Bab 4

13 2 0
                                    

Aku berlari sepantas yang mungkin. Tetapi nasib tidak menyebelahi aku. Shahrul lebih pantas mengejar aku. Terus dia pegang tangan aku dengan kemas.

"Aduh....! sakit lah......." kata aku dengan rasa yang sakit pada tangan aku.

"Kau ingat...... kau boleh lari dari aku....... Sekadar nak kejar perembpuan macam kau, tak ada hal lah....... Hahahahahahha" ketawa shahrul membuatkan aku berasa takut.

"Tolong...... Tolong....... To...."jeritan aku meminta tolong terhenti kerana shahrul menekop mulut aku.

"Kau diam....... Tak ada orang yang boleh tolong kau......... Semua orang dah ba...." 

Tiba-tiba Shahrul terjatuh kerana terkena tumbukan dari Syahmi.

"Berani kau tumbuk aku....!!!" 

Sharul terus bangun menghadap Syahmi. Aku pula bersembunyi di belakang Syahmi.

"Kau jangan ingat perempuan ni sama macam perempuan yang kau usung ke katil........ Kau jaga sikit maruah kau dengan family kau...... Jangan disebabkan perangai kau..... nama baik ayah kau jatuh......."marah syahmi ke arah shahrul. 

"Syu, kau tak apa-apa kan? Kau boleh bawak kereta sendiri kan? kau pergi balik dulu....." perintah syahmi ke arah aku dengan lembut tanpa memandang aku.

Aku dengan cepat masuk ke dalam kereta, dan terus pandu dengan laju untuk balik ke rumah. Aku tak sangka akan jadi macam ni. Ni baru berapa hari bekerja kat sini. Lepas ni mesti terserempak lagi dengan Shahrul tu.

"Woii......!! kenapa kau suruh dia balik...... Ni urusan dia dengan aku tau...... Kau tak ada apa-apa pun dalam hal ni.......!!!"marah sharul terhadap syahmi dengan wajah yang bengis.

"Kau jangan ingat..., aku tak berani nak buat laporan polis atau aduan tentang perangai kau kat orang atas...... Disebabkan bapak kau dengan daddy aku kawan rapat, aku tak laporkan...... Sekali lagi aku nampak kau buat macam ni kat perempuan lain....... Siap kau!!" kata sharul dengan tegas dengan pandangan yang menikam mata sharul. Sapa-sapa tengok pun takut.

Syahmi terus berlalu pergi ke arah keretanya untuk balik berehat di rumahnya.

"Kau jangan ingat aku lepas Syu tu macam tu je...... Dia tetap hak milik aku...... Kalau tak dapat cara macam ni..... Aku buat cara lain....... Hehehehehehe" terguris senyuman yang penuh muslihat pada wajah kacak shahrul.

Shahrul tu bukan tak handsome. Tapi disebabkan perangai yang liar tu menyebabkan orang lain tak suka perangainya. Kerana dia rasa ada rupa dan dia anak kaya, dia nak apa yang dia nak. 

Shahrul pula terus berlalu ke arah keretanya untuk pulang ke rumah.

'Ya allah..... Aku tak sangka menda ni jadi........ Lindungilah aku segala maksiat dan kejahatan orang lain......' aku memohon perlindungan dari Allah kerana Dialah satu satunya tempat untuk aku mengadu. Tumpah juga air mata aku kerana tak pernah diperlakukan begitu. Walaupun dia pernah tinggal di tempat barat yang penuh dengan manusia begitu, tapi masih ada yang hormat dia sebagai muslimah. Ini kan pula di tanah air sendiri. Beginilah lelaki zaman sekarang.

Setelah aku keluar dari perut kereta, aku terus kunci pintu pagar. aku juga kunci pintu rumah aku dan membuka lampu di luar setalah masuk ke dalam rumah. Barang barang, aku lemparkan di atas katil. kain tuala aku ambil dan terus pergi membersihkan diri. Stelah aku pakai baju, aku teringat akan tangan aku. Terdapat sedikit lebam pada tangan aku kerana cengkaman yang kuat dari Shahrul.

'Kalau bagi tahu mak ni, risau nanti..... Tak payah lah bagi tahu...... Tak tidur malam pula dia nanti.......' omel aku semdirian.

Aku meletakkan sedikit ubat sapu pada bekas lebam itu. Selepas itu, terus aku menunaikan tanggungjawab aku sebagai seorang hamba. Usai sahaja aku solat isyak, terus aku tidur. Penat dengan kejadian yang berlaku petang tadi.

Esok pagi, aku bangun awal. Aku sediakan bahan-bahan nak buat nasi goreng cina. selepas itu, aku solat subuh. usah sahaja solat subuh aku sambung masak dengan bahan yang aku sediakan tadi. Aku mesej nabila yang, aku bawak bekal makanan lebih. So, tak perlulah aku dengan nabila pergi cafe. Sebenarnya, aku takut nak menghadap lelaki jahanam tu. 

"Harap tak terserempak dengan dia hari ni..... Biarlah hati aku tenang sekejap......" aku berceloteh sendirian sambil meletakkan nasi goreng ke dalam bekas yang sederhana besar.

Setelah itu, aku pergi membersihkan diri, dan memakai baju kurung moden berwarna pink terang dengan memakai tudung shawl berwarna baby pink.

Setelah siap parking kereta aku, aku terus cepat-cepat berjalan ke supaya cepat sampai ke bilik pensyarah aku. Tengok keadaan sekaliling, tidak banyak kereta di tempat parking pesyarah. Aku sengaja datang awal. Aku tengok jam, pada tangan aku baru pukul 7.15 pagi. Kelas aku hari ni pada pukul 10 pagi.

Masuk dalam bilik, aku terus selesaikan kerja yang patut di buat.

"Ish..... Awalnya kau datang...... Terkejut aku......"Nabila yang baru masuk ke dalam bilik dengan terkejut melihat aku yang sedang buat kerja.

"Saja aku datang awal...... Kebetulan aku bangun awal tadi. Kau baca kan mesej aku.. Aku ada terbuat lebih sikit nasi goreng cina. Nanti kita makan sama-sama ye...." Aku menjawab pertanyaan nabila tapi, aku tak pandang ke arah nya kerana tak nak Nabila nampak aku perlik.

"Ye ke..... Aku rasa macam ada sebab lain je...." Nabila bersuara dengan nada pelik.

"Ye lah.... Salah ke kalau aku datang awal...." Aku berkata dengan berani sambil melihat muka nabila agar nabila yakin dengan jawapan aku.

"Hmmm.... yelah. jom makan nanti kau ada kelas kan?"

Nabila terus mengeluarkan sudu dan termos air yang mengandungi air teh yang masih panas. aku pula mengeluarkan makanan aku dan mengambil 2 gelas untuk minum. kami menjamah makanan tersebut dengan selera sekali. Nabila ada jugak memuji masakan aku. 

Usai sahaja makan, terus aku dengan nabila pergi basuh bekas, pinggan dan gelas yang digunakan. Selepas itu aku terus mengambil handbag dan alat-alat untuk mengajar dan memulakan langkah aku dengan bismillah.

"Okay, that's all for today. And don't forget to pay the book. Your class rep will collect it and give me. I want the money next week. You all may go."

Semua student depan aku mengangguk kepala apabila mendengar arahan aku. Setelah itu, mereka keluar dari bilik kuliah.

Setelah semua student keluar, aku pula memulakan langkah aku ke pintu. Aku menjolorkan kepala aku keluar untuk memastikan Shahrul tiada di situ.

'Harap lah tak serempak lelaki tak guna tu...' omel aku sendirian.

Setelah aku memastikan Shahrul tiada di situ, aku cepat-cepat berjalan ke arah cafe kerana ingin membeli roti. Kalau ikut, nak makan nasi. Tapi daripada terserempak dengan Shahrul, rela aku tak makan nasi pada tengahari tersebut.

Aku terus mengambil roti gardinea yang perisa coklat. Ketika aku pusing untuk membayar roti tersebut, aku ternampak kelibat Shahrul. Aku gelisah apabila melihat Shahrul. Shahrul sedang menuju ke arah cafe.

'Eh... Tu macam Syu....' kata hati syahrul apabila nampak aku. 

Dia terus berjalan perlahan-lahan untuk menghampiri aku. Aku sedar akan jarak aku dengan Shahrul semakin sedar semakin gelisah.

'Ya allah...... Apa aku nak buat ni........' rintih aku sendirian.

"Betul lah.... Tu syu...... Semalam kau terlepas, kali ni aku tak akan lepas kan kau....." kata Shahrul dengan perlahan.

"Syu...." panggil shahrul dengan suara yanga gak kuat.

Aku berpaling ke arah nya dengan muka yang ketakutan.

'Ahhhhh sudah...... Habis lah aku...... Aku tak nak lah kecoh kat sini pulak. Ramai student kat sini ni....'


**Nak tahu apa yang akan terjadi..... Baca lah bab seterusnya pulak.... jangan lupa vote and commen :) **

Si Dia Hanya Di HatikuWhere stories live. Discover now