Hampir 2 hari danial tak jumpa azharina. Entah kenapa dia rasa down sekarang ni.dalam masa 2 hari ni dia lebih mendiamkan diri. Dan hari ini dia ingin berjumpa dengan azharina. Nak bincang pasal hala tuju rumah tangganya.
Danial hanya duduk di cafe untuk menenangkan fikiran sementara menunggu azharina tiba. Sesekali dia mengeluh berat. Dia mula terbayangkan perbuatan azharina dekat firdaus. Wey perit wey !!!.
Sedang dia mengelamun tiba-tiba saja ada seorang perempuan menyapanya.
"Assalamualaikum. You ni Danial kan? ".Danial terus memandang perempuan Ayu bertudung dihadapannya. "Ye saya. Kenapa ek? ".
Perempuan itu mula tersenyum manis.boleh cair weyh .
'Mak ai senyuman dia. Haih sedar kau tu ada masalah besar dengan azharina. Jangan tambah masalah!! '.bisik hati Danial.
"You tak kenal I ke? ".soal perempuan itu.
Dahi Danial mula berkerut. Dia mengeleng laju sambil membetulkan kedudukannya.
"Sorry. Saya tak kenal. Kita pernah jumpa ke? ".Perempuan itu mula tersenyum manis sehingga menampakkan gigi putih nya.
"Ini I la rabiatul".Terkedu. Terkelu. Terkaku. Semua ter la ada. Wajah Danial sepantas kilat berubah. Mukanya mula berubah menjadi garang.
"Kau nak apa?! "."I datang sini dengan niat yang baik. Please listen to me".
Danial bingkas bangun ingin beredar tapi lengan nya sudah dipaut oleh rabiatul. Berlapik okey. Nasib dia pakai baju lengan panjang.
"What do you want?! ".keras dia menyoal. Dia terus merentap dari dipegang oleh rabiatul tapi tidak berhasil sebab rabiatul memegang lengannya dengan kemas.malas dia mahu berkasar dengan rabiatul sebab dia ditempat awam .tak pasal-pasal orang kata aku ni lelaki jenis apa.
Benci dia melihat perempuan itu. Benci sangat-sangat. Di sebabkan dia lah Rina dulu hampir mati!!
"I want to tell you something Danial. Urgent! ".
Danial lantas terus memusingkan tubuhnya menghadap rabiatul.
"About what? Aku fikir kau ni dah meringkuk dalam penjara tapi tak sangka pulak aku kau terlepas".Mata rabiatul terus dipejam. Dia terima bila dicaci oleh Danial. Memang salah dia lagi pun. "I'm just wanna said. Sorry".
"Sorry pasal dulu. I dah insaf. I betul-betul mintak maaf dekat you and your wife. Semua tu salah I, I tahu. I terlepas dari penjara sebab denda I dapat dikurangkan. You know what, I ni anak tunggal so I kena jaga ayah I yang terlantar di hospital and my lowyer bela I dengan hebat".terang rabiatul. Dia masih memegang lengan Danial dengan rapi. Dia risau lelaki di depannya itu pergi.
Danial mengeluh. " kenapa awak mintak maaf dekat saya. Awak sepatutnya pergi mintak maaf dekat my wife".bahasanya mula diubah menjadi awak saya. Kesian dia melihat wanita ini. Ya Allah kenapa dia mudah kesiankan orang sekarang ni!!.
Rabiatul menekur lantai. Dia risau nak mintak maaf dekat azharina. Dia takut. Takut azharina tak maafkan dia.
"I..... I takut nak mintak maaf dekat dia".
Danial terus menepuk bahu rabiatul perlahan. "Look. Azharina bukan jenis makan orang okey. Awak tak payah la takut dengan dia. Dia okey. Habis-habis pun dia cuma marah je. Tapi marah dia sekejap je. So now awak relek okey. Kejap lagi dia datang sini and awak mintak maaf dekat dia . Saya pun dah lama maafkan awak,so don't worry ".
Rabiatul mengangguk dengan senyuman kecil. "Thanks Danial".
Danial mengangguk. Dan mengusap kepala rabiatul yang berlapik tudung itu. "Welcome".
"Kita kawan".
"Yes kawan".
Puk~puk
Rabiatul dan Danial terus memandang ke arah sang penepuk tangan. Hampir terkeluar jantung Danial melihat azharina ada di hadapan.
"Rina... Rina dah datang".gugup Danial. Entah kenapa dia rasa gugup pun entah la.
Azharina tersenyum sinis.dia mula menghampiri Danial dan entah perempuan mana pun dia tak tahu. "Yes aku ada dekat sini. Kenapa? Terkejut. Hahahah. Mana la kau tak terkejut sebab kau seronok berdating tiba-tiba aku kacau dating korang kan. Hmmm seronok berpegang tangan, beromantik dekat tempat awam ni? ".dengan penuh sinis dia berkata.
Danial terus memandang pergelangannya yang masih di pegang erat oleh rabiatul. Terus dia meleraikan pegangan itu. "Tak.. Tak. Sayang salah pandang. Ni bukan apa yang sayang fikir.... "
"Bukan apa yang aku fikir?. Apebenda la maksud kau ni! So kau ajak aku datang cafe ni semata-mata suruh aku tengok adegan tak romantik korang ni ke haa. Kau memang kan, dari dulu sampai sekarang tak berubah perangai tu. Kerja nak main kan perasaan aku je! Menyesal aku berbaik dengan kau lah! ".kasar azharina berkata. Dulu ye dia sopan tapi kali ni tak. Dulu je dia mudah terpedaya dengan Danial tapi sekarang ni memang tak la!
"Azharina awak salah fah..... "Rabiatul cuba ingin bersuara tapi kata-katanya dipotong keras oleh azharina.
"Perempuan kau diam!aku tak nak dengar apa yang kau cakap".azharina mengacukan jari telunjuknya ke muka rabiatul. Dan sekarang jari telunjuk itu diacukan ke arah Danial semula.
"Dan kau! Aku menyesal kenal dengan kau. Pergi mati lah! ".
Danial memejamkan matanya. Baru dia tahu macam ni lah perasaan azharina waktu dia melemparkan kata-kata ke arah azharina dahulu.
Azharina terus beredar dengan laju. Dia berlari anak untuk keluar dari cafe itu. Air mata yang bertakung diseka kasar. Kenapa aku kena menangis ni?! Lembiknya kau Rina! Dulu kau janji tak nak menangis tapi sekarang kau menangis kenapa?!
Panggilan Danial dia hanya hiraukan. Malas dia mahu menoleh kebelakang.
Dia terus meredah jalan tanpa memandang kiri dan kanan
Hon yang kuat membuatkan dirinya terkaku di tengah jalan dan dia redho walau apa jadi sekali pun. Panggilan kuat dari Danial bagaikan bergema.
"Sayang!! " lantas danial berlari ke arah jalan raya dan menolak kuat tubuh isterinya ke tepi jalan. Dan sekarang ini dia dapat rasakan tubuhnya bagaikan di awangan dan terasa tubuhnya kebas-kebas sakit.
Hanya perkataan 'Allah huakbar' meniti di bibirnya. Sakit tersangat-sangat. Panggilan isterinya hanya dapat didengari samar -samar.
Azharina yang hampir mencium tar jalan itu terus bangun. Dia cepat berlari ke Danial. "Abang! ".
Dia terus mengangkat kepala Danial duduk ribanya. Dia mengusap lembut wajah Danial yang bersih tanpa sebarang calar tapi darah mengalir di belakang kepala Danial. Ya Allah.
"Abang... Open your eyes please! ".esak azharina. Baju nya yang berwarna putih sudah berubah kemerahan terang. Belakang kepala Danial... Banyaknya darah yang mengalir. Ya Allah.
Sedang dia menangis teresak tiba-tiba saja ada satu tangan yang memegang wajahnya dengan tangan terketar -ketar. Matanya yang terpejam terus dibuka. Ye Danial yang pegang wajahnya.
"Sa... Sayang ja... Jangan na... Nangis.... ".tergagap Danial berkata. Tangannya terketar -ketar mengelap air mata isterinya.
Azharina mengangguk. Dia memegang tangan Danial supaya lebih senang Danial memegang wajahnya.
"Ab... Aba.. Abang sayang, sayang san.. Sangat. Ma.. Maafkan ab.. bang sayang".
Azharina yang melihat keadaan Danial semakin teruk terus dia meminta bantuan dari salah seorang yang mengerumun.
"I dah call ambulans".kata rabiatul dengan gelabah.
Azharina hanya mengangguk laju. "Abang.. Abang tahan tau, nanti ambulans datang. Abang kuat kan? Tahan okey.Rina maafkan abang.Rina sayang abang.tahan okey abang.".
Danial mengangguk dengan perlahan. Kalau dia pergi sekarang dia dah sedia. Sebab dia dapat apa yang dia nak. Azharina dah boleh panggil nya abang. Alhamdulillah.
Perlahan-lahan matanya tertutup dan panggilan daripada azharina mula dengar samar -samar dan akhirnya tiada sebarang suara .
YOU ARE READING
Tolong!! Jangan Mainkan Cinta Aku
Random[ The winner of Besties2017 awards ] "Kenapa awak selalu dera saya,apa salah saya!"-Azharina amelin "Herh, kau fikir la apa salah kau.disebabkan kau aku kena putus dengan rabiatul"-Danial rykal Bila cinta dan sayang mula berputik pasti saja ada pe...