Jam loceng di telefon Emmalee berbunyi untuk membangunkan insan-insan seperti orang yang susah bangun. Masih pukul 6 tepat. Sunday. Telefonnya belum reset. Biasanya dia bangun pukul 6 dan bersiap untuk ke gereja, tapi sekarang tidak lagi.
Insan disebelah masih 'koma' atau lebih tepat ialah tidur mati. Semenanjung dengan Sarawak dan Sabah masih mempunyai semangat perpaduan yang kukuh. Related to ada bantal di tengah-tengah peniduran mereka.
Emmalee mengapai tualanya dan ke bilik air. Selesai dengan urusan men'suci'kan diri, dia menuju ke bawah.
Rumah masih... krik-krik... masih tiada penghuni yang sedar dari koma.
"Mereka ni tak breakfast ke apa?" soalnya kepada diri sendiri ketika melangkah ke dapur. Dah takda orang, cakap sorang ja lah.
"Masak nasi lemak dengan mee goreng ja lah. Ataupun mayo-egg. Buat semualah. Manalah tau mereka semua ni jaga badan." tangannya mula lincah mencari bahan-bahan untuk dimasak.
Urusan di dapur hampir selesai. Tinggal kuali belum dicuci. Tangannya hampir saja mahu menyentuh kuali, tiba-tiba dia disapa oleh seseorang.
"Morning Lee." tegur Tengku Abdullah dan Tengku Syazila. Terhinjut bahu Malee atas teguran tersebut
"Morning pa, ma. Ni Lee dah siap masak, makanlah."
"Untung papa dapat menantu macam ni. Menantu muda lagi tu. Awal-awal pagi dah bangun masak." puji Tengku Abdullah. Wajah Emmalee sudah berona merah.
"Yalah abang. Saf dah bangun? Dia tu kalau time cuti memang pukul 10 pun tak bangun kalau tidak dikejutkan."
"Lee pergi bangunkan Safran dulu. Papa dengan mama makanlah dulu."
"Bangunkan dengan Ira sekali. Adik-beradik sama ja." kata bapa mertuanya
"Okay!" balas Emmalee sambil mengambil langkah ke tingkat atas.
"Penatnya naik tangga." keluhnya apabila sudah berjaya puncak rumah itu. Tak biasa. Biasakan gunakan lif.
"Saf, mama panggil bangun." badan suaminya digoyang. Tak bangun lagi.
"Woi, bangunlah." dia bersuara. Masih tiada respon.
"Manusia ni memang liat nak bangun. Saf, bangun! Bangun!" aksinya seperti dalam drama. Suruh orang yang dah mati disuruh bangun. Aporah. Orang mati, matilah. Nanti kalau dah bangun, tau takut, lari sana sini, lintang-pukang. Nanti tercium baru tau, connect-connect ja lah.
Suaminya bangun terduduk kemudian baring semula. Matanya masih digam.
"Mengigau ke apa? Bangunlah." aksinya dibuat lebih ekstrem. Tak over tak sah!
"Tak nak bangun sudah. Tidur sampai tahun 2020." sudah putus asa. Bendera putih dikibar dengan gemilang. Dia bangun menuju ke bilik Safira.
"Adik, bangun breakfast." tubuh kecil Safira digoyangnya. Dia menggosok matanya dan masih lagi mamai.
"Good morning, kak." ucapnya kepada kakak iparnya
" Morning too. Bangun, mandi lepas tu turun bawah breakfast."
"Okay kak." katanya lalu menggapai tuala mandi dan menuju ke bilik air.
Emmalee masuk semula ke dalam bilik. Katil sudah kosong. Kedengaran pili air dibuka kuat.
"Baru nak bangun mandi. Laki apa macam ni. Tch tch..." bebelnya sambil mengelengkan kepalanya. Tangannya ralit mengemas katil yang bersaiz king itu.
"Abang, Lee tu baik budaknya kan bang. Saya suka. Macam dah berpengalaman lagaknya." puji Tengku Syazila sambil menyuap nasi lemak ke dalam mulut.
"Tengoklah siapa yang pilih. Sayang, Lee tu macam genius orangnya. Perasan tak?"
YOU ARE READING
Suamiku,Ex-ku..
RomanceTengku Safran Afizal,17, dan Emmalee Tan Ching Li,16, paksa dikahwinkan oleh kedua-dua orang tuanya atas sebab-sebab tertentu. "Ermm Saf, kenapa kau tolong aku tadi?" ~ Emmalee Tan "Dah di depan mata, aku tolonglah tapi tak tau jugak boleh camni. Ta...