bab 67

16.9K 621 48
                                    

Azan subuh mula berkumandang. Serta- merta azharina terjaga dengan sendiri.

Dia menggosok matanya dengan jari runcing. Sesekali dia menggoyangkan badannya tapi terbatas. Pantas dia memandang ke sebelah nya dan secara drastik dia terajang lelaki di sebelahnya.

"Kau siapa hah?! ".dingin azharina bertanya.

Danial yang terjatuh di lantai terus bangun sambil menggosok perutnya yang baru di tendang azharina. "Ni abang la Danial. Suami sayang.semalam abang ajak sayang tidur rumah kita . Aduh sakitnya".adu Danial.

Azharina mengetap bibir
.perasaan bersalah memang menyerbu jiwanya.

"Aw... Awak sorry lah saya ingat sapa tadi tetiba peluk pinggang saya. Selalunya bila saya bangun tak de pun orang dekat sebelah saya. Hehehe.. Sorry ehh janji tak buat dah".segera dia mengangkat sumpah.

Danial tersenyum. Senak di perut makin berkurangan tapi ada la sakit tu.

"Tak pe lah.. Abang faham, salah abang jugak. Dah la jom solat sekali, lepas ni dah tak boleh dah melainkan sayang terbuka hati nak tinggal dengan abang".

Azharina hanya senyap tanpa sebarang perkataan. Dia menggigit bibir. "Urmm dah la jom solat sekali".

Bingkas dia bangun dari katil dan terus mencapai tuala.

Danial hanya tersenyum hambar. Sedih memang sedih. Haih.

"Assalamualaikum warahmatullah. Assalamualaikum warahmatullah".

Danial terus menyapu mukanya dengan telapak tangan. Hari ni dan pagi ini dia diberi peluang untuk pertama kali dia menjadi imam kepada isterinya selepas kes pergaduhan hari tu .

Danial mula membaca witir dan membaca doa.

"Amin.. Amin ya robbal alamin ".kedua telapak tangannya di sapu ke muka. Tubuhnya terus di pusing kan ke belakang menghadap isteri nya yang sopan memakai telekung. Sejuk mata memandang.

Azharina hanya tersenyum kecil. Dia menghulurkan tangannya untuk menyalam Danial.

Danial terus menghulurkan tangan kanannya. Dah lama dia tak rasa macam ni. Rasa seronok ,bahagia walaupun sementara .

"Awak, saya turun dulu eh nak masak makan. Lepastu kalau awak teman saya pergi hospital boleh? ".pinta azharina dengan sopan. Dia merenung saja wajah Danial dari tadi. Entah kenapa dia rasa tenang je bila tengok wajah suaminya. Segala kisah silam tentang masa dulu hilang terus.

"Boleh. Tapi kan abang ada syarat kalau nak hantar sayang pergi sana".

Kening kiri azharina mula diangkat. "Syarat? Syarat apa? ".

Tangan kiri Danial mula bermain dengan telekung yang masih terletak elok di kepala isterinya.

"Syarat dia mudah je. And ada dua syarat . Abang harap sayang boleh tunaikan".

"Oooo... Kk.. Ey.. Apa dia? Macam serius je syarat awak ni".

"Syarat pertama abang mintak.. Boleh tak sayang panggil abang, abang".

Azharina mula terkedu dengan permintaan Danial. Otak nya mula memikirkan sama ada boleh atau tak. Alah setakat panggilan je pun boleh rasanya.

"Okey boleh".

Tersenyum lebar Danial. "Betul ke sayang. Thanks sayang".

"Ye la abang.. Okey syarat kedua apa? "

Nafas berat muka dihembus. "Okey syarat kedua ni abang lagi berharap Rina boleh tunaikan. Tapi kalau tak nak pun tak pe".

Azharina mengangguk.

Tolong!! Jangan Mainkan Cinta Aku Where stories live. Discover now