bab 18

27.6K 1K 7
                                    

Azharina mula mencelikkan matanya bila mendengar laungan azan.dia memegang kepalanya yang terasa sedikit berat.

Azharina mula mengeliat kecil tapi matanya terpandang seorang di sebelahnya.terkejut dia dibuatnya. Terkebil-kebil matanya melihat danial.

"Danial bangun".azharina mula mengejutkan Danial yang nyenyak tidur sambil duduk di atas kerusi.tak sakit tengkuk ke?

"Hmmm...".Danial mula mencelikkan matanya.dia menggesel matanya.

"Kau okey ke?".soal Danial.

Azharina menunjukkan muka pelik.aku sakit ke?

"Okey je.kenapa awak tanya?".

"Tak de pape semalam doktor datang check kau sebab nafas kau tak teratur.rupa-rupanya kau asma teruk semalam.padan la dengan kau pun satu pergi tidur dekat tengah hujan tu dah kenapa . Lain kali lari dekat garaj kereta ke apa ke ini tidak pergi tidur dekat bawah pokok yang tak serupa pokok aku tengok lepas tu dah tahu kau tu ada asma tak payah la galak sangat nak pergi duduk luar lepas tu duduk bawah hujan".bebel Danial .

"Ermm saya ingat pokok tu tak tirihkan air hujan.saya tahu la salah saya.saya ingat semalam nak pergi duduk dekat pool tu je tapi tu la malas nak bangun pergi jauh-jauh so saya duduk je la dekat kerusi tu".jawab Azharina.

"Banyak betul alasan kau ek.hmm dah la kau rehat la tak payah pergi sekolah hari ni.kau tu kena jaga kesihatan jugak". Bebelnya lagi .entah kenapa sejak semalam dia berasa kesian dan timbul rasa sayang 'sikit' dekat isterinya.

"Eh tak boleh.saya kena pergi sekolah jugak.dah la semalam baru saya mula sekolah takkan hari ni saya nak kena cuti lagi".Azharina bingkas bangun dan dia mula mengemas katilnya.baru dia perasan yang dia masih pakai baju sekolah semalam.dan baju sekolah lagi satu tak sempat nak gosok.arghh.

" ikut suka hati kau la".Danial mula melangkah keluar dari bilik azharina.

"Ok".Azharina kalut mencapai baju sekolahnya untuk menggosok.

Dia mula iron baju sekolahnya dengan laju.ye la kena kejar masa.dah la naik bas,kalau lambat alamatnya tak pergi sekolah lah lagi aku ni.ouhh tak sanggup.

Selesai dia iron baju sekolahnya dia terus mencapai tuala dan masuk ke dalam bilik mandi.

Danial masuk ke biliknya dan dia menghempaskan tubuhnya di atas katil.terasa sengal-sengal pulak badannya.

"Haih tak boleh lupa lah aku dengan wajah dia masa dia baru bangun tidur,kelakar la dengan rambut serabai macam singa,dengan mata dia bulat sebab terlupa iron baju..comel je".puji Danial dengan tergelak kecil.

Dia mengerling ke arah jam yang menunjukkan pukul 6.00 pagi.

"Awalnya Minah tu bangun.tak mengantuk ke?ouh lupa budak sekolah kan kena bangun awal sebab masuk sekolah awal. Kesian ".omel Danial sorang-sorang.

Dia bingkas bangun dan dia mencapai tuala. Baik aku hantar dia pergi sekolah.hehehe.

Azharina turun tergesa-gesa menyiapkan makanan pagi untuk Danial.dia cuma hidangkan apa yang sempat dia buat je.

Roti bakar berjem coklat.nyum,nyum.

"Aku hantar kau pergi sekolah".ujar Danial yang baru muncul dari mana pun tak tahu.

Terkelu Azharina jadinya.rasanya telinga aku ni korek semalam.takkan taik telinga banyak lagi kot.biar betul.

"Hah?".

"Aku.hantar.kau.pergi.sekolah."
Danial menyebut satu persatu.maybe dalam kepala otak Azharina masih blur pepagi buta ni kot.

Terkebil-kebil mata azharina.ok nampaknya telinga aku masih berfungsi dengan elok lagi ni.

"Awak okey ke?".soal Azharina kepada Danial

"Okey je kenapa?kau pelik ek?".

Azharina mengangguk laju. Macam tahu-tahu .

"Saja".ringkas Danial menjawab.

"Ok...ey".lambat-lambat Azharina berkata.

"Dah makan cepat.".ujarnya lagi.

"kau pun duduklah makan sekali dengan aku".jemput Danial.

"Tak pe kot.sebab dah lambat dah ni".

"Duduk aku cakap".tegas Danial.

Azharina duduk dengan cepat dan dia mengambil roti dan masukkan ke dalam mulut.matanya memandang ke sekeliling ruangan dapur itu.malas nak tengok muka danial yang agak pelik ni.sejak bila jadi baik pon tak tahu la.cepat sangat dia ni berubah

"Ok jom..kau dah siapkan?aku tunggu kau dalam kereta"Danial mula bangun  bila selesai makan.dia berjalan keluar dari rumah dan dia mula masuk ke dalam keretanya

Azharina mengangguk selepas dia menghirup teh.dia bangun dan dia menggalas beg yang berada di sebelahnya.dia mula berjalan laju untuk mengunci pintu dan memakai kasut

Danial yang sedia tunggu azharina dalam kereta hanya memerhati setiap pergerakkan azharina .

"Cantik..eh apa kau ni nial terpuji dia pulak. wat lek wat peace dah".omelnya perlahan.

"Pakai seat belt".Danial mula bersuara apabila azharina masuk ke dalam keretanya.

Azharina hanya menurut.dalam hatinya mula bercelaru.Danial ni okey ke tak?mimpi apa nak hantar aku.

"Nanti kau balik macam biasa la.naik bas,sebab aku tak sempat nak ambil kau". Kata Danial lagi untuk memecahkan suasana senyap di dalam kereta.

"Okey".balas azharina ringkas

Sampai sahaja di hadapan sekolah, azharina terus membuka pintu. baru dia ingin keluar , dahinya berkerut. dia terlupa sesuatu yang nak kena buat.

Dia mula memusingkan badannya menghadap Danial dan dia menarik lengan baju supaya menutup tapak tangannya. Danial pernah kata yang dia jijik nak bersentuhan dengan aku,so ini je lah yang patut dia kena buat.

Azharina menghulurkan tangan kanan ke arah Danial.

"Kenapa?".Danial berasa pelik apabila melihat isterinya menghulurkan tangan ke arahnya.

"Salam".

Dengan keadaan muka Danial berkerut dan dia hulurkan jugak tangan kanannya.

Azharina menyalam tangan Danial. dan dia keluar berjalan ke arah pintu masuk utama sekolah.

Danial masih lagi terkaku.dia menghantar setiap pergerakan azharina yang ingin masuk ke dalam sekolah tapi...

Kenapa azharina berhenti dekat lelaki pengawas yang jaga pagar tu??pakwe azharina ke?? Boleh pula dia bersembang dengan lelaki tu kemain mesra lagi tapi kalau dengan aku sepatah ja dia jawab. omel Danial dalam hati

"Argh Danial jangan jealous lantak dia la nak kawan dengan sapa pun. Ingat jangan jelous!".

Danial mula menekan pedal keretanya dan meluncur meninggalkan sekolah azharina.

Hatinya gelisah. Arh pedajalkan perasaan ni

Tolong!! Jangan Mainkan Cinta Aku Where stories live. Discover now