi ka?hmm'
"Rina lepas basuh pinggan nanti jumpa ayah dekat beranda ye.ayah ada benda nak cakap sikit".ujar Hasyim.
Azharina terus berhenti mengelamun."hah.ouh okey ayah nanti rina jumpa ayah lepas basuh pinggan.sikit je lagi ni lepas tu siap.ayah pergi la dulu nanti rina pergi dekat ayah okey".lembut saja tutur kata azharina.
Hasyim mengangguk dan terus beredar.
Azharina membilas pinggan-pinggan itu dengan cepat.takut jugak nanti ayah nya tunggu dia lambat.selesai membasuh azharina terus mengelap tangannya di kain.dia terus pergi ke arah ayahnya
YOU ARE READING
Tolong!! Jangan Mainkan Cinta Aku
Random[ The winner of Besties2017 awards ] "Kenapa awak selalu dera saya,apa salah saya!"-Azharina amelin "Herh, kau fikir la apa salah kau.disebabkan kau aku kena putus dengan rabiatul"-Danial rykal Bila cinta dan sayang mula berputik pasti saja ada pe...