Chapter 16

2.4K 51 3
                                    

Seperti biasa hari Selasa, pukul 9 malam, Tengku sekeluarga luangkan masa bersama selepas makan malam. Menonton rancangan menantunya Emmalee's Bizarre Bites.

"Saf, isteri kamu mana?" tanya Tengku Syazila.

"Dia kata buat dessert tadi. Nanti dia duduk sekali." balas anaknya sambil menekan punat tambah pada permukaan alat kawalan Astro tersebut.

"Ouh."

"Abang, tengok channel MTV dulu." arah Safira kepada King of remote controller. Channel 713, MTV adalah salah satu siaran kegemarannya begitu juga dengan abangnya dan kakak iparnya.

Safran menukar siaran menurut perintah adiknya. Lagu Korea pulak, boring... (sorry korea fans, author memang tak minat korea² semua ni)

"Lah, K-Krush. Tak best, boring doo.. Channel 712." arahnya sekali lagi.

Safran menukar siaran tersebut. Fashion Police terpapar.

"Tak payahlah tengok ni. Tengok rancangan kak Lee tu."

Mama dan papanya hanya mengeleng melihat telatah anak-anaknya itu. Perangai siapalah yang diikutnya..

"The dessert is coming!" kata Emmalee sambil membawa dulang yang berisi dulang itu. Ada lima cawan kecil.

Pada masa itu juga, rancangan bermula. 'Hi, Im Emmalee Tan..'

"Apa nama dessert ni?" tanya ibu mentuanya.

"Red velvet with cherry jelly. Jelly tu kat atas, kek yang dibawah." jawap Emmalee.

Sedang menikmati hidangan tersebut, Safran teringat akan kata-kata adiknya sekali lagi 'boleh gemuk kita kan?'

'tak bertahanlah sado ku ini. bini aku suka sangat bagi orang makan banyak. adoh kau ni, benggong betullah. Bersyukurlah, rezeki gugur dari pokok.' Safran memberi motivasi kepada dirinya.

"Sedapnya Lee. Kalau tak keberatan, ajar mama boleh?"

"Boleh, anytime ma!" balasnya semangat. Mereka kembali tertumpu pada skrin televisyen.

----

Safran menyemak tugasannya hari ini begitu juga dengan isterinya.

"Lee, boleh tak ganti aku jaga blok form 3?  Malaslah." pinta Safran kepada Emmalee yang berada di sebelah.

"Tak naklah. Aku jaga kantin. Nanti Mr. Gru ronda macam mana? Naya kau!" jawap Emmalee dan matanya masih tertancap pada senarai tugasan tersebut.

"Ishh, yalah. Ataupun kau jaga blok form 3, aku jaga kantin. Nak?"

"No way." ada maksud tersirat disebalik 'no way' itu. Sambil jaga sambil makan, kan best?

"Please.." rayu Safran sekali lagi. Emmalee menggelengkan kepalanya.

"Okay fine, merajuklah." kata Safran berlalu pergi.

"Hati tisu! Merajuklah, jangan ingat kau boleh makan tengahari nanti. Ingat!" kata Emmalee separa menjerit. Lalu dia mengambil langkah ke kelasnya.

---

"Iyana, senior hensem tu jaga blok kitalah." ujar Suha dengan kegedikkan dia itu.

"Woahh, opportunity to.." ayat Iyana tergantung diminta untuk disambung.

"Tackle!" balas Ayu.

Iyana mula mengatur rambutnya. Yeah, hari ini tidak bertudung pulak. Pelik manusia ni. Iyana memulakan langkahnya ke arah Safran. Ayu dan Suha memerhati dari jauh.

"Hai hensem!" sapa Iyana dengan suara seperti Gadis Melayu Terakhir.

Safran terkejut dengan sapaan tersebut. Rakan setugasnya, Ikmal Aidil yang memberi tragedi terhadapnya minggu lalu. Safran sudah memaafkan dia, tapi tidak memberitahunya tentang perkara sebenar. Ok, balik pada realiti.

Suamiku,Ex-ku..Where stories live. Discover now