bab 26

30.3K 1K 52
                                    

Azharina terbangun dari tidur bila mendengar suara azan subuh berkumandang.dia memegang dahi yang terasa berat.

'Ni mesti Danial yang bubuh kain basah ni'.dia mengambil kain itu dan letak di meja katil sebelahnya.baru saja dia nak bangun tetapi pergerakannya terbatas bila terasa berat dipinggang.

Azharina memegang pinggangnya.terasa ada tangan melingkar di pinggang.dia memandang wajah Danial yang betul-betul rapat dengan wajahnya.

Azharina menilik wajah Danial.cantik sungguh ciptaan allah ini.tak de langsung cacat cela di wajah Danial.hensem je suami aku ni.

Azharina menolak sedikit tangan Danial.dia nak bangun solat subuh.tapi kenapa tak berjaya.

"Nak pergi mana?".soal Danial dengan mata masih terpejam.

"Err sorry kalau buat awak terjaga.saya nak pergi mandi dengan solat la.lepastu siap-siap pergi sekolah.".kata azharina.

"Dalam keadaan demam macam ni nak pergi sekolah?tak payah lah duduk je rumah".balas Danial lagi.dia memperkemaskan lagi pelukkan di pinggang azharina.dia menghiraukan suhu badan azharina yang kurang sikit panas berbanding semalam.

"Demam saya dah kebah dah la.boleh lagi ni nak pergi sekolah.".azharina cuba menolak lengan sasa Danial tapi masih lagi tak berjaya.almaklumlah lengan Danial nampak otot manakala tangannya hanya nampak tulang.

"No.ponteng je la sekolah hari ni.sehari je pun.kejap lagi ikut saya pergi klinik.".

"Ehh tak payah.buat apa pergi klinik saya okey dah la.setakat demam je pun.".tolak azharina perlahan.

"Berdosa tahu tak dengar cakap suami".ujar Danial tegas.dia terus bangun dari baringan.

Azharina turut bangun.haa sudah dia dah guna kuasa veto pulak dah.alasan apa nak bagi ni ek. aha!

"tapi kan,awak kan kerja.takkan awak nak hantar saya pergi klinik lepas tu awak hantar saya balik rumah and then awak pergi pejabat pulak.mesti penat kan".kata azharina dengan suara lembut.

"Saya cuti hari ni".ingat saya tak tahu yang awak tu cari alasan.sambung Danial dalam hati.

Azharina mengeluh perlahan."ye lah.saya ikut cakap awak.jom lah mandi,siap-siap solat jemaah.".kata azharina mengalah.dia terus mencapai tuala.entah kenapa tetiba kepalanya terasa sakit pula.maybe sebab demam kot.suara pun dah jadi sengau.ade deh.

"Boleh!".kata Danial bersemangat.

"Woi aku sekarang nak kau bertanggungjawab atas apa yang kau dah buat dekat aku!!anak ni anak kau!".tengking Sofea dekat zack.

Zack berwajah selamber.dia sempat lagi memeluk pinggang 'perempuan barunya' disebelah dan memakan kacang.

"Woi jantan. kau dengar tak!".Sofea menolak bahu zack kuat.

"Dan disebabkan kau jugak lah ibu aku buang aku dari hidup dia dan halau aku dari rumah!".tengking Sofea lagi.dia menghiraukan orang sekeliling yang ada di kelab malam yang memandangnya dengan pelik.

Zack tersenyum sinis.
"Bukan tu ke yang kau nak?".ujar zack senada.

Sofea mengerling ke arah perempuan yang ada disebelah zack.

"Wey pompuan..kau tahu tak zack ni dah mengandungkan aku!!lepas tu dia tinggalkan aku!!so kau mangsa dia yang seterusnya lah.".Sofea menarik kuat rambut perempuan yang ada disebelah zack.

Pang!

Zack terus menampar kuat muka Sofea sehinggakan Sofea tersungkur.

Sofea berpaling ke arah zack.dia memegang pipinya.tapi belum sempat dia bangun dia terasa perutnya disepak kuat sehinggakan dia rasa ada cecair pekat meleleh di celah kangkngnya.

Tolong!! Jangan Mainkan Cinta Aku Where stories live. Discover now