"Akak Sofea! "
Sebut azharina dan dia terus memeluk Sofea.
Sofea masih terkaku. Terkejut semua ada. Orang yang dulunya di maki hamun ,di caci dan di pukul oleh nya. Sekarang dia berjumpa dengan azharina semula iaitu adik tirinya yang sering di pukul.
"Akak pergi mana selama ni? Rina rindu dekat akak tahu tak".kata azharina sekali lagi. Dia melepaskan pelukkannya. Dia memandang Sofea dengan senyuman manis di bibir.
"Ri.. Rina ,Rina tak marah akak lagi dah ke? ".soal Sofea dengan serbasalah.
"Alaa buat apa Rina nak marah akak. Benda dah lepas dah kan. Apa kata kita bukak buku baru. Lagi pun akak dah berubah dah kan? ".Sofea teragak-agak mengangguk.lama kelamaan senyuman tersungging di bibirnya. Dia pula yang menarik azharina ke dalam pelukkan. "Akak mintak maaf tau pasal dulu. Kita bukak buku baru".
Azharina membalas pelukan itu. Dia mengangguk. "Okey. Kita kan kena lah jadi seorang pemaaf Baru okey"
Sofea tersenyum dan dia melepaskan pelukan itu. "Okey".mata nya memandang ke arah sekelilingnya. Matanya tiba-tiba terkaku ke arah ejoy yang merenungnya dengan penuh tanda tanya.
"Ouh lupa nak kenalkan. Ejoy ni adik tiri aku yang aku cerita dekat kau tu.".
"Dan Rina ni suami akak".sofea mula memperkenalkan antara satu sama lain.
"Hai" "Assalamualaikum".ujar ejoy dan azharina serentak
Pergh deep gila. Ejoy terus menggaru belakang lehernya. "Waalaikumussalam".
"Ni aku nak cakap sikit dekat kau. Adik aku ni dia ni alim sikit. Dia tak macam kita okey. So behave".pesan Sofea
"Ye lah".
Azharina memandang Sofea dengan penuh tanda tanya. Sejak bila kahwin? Kenapa tak bagi tahu? Dekat mana kahwin?
Sofea yang faham dengan riaksi azharina terus dia berkata. "Nanti lah akak cerita. Haa ni datang sini nak melawat ibu eh? ".soal Sofea ingin tahu
Azharina mengangguk lemah. Tiba-tiba wajahnya bertukar menjadi suram. Dia memandang sekilas ke arah abang -abangnya yang sedang menjinjing bag.
"Rina. Abang kena pergi la. Ha ni duduk sini jangan nakal-nakal dengar cakap ibu tu".pesan faizul.
Hairul yang berada di sisi faizul terus bergerak untuk menyalam ejoy.
Ejoy menyambut dengan senang hati. "Ni abang Rina jugak eh? ".
Hairul mengangguk. "Haah. Rina ni kira aku anggap adik kandung lah walaupun dia dengan aku adik beradik tiri".
Ejoy mengangguk faham.
Faizul berjalan ke arah ejoy untuk bersalam. "Weyh mintak tolong boleh? ".kata faizul tiba-tiba.Dahi ejoy sudah berkerut. "Tolong apa? ".
"Tolong jangan hensem sangat".selamba faizul berkata. Dia terus ketawa. Sewel.
Hairul tergelak sambil menggeleng. "Sorry bro. Abang aku memang macam ni dia tak pernah nak serious .dia melawak je tu. Kau jangan fikir lain pulak".pesan hairul sambil tergelak. Dia menepuk -nepuk bahu faizul.
Ejoy tersenyum. Baru pertama kali jumpa dah sporting abang-abang Rina ni. "Tak pe bro. Dah biasa".
"Sorry-sorry. Aku memang suka buat orang gelak.dah lah aku cau dulu. Bye..... "
"Ejoy".jawab ejoy. Dia tahu yang faizul tidak tahu nak panggil apa.
"Huh bye ejoy. Assalamualaikum ".
YOU ARE READING
Tolong!! Jangan Mainkan Cinta Aku
Random[ The winner of Besties2017 awards ] "Kenapa awak selalu dera saya,apa salah saya!"-Azharina amelin "Herh, kau fikir la apa salah kau.disebabkan kau aku kena putus dengan rabiatul"-Danial rykal Bila cinta dan sayang mula berputik pasti saja ada pe...