Bab 73

16.8K 480 14
                                    

"Sayang! ". Sergah Danial.

Azharina terus menampar kuat dada bidang milik Danial. Terkejut punya pasal.

"Abang jangan buat macam ni lagi boleh tak. Tak lawak tau. Kalau Rina ada sakit jantung macam mana? Kesian baby ni terkejut jugak".marahnya dengan manja.

Daniak tersengih. "Sorry. Tak sengaja".

"Hmmm.abang baru balik?mana tahu Rina ada dekat sini?".soalnya pelik. tubuh azharina kembali menghadap ke arah kawasan hijau yang terbentang damai. Dia menjamah setiap permandangan yang ada dihadapannya.

"Haah baru balik. Abang cari sayang dalam bilik tapi sayang tak de so abang datang la sini. ".

Azharina hanya mengangguk. Dia membiarkan tangan danial melingkari pinggangnya. Dia selesa macam tu.

"Sayang tengah fikir apa tu? ".lembut danial menyoal isterinya. Perut isterinya yang belum nampak lagi diusap dengan penuh kasih sayang.

"Tak de pape pun. Rina cuma fikir, abang kasi tak rina sambung belajar? ".

Danial mengeluh. "Abang kasi sayang sambung belajar tapi please dalam malaysia je. Jangan dekat luar negara".

"Why? ".

"Sebab abang tak nak berjauhan dengan sayang. Nanti kalau abang rindu melampau dekat sayang macam mana? Kalau sayang kata abang boleh pergi jumpa sayang dekat sana setiap bulan yes abang mengaku abang boleh tapi abang tak nak. Sehari tak dekat dengan sayang pun rindu dia bagai nak rak. Ni kan pula bertahun-tahun abang kena tahan rindu dekat sayang. Seriously abang tak mampu nak buat".terang Danial dengan panjang lebar. Kedua bahu azharina dipegang dan dia pusingkan untuk menghadapnya. Dia memandang tepat ke arah anak mata isterinya yang menunduk.

"Sayang pandang abang".

Azharina menggeleng. Air mata setitis menitis di pipi tapi pantas diseka risau kalau danial dapat melihat.

"Sayang please jangan nangis. Okey ,okey now bagi tahu abang kenapa sayang tanya abang yang abang izin ke tak sayang belajar, sayang dah dapat tawaran ke? ".soal Danial sambil menyeka air mata yang menitis ke pipi. Lembut hati pulak dia dibuatnya haih.

Azharina mengangguk perlahan.

"Sayang dah pilih nak pergi mana? ".

Azharina mengangguk lagi.

Danial mengeluh."sayang please cakap dengan abang".

"Rina dah dapat tawaran tu tapi... ".

"Tapi apa? ".potong Danial.

"Tapi tak de yang ditawarkan di malaysia. Yang Rina dapat tawaran semua dekat luar negara".jujur azharina. Memang betul dia dapat tawaran masuk universiti semuanya dekat luar negara. Macam-macam negara yang ditawarkan cuma tinggal nak di pilih je.

Danial mengetap bibir. Terkelu lah katakan. "Kenapa sayang ni terlampau pandai sangat. Haih payah la macam ni. ".

Azharina menjeling ke arah Danial. Ada ke patut kata macam tu. Agaknya dah lama tak makan penumbuk kot.

Danial tergelak. Dia paham dengan jelingan isterinya. "Apa kata sayang buat surat rayuan mintak la universiti dekat malaysia ni. Nak tak? ".pelawanya. Walaupun jawapannya dia tahu yang isterinya takkan setuju.

"Tak nak lah. Abang tahu tak ini memang cita-cita sayang dari dulu lagi nak belajar dekat luar negara. Abang boleh lah izinkan sayang. Please ,please ".rayu azharina. Dia siap kelip -kelip mata dan pipinya dikembongkan. Kedua tangan di cantumkan gaya macam rayu. Please lah kesiankan isteri mu ini.

Tolong!! Jangan Mainkan Cinta Aku Where stories live. Discover now