Pranggg!
Siapa pulak pergi kacau dapur aku pagi-pagi buta ni? Aduhai. Aku mengerling jam dinding, dah dekat pukul 1030. Betul-betul dah tidur mati dalam pelukkan Safran.
Pandang lagi ke arah pintu kolam tempat kami lepak semalam, gwarsshh! Pintu belum tutup! Mesti ada yang pecah masuk dapur aku. Tapi barangan hiasan masih stay kat situ. Tak mungkin perompak nak curi sayur aku pulak.
Aku berbisik di telinga Safran dan menggoyangkan tubuhnya.
"Saf, semalam awak tutup pintu tak?"
"Tak." jawapnya dalam mata yang masih lekat.
"Ada orang kat dapur. Pergi tengok jom. Mana tau perompak tu curi snacks awak nanti." dia terus bangun selepas mendengar perkataan curi snacks
"Hah, biar betul? Jom. Ambil selotape kat dalam laci tu." aku pun memgambil selotape itu di lokasi yang diberitahu tadi. Kasi lekat itu pencuri.
"Okay jom." ajakku mulakan misi.
"Pegang saya kuat-kuat." arahnya. Dia merangkul kemas pada pinggangku. Aku membalas rangkulan tersebut.
Setiba di dapur, kelihatan susuk tubuh yang amat dikenali.
"Laa, mummy rupanya. Ingatkan siapa yang rompak dapur Lee pagi-pagi buta ni." ujar Safran sambil menapak ke meja bar. Dah duduk pun nak kebas pinggang aku ni?
"Ouh, masih pagi buta ya? Kalau mummy tak bising kat dapur memang tak bangunlah kamu berdua ni. Buat apa semalam sampai lambat bangun? Lee? Pintu kat pool tu pun tak tutup. Apa nak jadi anak aku berdua ni" dah mummy dah bebel.
"Peace mum." kataku sambil menunjukkan jari telunjuk dan jari hantu. Safran pun sama.
"Peace, peace. Dah pergi mandi. Bukan main romantik lagi tidur di lantai ruang tamu, berpeluk lagi tu."
"Saja mum. Lee ni kacau Saf tengok bola semalam, tu yang tidur sekali kat ruang tamu." dah, dia dah buat slot akasia dia tu. Aku mengecilkan mataku dan memandang dia bengis. Hahah..
Dia mencium bibirku sekali di depan mummy. Kuanghajo punya Safran. Akak malu.. Dia melepaskan tautan bibir tersebut. Mummy sudah tersengih-sengih. Deyy, macha sorang ni memang nak umur pendeklah!
"Morning kiss sayang." katanya sambil tersenyum. Alah, ni yang aku kalah ni. Senyuman dia.. Arghh!
"Kalau ya pun nak beromantik lagi, naik atas sana, sambung. Tapi janganlah bagi cucu awal, kalian tu masih sekolah. Nanti turun breakfast tau." kata mummy sambil tersenyum lebar. Ingat Lee pun nak bagi mummy cucu awal? Ingat masa depan weyh!
"Jom sayang." ajaknya. Aku tersenyum lebar. Jatuh cinta? Lagi? Maybe mungkin barangkali lah. Heh ^_^¦¦¦
---
"Mummy tak pergi church harini?" tanyaku kepada mummy.
"Dah nak pukul 11 masih kat church?" soal mummy balik. Oh ya! Bodoh aku ni.
"Peace mum." sekali lagi aku menunjukkan jari. Haha
"Kalian makanlah dulu. Mummy nak pergi atas." aku dan Safran sudah berpandangan. Safran sudah menelan air liurnya. Mummy, kami tidur berasingan.
"Err, mummy nak pergi atas? Atas masih berselerak, belum kemas habis. Tak payahlah mum." Safran mereka alasan yang logik.
Mummy sudah menuju ke lif dan naik ke atasssss! Bersedialah..
"Biarkan mummy tu, tengok reaksi dia nanti." kata Safran. Aku hanya mengganguk dan meneruskan suapan.
"Mummy dah turun." bisik Safran sambil menunduk. Aku buat dek tanda tiada apa berlaku. Muka mummy cam tak kena lepas turun dari tingkat atas.
YOU ARE READING
Suamiku,Ex-ku..
RomanceTengku Safran Afizal,17, dan Emmalee Tan Ching Li,16, paksa dikahwinkan oleh kedua-dua orang tuanya atas sebab-sebab tertentu. "Ermm Saf, kenapa kau tolong aku tadi?" ~ Emmalee Tan "Dah di depan mata, aku tolonglah tapi tak tau jugak boleh camni. Ta...