Seminggu selepas itu Azharina menjadi senyap bila teringatkan kata-kata ibu tirinya.
Sesekali Azharina mengeluh. Mengeluh sebab penat dengan semua tapi aku tak boleh terlampau mengeluh sebab allah uji aku.
Azharina termenung di balkoni di luar bilik Danial. Danial tak balik lagi walaupun dah lewat malam katanya ada meeting dengan client. Hmm biar je la dengan client je pun jangan ke lain sudah.
Matanya mula merenung berjuta-juta bintang di langit. Tiba-tiba saja kata-kata Maimunah menerjah ke dalam mindanya.
"Rina ibu mintak maaf dekat Rina".
Azharina terus memandang ke arah suara yang dia kenali itu .terkejut dia bila nampak wajah Maimunah yang sembab.
"Err.ibu Rina dah lama maafkan ibu.ibu jangan la risau".jawab Azharina lembut dengan senyuman manis.
Terpancar senyuman di wajah maimunah. Dia terus menarik kedua-dua tangan Azharina ke dalam genggaman nya.
"Terima kasih Rina.ibu dah menyesal dengan semua perbuatan ibu dekat Rina.". Kesal nada Maimunah
Azharina tersenyum hambar.kisah lama usah dikenang. Kalau kenang pun buat sakit hati je. Better buang perasaan macam tu kalau tak nak hubungan kekeluargaan hancur balik.
"Tak pe ibu. Rina tak ambil hati pun. Ibu datang sini dengan sapa?dengan Sofea ke?".tanya Azharina sambil mencari kelibat Sofea. Tapi kenapa wajah ibunya seolah-seolah marah dan sedih.
"Kenapa bu?".soal Azharina pelik.
"Rina jangan lagi sebut nama budak tak guna tu. Dia dah calarkan maruah ibu".ujar Maimunah dengan air mata mengalir di pipi.
Azharina menjadi pelik. " Kenapa bu?cuba cerita dekat Rina pelan-pelan. Apa dah jadi? Sofea calarkan maruah ibu?maksud ibu?".soal Azharina bertalu-talu.
"Sofea mengandung anak luar nikah Rina. Ibu malu! ibu tak tahu nak letak muka ibu dekat mana".kata Maimunah dengan menangis teresak-esak.
Azharina jadi tak keruan bila dengar apa yang Maimunah sampaikan.dia terus memandang ke arah Danial yang ada di dalam kereta. Danial tidur ,sempat lagi dia ni.
"Er bu jom la kita sambung cerita dekat bangku tu. Redup sikit". Ajak Azharina. Nak bersembang bawah tengah panas, memang nanti orang pikir gila pulak.
Maimunah mengesat air matanya dan mengangguk tanda setuju.
"Ok bu. Cuba cerita dekat Rina satu-satu Rina tak paham la".tanya Azharina lagi sekali bila dah sampai di kerusi. Dia memang blur sekarang ni.
Maimunah menarik nafas dalam-dalam mencari kekuatan nak ceritakan segalanya kepada Azharina
"Hari tu,Sofea muntah-muntah ibu ingatkan dia demam tapi bila pegang dahi dia tak panas pun, ok ja suhu badan dia. Lepas tu masa tu ibu tengah ambil baju-baju kotor di bilik dia tiba-tiba ada satu 'pregnant c test' jatuh dari poket seluar dia. Ibu ambil la benda tu lepas tu ibu tengok-tengok keputusan dia positive. Hancur hati ibu masa tu. Anak yang ibu sanjung dan tatang bagai minyak yang penuh tiba-tiba saja buat perangai macam tu. Mungkin allah nak uji ibu sebab dulu ibu pernah caci Rina perempuan murahan. Ibu mintak maaf Rina". Maimunah mencerita dari A sampai Z dengan tangisan selang seli
Azharina mengawal riak wajahnya."Ibu sabar la bu. Mungkin itu ujian allah. So sekarang mana Sofea?".tanya Azharina takut-takut. Tapi meluncur jugak soalan tu.
"Ibu halau dia dari rumah".
Terkejut Azharina dibuatnya."ib...ibu halau dia? Mana Sofea sekarang ni?".tanya Azharina gugup.
YOU ARE READING
Tolong!! Jangan Mainkan Cinta Aku
Разное[ The winner of Besties2017 awards ] "Kenapa awak selalu dera saya,apa salah saya!"-Azharina amelin "Herh, kau fikir la apa salah kau.disebabkan kau aku kena putus dengan rabiatul"-Danial rykal Bila cinta dan sayang mula berputik pasti saja ada pe...