Sedang menyelesaikan segala urusan dengan semua individu yang berada dalam bilik itu, Safran dan Emmalee keluar dari bilik itu curi-curi. Untuk membincangkan tentang hal mereka.
"Ermm, Saf, kenapa kau tolong aku tadi ehh?" serang Emmalee dahulu dengan nada yang tengah marah tapi perlahan.
"Dah di depan mata, aku tolonglah. Tapi tak tau jugak boleh jadi camni. Tak sengaja." jawap Safran dengan nada sama diakhiri dengan senyuman kelat.
"Ada plan nak cancel wedding ni?" tanya Emmalee sambil mengunyah chewing gum. Persis macam dia bergaduh dulu dengan junior-junior dia dulu seraya mengunyah chewing gum.
"Ermm, takda. Kaulah?" kata Safran.
Diamm...
"Hoi, cik adik! Kaulah?"
"Tengah fikirlah ni, adoiyai. Tengah gelebah ni, tak dapat fikir betul-betul. Kau ni bantulah sikit."
"Aku yang tengah kusut ni lagilah teruk. Esok dah jadi laki orang."
"Huii, kau ingat kau ja yang kusut?"
"Ya, aku ja." kata Safran selamba. Emmalee menahan marahnya.
"So, I agree to marry with you but I have some condition."
"Condition apa? So, aku pun setuju tapi aku pun ada condition. Esok aku inform or tonight."
"Okay, janganlah esok. Tonight kayh? Kau ada add aku dalam WeChat kan, so inform ja lah."
"Manada aku add kau dalam WeChat?"
"Mintak dari Safira."
"Oo.. Okay!"
"Kak Lee, Abang! Mama panggil, masuk dalam." Safira memanggil mereka
Lalu mereka pun masuk dengan wajah yang tidak serba kena.
"Lee, Saf kalian masing-masing bawa kereta sendiri kan?" tanya Tengku Syazila lembut.
"Yes!" Emmalee menjawap manakala Safran hanya mengganguk tanda mengiakan.
"Saf tumpangkan mama ke butik mama untuk pilih baju pengantin nanti. Lee ikut dari belakang." kata mamanya lembut lagi
"Okay aunty."
"Kenapa pulak panggil aunty? Panggil mama terus. Tak payah nak malu."
"Okay ma."
Lepas itu, mereka pun beredar dari bilik Ustaz Nizam. Dato'Richard Tan sekeluarga dah jalan begitu juga dengan Tengku Abdullah dan Safira. Tinggal Tengku Syazila, Safran dan Emmalee sahaja di situ.
"Emmalee ikut ya?"
"Ya ma."
Dalam sepanjang perjalanan, Safran teringat yang beberapa minggu yang lalu bahawa Safira berkata..
'Saf, kalaulah, kalau kau kahwin dengan Kak Lee tu...'
"Masin betul mulut budak sorang ni."
"Mulut siapa yang masin?"
"Ira, siapa lagi?"
"Ira?"
"Yalah, ingat tak Ira cakap kalau Saf kahwin dengan Malee tu? Hah, sekarang apa jadi?"
"Doa termakbul." kata mamanya sambil senyum sumbing.
"Makbul sangat. Ingat dia yang tanggung semua ni?"
"Siapa suruh Saf buat macam tu? Sendiri tanggunglah."
Malas mahu menjawap dengan mamanya, nanti menjawap lebih, derhaka pulak namanya.
YOU ARE READING
Suamiku,Ex-ku..
RomanceTengku Safran Afizal,17, dan Emmalee Tan Ching Li,16, paksa dikahwinkan oleh kedua-dua orang tuanya atas sebab-sebab tertentu. "Ermm Saf, kenapa kau tolong aku tadi?" ~ Emmalee Tan "Dah di depan mata, aku tolonglah tapi tak tau jugak boleh camni. Ta...