bab 55

16.5K 654 65
                                    


"Rina dah siap ke kemas baju? ".tanya datin ilyana. Dia menghampiri anak perempuan. Kesian anak umi.

Azharina mengangguk lemah. Sejak dari kejadian hari tu wajah azharina selalu murung, muram dan tidak bermaya. Matanya sembab kerana selalu menangis. Kalau di ajak bersembang dia hanya menggeleng. Tak de mood nak bersembang.

"Anak umi okey? ".tanya datin ilyana dengan sebak. Dia mengusap kepala anaknya yang berlapik tudung.

Anggukkan yang azharina tunjukkan. Hatinya sekarang ni kosong. Kosong dengan segala yang terjadi kepadanya. Dia hanya mampu menangis di waktu tengah malam. Segala memori yang diciptanya dan Danial masih berlayar di ingatan. Sedih, kesal, geram, semua perasaan ada di hatinya. Danial sudah membencinya.

Sekali lagi air mata azharina mengalir bila teringatkan suami yang dicintai nya. Kenapa abang buat Rina macam ni.

"Rina... Kenapa menangis ni? ".kalut datin ilyana bertanya. Dia risau dengan keadaan anaknya sekarang ni. Bila anaknya termenung mesti air mata akan mengalir. Mungkin dia teringatkan suami.

Azharina menggeleng dan mengesat air matanya dengan kasar.

"Jom lah mama. Rina nak balik nak pujuk abang".katanya dengan tersenyum. Dia tekad balik saja di rumah dia nak pujuk Danial.

Datin ilyana mengangguk. Dia gembira melihat senyuman azharina Walaupun dia tahu yang senyuman azharina itu terpaksa. "Okey jom".dia memimpin azharina untuk keluar.

Sekarang azharina terpaksa berpantang macam orang baru lepas bersalin. Dia berjalan sambil memegang tempat yang dijahit. Sakit masih terasa. Tapi di tahan.

"Umi.. Biar Zul dengan hairul yang bawak Rina balik rumah Danial. Umi pergi la kerja.".sapa faizul setelah nampak kelibat mamanya dan azharina keluar dari bilik. Dia mengambil bag pakaian di tangan uminya.

Hairul mengangguk mengiyakan apa yang faizul kata

"Hmm ye lah. Jaga Rina elok- elok. Kalau jadi apa-apa dekat dia. Umi marah kamu berdua ".ugut datin ilyana.

Hairul dan faizul mengangkat tabik. "Ai ai ma'am".serentak mereka berkata.

Tersenyum azharina melihat telatah abang-abangya. Macam budak-budak.

Datin ilyana mengangguk sebelum beredar.

Hairul, faizul dan azharina menghantar kelibat uminya sehingga hilang dari pandang. Selepas itu hairul dan faizul terus memandang azharina dengan renungan yang... Agak tajam.

"Apa? ".soal azharina pelik.

"Cuba senyum sikit. Ini tak murung je".kata faizul sambil mencuit pipi gebu adiknya.

Azharina terus senyum. "Dah".

"Ehh macam tak ikhlas je senyum tu".usik hairul.

Azharina terus menunjukkan senyuman nya dan dia tergelak sendiri.

Hairul dan faizul turut tergelak. Bahagia rasanya melihat adikya tersenyum walaupun bukan untuk selamanya.

"Okey jom gerak".ajak hairul.

Azharina dan faizul mengangguk.

Tolong!! Jangan Mainkan Cinta Aku Where stories live. Discover now