Aku baru pulang dari Oxford . Aku baru tamat PHD ketika berumur 28 tahun. Ibu dan ayah menyambut aku dengan perasaan gembira kerana tidak berjumpa selama 3 tahun.
Aku ingat kembali sebelum aq balik ke tanah air. Aku memberitahu kepada ayah dan mak yang aku telah memohon perkerjaan sebagai lecture di universiti teknologi mara dalam fakulti sains komputer.
"Kenapa cepat sanggat memohon perkerjaan? Duduklah di rumah dahulu...rindu mak dan ayah nak merasa masakan puteri bongsu ibu....." kata mak dengan sedih.
Ayah hanya mengiakan bicara ibu.
"Emm... mak dan ayah nak makan apa? Nanti Syu balik, syu masaklah ke mak ayh....." kata aku dengan tersenyum.
Kelurga aku memanggil aku Syu. Nama penuh aku Nur Syuhada Afifah Binti Ibrahim. Anak saudara aku pula memanggil aku Mak Su.
"Alahai anak mak ni, mak gurau je....."ibu aku berkata.
"mak ni kan...." memori yang berlayar di fikiran aku berhenti apabila mendengar jeritan budak kecil
" Mak Su!!!!" anak saudara aku menjerit yang bernama Ziyad.
"Ziyad!! Alahai comelnya anak buah Mak Su!!!" aku membalas pelukan Ziyad sambil dan mencubit pipi gebunya itu.
"Mak Su semakin cantiklah!! Kalah Umi...." kata Ziyad yang petah berkata.
"Memang lah Mak Su cantik...duduk luar negarakan.... Di sana sejuk, tengok muka Mak Su tu, dah merah sebab panas....". kakak aku datang bersama suaminya, Rizwan.
"Betullah umi, muka Mak Su merah!" Ziyad petah bercakap.
"Jomlah balik! Semua orang tunggu Syu di rumah." mak aku mendekati dan aku terus peluk mak aku dengan perassan rindu yang teramat.
Aku membawa bagasi aku dan aku melihat kereta Suzuki Swift berwarna silver dan ada reben merah di atasnya.
"ini kereta yang ayah hadiah kepada Syu". Ayah aku perasan dengan perubahan air muka aku.
"Terima kasih ayah! Emm...boleh Syu balik guna kereta ni?". aku terus peluk ayah aku.
Ayah aku menjawab "Pastilah boleh! Kan kereta ni dah jadi milik Syu".
Aku pandang ke arah Ziyad "Ziyad nak naik kereta Mak Su?"
Ziyad pandang ke arah aku dengan senyuman yang sanggat comel"Mestilah nak Mak Su! Umi...abah...jomlah naik kereta Mak Su sekali..... Nantikan, kalau Mak Su salah jalan, sian ke tok ki nak kena cari Mak Su..... " katanya dengan manja kepada umi san abahnya.
"Jomlah Kak Na...Abang Rizwan...." kata aku dengan manja sama seperti anak saudara aku. Kakak aku pandang ke arah suaminya dengan senyuman.
"Syu ni...kalah Ziyad bab memujuk. Yelah...Kak na dengan Abang Rizwan balik dengan kamu". Abang ipar aku ketawa apabila mendengar kakak aku berkata begitu.
Aku memandu kereta baru aku tanpa diberi tunjuk arah. Walaupun sudah 3 tahun aku berada di luar negara, aku masih ingat jalan pulang ke rumah aku.
"Ziyad, tegok tu Mak Su.... Tak pakai waze pun kita dah sampai! Lebih cepat pulak tu dari tok!" kata abang ipar aku. Terkeluar gelak ketawa ziyad.
Setelah sampai, semua keluarga aku termaksuk ayah saudara aku dan keluarganya tunggu di perkarangan rumah. Aku sungguh terharu.
Apabila aku keluar dari kereta, air mata aku mengalir dengan deras di pipi aku.
YOU ARE READING
Si Dia Hanya Di Hatiku
RomanceAku tidak dpat melupakannya. Sudah berbagai cara aku ingin melupakannya, tetapi semuanya tidak menjadi.