Chapter 8

2.3K 52 0
                                    

Hari Jumaat, semua murid sekolah suka. Hanya student saja tahu persaan itu. Homework tak banyak, last day sekolah, balik awal belum pukul 1230 dah sampai rumah. Sebab memberi peluang kepada pelajar Islam menunaikan solat Jumaat.

Sebelum memulakan P&P pada waktu pagi, semua pengawas menyemak tugas mereka pada hari tersebut. Tugas Safran ialah meronda di makmal Chemistry selepas tamat persekolahan.

"Haih, makmal lagi. Cikgu semua nikan suka sangat bagi aku meronda tempat camni." Safran mengeluh setelah menyemak tugasnya.

Lalu dia menuju ke kelasnya untuk menimba ilmu. Hanya beberapa minit lagi untuk kelas bermula. Dia menilik jam tangannya yang berjenama Rolex. Sambil itu dia berasa tidak sedap hati seperti akan terjadi sesuatu yang menimpanya pada masa yang akan datang.

'Apahal aku rasa tak sedap hati? Ishh, ignore that feeling. Tapi apa yang terjadi nanti sampai susah aku nak bernafas. Apa?' bisik Safran dalam hatinya sambil mengurut dadanya.

----

Emmalee dan Enialle masih on the way ke sekolah. Hanya 3000km lagi ke sekolah, mata mereka berdua tertancap kepada sebuah banglo yang 95% mahu siap. Besar, cantik dan halaman rumah yang begitu me'relax'kan.

Emmalee perlahankan had laju keretanya semasa limpas banglo baru itu walaupun sudah terlambat.

"Siapalah punya banglo seluas ni ya? Untung." ujar Enialle seakan tidak pernah melihat rumah sebesar itu.

"Rumah kita kan seluas ni juga? Tapikan banglo ni macam konsep rumah kitalah, cuma yang ni luas sikit."

"Yalah, cepat dah lambat ni."

"Hmm, kaulah drive."

"Tak pass lagi."

"Tau pun."

----

Setelah sampai di sekolah, merka berdua bergegas keluar dari perut kereta sambil menggalas beg sandang masing-masing.

Enialle masuk kelasnya dengan langkah yang separuh berlari.

Emmalee seperti biasa, menuju ke pusat pengawas untuk melaporkan kehadiran.

Setelah selesai melaporkan diri, dia melangkah ke kelasnya.

Dia mengintai dari celah tingkap samada guru tingkatan sudah berada dalam kelas atau tidak.

'takda, bagus.' lalu menjejakkan kaki ke alam penimba ilmu.

Dia duduk dan air yang dibekalnya. Memang rutinnya selepas berjalan.

Suamiku,Ex-ku..Where stories live. Discover now