bab 4

29.8K 1K 22
                                    

"Azharina.lepas sekolah ni awak balik terus ke awak pergi dekat rumah ayah awak kerja tu?".soal sumayyah.

"Entah la.kenapa?"

"Tak de pape.kalau awak balik terus saya nak ajak awak balik rumah saya.kalau awak balik rumah awak pun mesti kakak dengan mak tiri awak dera awak".kata sumayyah.dia juga tahu yang mak dan kakak tiri Azharina ni suka sangat dera dia.

Azharina senyum hambar."kalau saya kena dera sekalipun.saya tak kesah sebab saya dah biasa"

Sumayyah memandang kawannya dengan geram."dah biasa awak cakap?tu ha luka dekat tangan awak.berbirat panjang.awak kata tak kesah.haih nasib baik luka awak tersorok dekat dalam tau.kalau azim tahu entah panjang lebar jugak awak kena terang dekat dia"

"Awak relex la.saya betul tak kesah.asalkan apa yang saya buat tu boleh buatkan kakak dan mak saya gembira".Azharina berkata lembut saja.dia tak perlu penting kan diri dia,yang dia perlu sekarang ni ialah jaga kakak dan mak tiri dia.

Sumayyah menggeleng kepala.kenapa la hati awak mulia sangat.kalau saya jadi awak,dah lama kakak tiri dengan mak tiri saya tu saya kerjakan.omel sumayyah dalam hati sambil melihat Azharina dengan pandangan yang kesian.

Azharina melemparkan senyuman kepada Sumayyah.sakit yang dia rasa memang tak dapat dibendung.tapi dah takdir dia jadi macam ni.tak de siapa pun boleh halang takdirnya.mesti allah uji aku dengan seteruk ni sebab allah tahu aku kuat.allah hantar dugaan seberat ini kepada hambanya yang dia sayang.tak pe kalau mak dan kakak tiri aku tak sayang aku,yang penting sekali allah dan ayah sayang aku.

"Semoga berjaya danial .hahaha.pape hal bagi tahu aku ek.whattsap aku!".hairul melambaikan tangannya sebelum masuk ke dalam kereta BMWnya.

Danial yang tengok lambaian hairul terus geli geleman.dah macam gay dah aku tengok mamat ni.geli betul aku.haish macam-macam la nak kena fikir.pasal plan entah pape hairul tu lagi la mengarut.macam mana kalau perempuan tu tua.eyyulk geli duh.tak pe yang penting kita cuba!.hari ni nak mintak dengan papa off day la.senang sikit nak jalankan plan si mamat yang bajet pandai tu.

Danial mendail nombor papanya.dia melekapkan henfon itu di telinga sementara menunggu papanya mengangkat.

"Hello papa!".

"Assalamualaikum.cuba bagi salam dulu ni tak terus hello.cuba berubah sikit perangai tu".bebel dato nabil.geram dengan perangai anak lelakinya yang sorang itu.telefon tapi bukan nak bagi salam.

"Hehehe,sorry la papa.assalamualaikum papa"

"Awaalaikumussalam.haa ada apa call papa ni.".

"Urm nial ingat nial nak off day la papa.boleh tak papa?"

"Off day kenapa?nial tak sihat ke?

"Eh bukan tak sihat pa.lebih daripada sihat anak papa ni ha.nial off day sebab nak cari menantu papa la ni.ala papa boleh la"

"Hmm ye la.berusaha la nial selagi mampu."

"So papa bagi la ni".Danial menepuk sterengnya,akhirnya plan hairul suruh tanya dengan pakcik Hashim tukang kebun rumah aku tu berjalan dengan lancar

"Ye.papa bagi"

"Ok pa.thanks.bye assalamualaikum!".

Danial terus mematikan panggilan dengan dato nabil.sekarang ni yang dia kena fikir macam mana nak tanya dengan pak cik hasyim tu.bak kata hairul "alaa kau tanya je macam biasa.first kau tanya dekat dia 'pakcik ada anak perempuan tak?sebab saya pernah dengar papa cakap pakcik ada anak perempuan dua orang. Haa kau tanya la pakcik hasyim macam tu.susah apa kau dengan pakcik hasyim kan rapat sejak kau umur 13 tahun."

Haih hairul ni pun satu.dia cakap memang la senang.yang tanggung susah sekarang ni aku.segan la jugak aku nak tanya walaupun aku dengan pak cik hasyim dah rapat sejak aku umur 13 tahun.tapi muka Azharina macam aku pernah jumpa la.tapi dekat mana ek?.muka dia macam muka iras-iras orang yang lang.....ergh nyah kau otak jahanam!.Danial terus menekan pedal keretanya.sambil itu dia memikirkan ayat yang sesuai untuk bertanya dekat pak cik hasyim

Kan bagus kalau fazilah ada.fazilah,I miss you.kenapa awak pergi tinggalkan saya terlalu awal.kalau awak ada mesti awak yang jadi isteri saya.rindunya saya dekat awak.tanpa sengaja air mata lelakinya mengalir.kalau tak disebabkan Danial tak paksa fazilah pergi kuliah hari tu mesti perkara ni takkan jadi kan.Danial mintak maaf fazilah.

"Awak saya pergi dulu ek.saya nak balik rumah kejap lepas tu saya nak pergi tempat ayah saya kerja nak hantar makanan".Azharina kalut mengemas barang barangnya.baru dia perasan yang sekarang ni dah pukul 3.30 petang.habis la ibu marah.

"Hmm hati-hati Azharina.kalau ibu dengan kakak tiri awak tu buli awak,awak call je saya nanti saya terbang pergi rumah awak siap bawak bodyguard saya lagi".sumayyah buat lawak.nasib sumayyah begitu baik sebab dapat keluarga yang baik,kaya,pandai bab agama.walaupun sumayyah kaya dia tak pernah berlagak langsung.sumayyah ni sifat dia humble sikit.best sapa dapat kawan dengan dia.

"Hahaha.ye la,kalau awak terbang nanti bawak saya sekali.saya pun nak merasa jugak macam mana rasa dapat terbang tu".loyar buruk Azharina.

"Hahahaha.ye la nanti saya bawak awak."

"Saya pergi dulu lah bye sumayyah.assalamualaikum."

"Waalaikumussalam."

Azharina menolak basikalnya sehingga sampai di luar pagar sekolah.dia mula mengayuh basikal itu dengan berhati-hati.

Sampai sahaja di rumahnya dia terus menongkat basikalnya dan terus masuk ke rumah.

"Assalamualaikum ibu"

"Haa baru balik.kau tahu tak aku kat sini lapar.kau buat apa dekat sekolah hah sampai sekarang baru balik!".herdik maimunah dengan lantang.

Terangkat bahu Azharina bila kena herdik macam tu.dia menunduk kebawah,takut nak tengok muka ibunya.

"Aku tanya kau ni!kau pekak ke apa?tak pun kau bisu!"

"Ri..rina baru balik sebab rina ada kerja nak kena buat dekat sekolah.rina mintak maaf ibu.ibu lapar ek?nak rina masak ke?".soal Azharina.dia memandang wajah tua ibu tirinya yang makin menyinga.

"Apa kau kata?!kalau kau dah tahu kenapa kau tanya lagi!dah pergi masuk dapur siapkan makanan dekat aku!kau ni memang tak patut pun sekolah.kalau sekolah pun buang masa je la.perempuan jenis kau ni bukan nya pandai pun habis-habis lepas sekolah menganggur tak pun balik-balik perut buncit!".perli maimunah

Azharina memejamkan matanya.dia menelan setiap butir-butir yang keluar dari mulut ibunya.pedih hatinya bila dianggap seperti itu.

"Rina masuk bilik dulu mandi.lepas mandi baru rina masak untuk ibu tau".baru sahaja azharina ingin melangkah tudung sekolahnya direntap oleh maimunah.serabut habis rambut azharina dibuatnya.

"Aku lapar!sapa suruh kau pergi mandi bagai.sekarang ni aku nak kau pergi masuk dapur masakkan untuk aku!sekarang!".jerit maimunah lantang.naik turun nafasnya bila tengok Azharina selamba je ingin masuk ke bilik nak mandi bagai.

Azharina mengangguk laju dia terus pergi ke dapur untuk menyiapkan makanan kepada maimunah.tak lupa jugak nak masak lebih untuk ayahnya nanti.

Selesai memasak.Azharina menghidangkan makanan tersebut di atas meja makan.

"Ibu makanan dah siap.ibu dah boleh makan dah".lembut je suara Azharina.walaupun ibu tirinya selalu memaki hamunya tetapi hormatnya kepada orang tua masih lagi kekal.sebab ayahnya tidak pernah mengajarnya berkurang ajar dengan orang yang lebih tua.

Maimunah yang sedang makan apple hijau terus bangun dan berjalan ke arah meja dapur.masa dia berjalan di sebelah Azharina dia melemparkan biji apple itu di muka Azharina.puas hatinya dapat seksa Azharina.tu la dulu aku suruh bagi budak tak guna ni dekat mak betul dia kau tak nak bagi hasyim.sekarang ni padan la muka anak kau ni hasyim.kesian.

Azharina memalingkan mukanya ke tepi untuk mengelakkan biji itu kena tepat ke arah mukanya.dia mengutip biji apple itu dan buang.dia terus masuk bilik untuk bersiap-siap pergi ke rumah ayahnya bekerja untuk menghantar makanan.

Tolong!! Jangan Mainkan Cinta Aku Where stories live. Discover now