bab 38

18K 607 24
                                    

"Sayang nak pergi mana? ".tanya Danial dengan suara serak, serak basah. Almaklumlah baru bangun tidur.

Terbantut pergerakkan azharina. "Abang tidur je lah. Rina saja je bangun sebab tak boleh tidur. Ingat nak turun bawah nak tengok cerita hantu".balas azharina selamba sambil perlahan-lahan meletakkan tapak kakinya di lantai. Dia dah 3 minggu dah balik rumah Danial. Alhamdulillah la kakinya semakin pulih, dah boleh jalan tanpa pertolongan dengan pakcik tongkat. Hehehe.

Danial terus bangun bila dengar azharina nak tengok cerita hantu. Dia terus memandang ke arah jam tidur yang terletak di sebelah katilnya.

"Kenapa sayang tak boleh tidur hmm? Dah pukul 2 pagi ni. Berani ke nak tengok cerita hantu sorang-sorang? ".tanya danial dengan nada perli.

Azharina mencebik. "Berani lah. Alah setakat hantu dalam TV je pon. Bukannya real ada depan mata pun. Kalau dia muncul depan-depan mata Rina, Rina baca je lah ayat kursi"jawab azharina sambil berjalan ke arah pintu bilik.

Danial hanya menghantar pemergian azharina. Dalam otaknya mula terfikir idea jahat.

"Urm nak pasang cerita apa ek? "Omel azharina dalam hati. Dekat tangannya ada 2 CD.

"Kalau cerita munafik aku takut nak tengok walaupun aku dah tengok. Kalau cerita higland tower cerita ni dah lama.".kata azharina sendiri.

Setelah 10 minit berfikir azharina terus memasang cerita munafik. Haih cabar kan je lah diri ni .

Sedang azharina menutup separuh matanya dengan bantal bila sampai part seram , tiba,tiba azharina terasa macam bahu kirinya disentuh.

"Awakk..... ".suara seakan, seakan perlahan, lembut dan menyeramkan

Terbuntang mata azharina bila dengar suara itu.

"Awak takut ye....".sambung suara menyeramkan itu.

Dibibir azharina sudah terkumat kamit membaca ayat kursi dan yaasin dengan mata tertutup.tapi makin lama azharina dapat rasakan sentuhan yang amat menakutkan di leher . Meremang bulu roma ni.

Tanpa berlengah azharina terus menjerit sambil menyiku ke belakang.

DUSH

"adoi! ".adu Danial sambil menggosok perutnya yang baru selamat di siku.

Lantas azharina menghadap Danial. Terbuntang mata nya bila nampak wajah berkerut Danial.

"Erk. Sorry abang".ujar azharina sambil buat muka comel.

Masam saja muka Danial. Dia terus menjeling azharina. Saja nak mengada dengan isteri tersayang. Hehehehe.

"Alaa abang sorry la. Lagipun abang la yang galak sangat usik sayang, dah lah part seram lepastu abang pulak kacau memang la kena sebijik".balas azharina selamba dan terus duduk. Dengan Muka selamba azharina terus menyuapkan kerepek ke dalam mulut

Danial mengecilkan matanya bila tengok isteri kesayangannya selamba badak air je duduk. Bukan nak tanya okey ke tak. Sakit ke tak.

"Err abang. Sakit ke? ".tanya azharina dengan wajah risau bila nampak Danial berjalan ke dapur dengan badan terbongkok sedikit.

Danial dengan muka masam hanya mengangguk. Dan terus berjalan ke arah dapur. Tetiba rasa haus pulak.

Azharina terus bangun dan berlari perlahan ke arah Danial.

"Sayang. Kenapa lari. Haih dah tahu kaki tu sakit tapi galak jugak lari. Kalau patah balik baru tahu..... ".bebel Danial.

Azharina hanya mencebik. Dia terus menarik kerusi dan terus duduk.

"Alaa abang ni kerja membebel je lah. Kaki sayang okey dah ni. Haa nampak tak ni".kaki azharina di goyang, goyangkan. Menandakan kaki kuat dah la tu. Padahal tak pun.

Danial hanya menggeleng. Tak padan dengan kaki tu sakit. Tiba-tiba dalam kepala otak Danial muncul idea jahat.

Tengah azharina menggoyangkan kakinya tiba- tiba dia dapat rasakan ada sesuatu menghempap betisnya.

"Argh! ".terjerit azharina. Dahinya mula berkerut seribu. Perit sangat.

Meletus terus tawa Danial. "Haa tu la bila orang nak nasihat tak nak dengar. Tu baru pijak perlahan je. Belum lagi pijak kuat-kuat. Kalau dah sakit tu buat lah gaya sakit".bebel Danial panjang lebar sambil menyisip air kopi.

Azharina mencebik. Perit dikaki bekas jahitan dan patah masih terasa sedikit.

"Haa cebik-cebik. Cium karang baru tahu".ugut Danial.

Terus azharina bangun. "Gatal! ".

"Gatal dengan awak je".balas Danial sambil merenung anak mata azharina dalam.

Azharina terpana bila nampak mata danial yang seakan- akan romantik malam ni. Malam ni je la.

"Hah abang jangan ek.".balas azharina gugup.

Danial sudah tersenyum-senyum dia terus mendekati azharina. Dengan cepat dia terus memeluk pinggang azharina dan tarik badan azharina rapat ke arah badannya.jantungnya bergedup laju. Haih jantung, jantung.

Kali ni azharina terus termati kata. Gerun dengan Danial yang berubah jadi terlampau romantik

"I want you be mine forever and ever. Can I? ".tanya Danial dengan nada paling romantik.

Ye memang dah sampai masanya azharina melakukan nafkah batin.

"Yes".perlahan azharina jawab. Segan pulak rasa.

Senyuman Danial sampai ke telinga. "Apa dia? Abang tak dengar? ".

"Yes, I'm ready to be yours. real yours".balas azharina malu. Dah dapat rasakan yang pipi nya sudah merah bak tomato

Dengar saja jawapan azharina. Danial terus mengendong azharina.

Terjerit kecil azharina dibuatnya.

Dan pada malam yang indah buat pasangan yang bahagia itu disaksikan oleh bulan dan Bintang.

Tolong!! Jangan Mainkan Cinta Aku Where stories live. Discover now