Epilog

22.6K 571 18
                                    

Terlalu banyak perubahan dalam hubungan azharina dan Danial selama ini. Bahagia , seronok , gaduh-gaduh manja , sweet dan macam-macam lagi dah makin sebati dalam hubungan mereka . Well kalau tak de semua ni tak Best lah kan?

Azharina dan Danial kalau gaduh pun sebab nak dukung anak perempuan mereka. Ayat yang paling azharina geram bila Danial dapat dukung naurah

"Itu la siapa suruh tak nak lahir kan kembar kan naurah kan.. Sekarang mula la gaduh nak berebut naurah".

Apa Danial pikir aku ni kilang ke apa? Sorang pun dah nak teseksa. Lagi pun rezeki Allah bagi kan, dah sorang anak sorang lah kalau kembar,kembar lah Allah bagi. Rezeki semua ditangan dia apa ada hal? Kita ni hanya mampu berdoa saja.

Sedang dia menyapu bedak ketubuh kecil naurah tiba-tiba saja dia dapat rasakan pinggangnya dipeluk dari belakang. Siapa lagi kalau bukan Danial, suaminya.

"Abang please lepaskan. Tak nampak ke apa yang rina tengah buat? ".

Danial menggeleng walaupun azharina tak nampak tapi dia tetap jugak nak menggeleng. "Tak nak ".

"Suka hati abang lah"pasrah azharina. Kalau paksa lagi danial ni kemaskan pelukkan dia tu. Boleh terseksa dia nanti.

"Sayang-sayang.... Sayang nak pergi honeymoon tak ?".soal danial dengan meletakkan dagunya ke bahu kanan azharina. Senang dia boleh nampak setiap pergerakkan isterinya. Sesekali dia menyembamkan hidungnya ke leher azharina.

Azharina yang geli mula melentokkan leher ke arah kanan. Geli dia dibuatnya. Sejak dah ada anak ni suaminya makin nakal mengusiknya. Geram je. "Abang merepek apa ni? Dah ada anak baru nak pergi honeymoon ke? Hish abang geli lah! ". Dia terus menampar pipi suaminya perlahan dan menyambung semula kerjanya iaitu memakaikan seluar dan baju ke tubuh naurah setelah selesai memakaikan pampers.

"Alaa sayang jom lah...baru Best pergi bertiga kan naurah kan? ".soal Danial ke arah naurah. Naurah pulak boleh pulak tersenyum sampai nampak kedua-dua lesung pipitnya , dengan gigi pun tak de lagi. Tak per tetap comel!

"Haa tengok naurah pun seronok. Jom lah sayang, sayang jom lah.. Jom lah.. Jom lah.. Jom lah... ".rengek danial dan terus duduk bersila di sebelah isterinya. Badan isterinya digoncangkan sampai naik rimas azharina dibuatnya.

"Ye, ye jom. Nak pergi bilanya? ".

Danial terus menggengam kedua-dua penumbukkan dan berkata 'yes ' .dia memandang ke arah isterinya dengan sengihan. "Esok".

Membulat mata azharina. "Abang cepatnya?"

Laju Danial mengangguk dengan senyuman lagi tu. "Tak cepat lah, kalau sayang kemas baju awal kan mesti sayang tak rasa cepat , rasa tak sabar je banyak".

Azharina mengeluh. Menyakitkan hati je cakap dengan Danial ni. Dia merenung danial dengan wajah yang malas. "Dalam malaysia ke luar malaysia? ".

"Dalam malaysia. Tak pe kan sayang? Sebab abang mintak cuti seminggu je. Hehehe. Tapi abang jamin tempat ni memang Best walaupun dalam malaysia je".

Azharina mengangguk. "Rina tak kisah la . Dalam malaysia pun Best jugak. Hmmm tambah-tambah Rina pula tak habis jalan lagi dekat malaysia ni. ".jawabnya dengan senyuman. Perasaan tak sabar-sabar mula menyelubungi dirinya.

"Esok lepas subuh sayang kemas la barang-barang okey .lagi pun flight pukul 3 petang".

Azharina mengangguk. "Okey".dia terus mengangkat naurah untuk diletakkan di baby cort . Risau jugak kalau naurah tidur dekat tengah-tengah. Nanti kalau tertampar ke tertindih ke tertolak ke waktu masa tidur. Mana tahu kan.

"Wah cantiknya dataran helang ni! ".ujar azharina dengan gembira. Dia tersenyum dari tadi lagi bila tahu danial bawaknya ke Langkawi . Habis dia lupa tentang anak dan suaminya kerana teruja.

Tolong!! Jangan Mainkan Cinta Aku Where stories live. Discover now