BAB 13

11 1 0
                                    

"Gitu lah ceritanya..... Mok harap, Syu wak keputusan betul-betul lah..... Sapa bila Syu nok hidup membujang.... Mok dengan ayoh tua dah ni..... mok kalau boleh, biarlah ada orang jaga anok mak sebelum mok tutup mata...." kedengaran nada Puan Sri Sulha sayu apabila memberi nasihat kepada anaknya.

"Hm... Yelah mok.... Syu fikir dulu.... Nape name anak-anak kawan ayoh tu?"

"Mok pun dok ingat.... Nantilah mok ato kat awok.... Mok nak call abang awok pulok.... Assalamualaikum...."

"Waalaikumussalam...." aku terus mematikan panggilan tersebut.

Nabila yang setia mendegar perbualan aku dengan mak aku, melihat aku dengan sengihan.

"Woww..... Kawan aku ni nak kawin dah...... Haritu kata tak ada peminatlah, apalah.... Tutp tup ada orang masuk meminang.... bukan sorang, dua orang pulak tu...." tangannya mencuik-cuik bahu aku.

"Susah lah aku nak bagi jawapan..... Dah lah dua-dua anak kawan ayah aku.... Macam mana ni.... Dah lah aku tak kenal anak diorang...." aku mmebuat muka risau.

"Adalah tu Allah bagi tunjuk jalan nanti... Kau tu jangan buat jawapan ikut suka hati kau je.... Mana tahu kalau jodoh kau salah sorang tu... Jodoh ni datang tanpa kita sangka...." Nabila kesian tengok aku dengan masalah yang aku hadapi.

"Hmm...yelah. Aku nak rehat jap." aku terus menutup mata aku.

Setelah jam menunjukkan pukul 5.30 petang, aku dan Nabila terus mengemas barang di atas meja dan pulang ke rumah.

***********

"Assalamualaikum...." Dato Jamal baru sahaja pulang kerja.

"Waalaikumussalam..."

Kelihatan Datin Faridah berada di muka pintu untuk menyambut kepulangan suaminya. Samapai sahaja Dato Jamal di muka pintu, Datin Faridah terus mencapai tangan suaminya untuk bersalaman. Selepas itu, Datin Faridah mengambil beg dan kot suaminya. 

"Abang, saya ada sediakan minum petang. Abang nak tukar baju dulu ke?" ujar Datin Faridah sambil mengikuti suaminya.

"Abang tukar baju dululah. Nanti abang turun." Dato Jamal terus meniki tangga untuk ke biliknya.

Datin Faridah pula pergi menyimpan kot dan beg suaminya. Setelah itu, Datin Faridah pergi ke dapur untuk menghidang kuih yang dibuatnya dengan bibik.

Selepas beberapa minit, Dato Jamal sudah berada di ruang tamu sambil membaca surat khabar.

"Abang, jemput makan." Datin Faridah duduk di tepi suaminya.

Dato Jamal terus merasa kuih seri muka di atas meja.

"Hm... Sedap... Pandai isteri abang masak...." Dato Jamal terus tersenyum dan tangannya mengambil lagi kuih tersebut.

"Alhamdulillah..... Kalau abang suka, boleh lah saya buat lagi...." Datin Faridah pula mengambil kuih tersebut untuk makan.

"Abang, Arul perlu tahu tak pasal semalam? Saya belum bagitahu lagi ke Arul...." Datin Faridah terus mengirup sedikit teh dalam cawan yang dia pegang.

"Awak cakap je kat Arul nanti, yang kita bagi masa Syu berfikir. Awak jangan bagitahu ke Arul yang ada orang dah masuk meminang Syu sebelum kita. Abang tak nak nanti dia buat hal. Abang tahu sanggat perangai dia tu." kata Dato Jamal dengan nada yang serius.

"Yelah bang. Saya pun tak nak nanti dia buat bukan-bukan kat Syu ataupun orang lain. Silap saya tak pandai jaga anak. Mintak maaf bang...." Datin Faridah kesal dengan sifatnya yang memanjakan Shahrul.

"Tak apa lah. Menda yang lepas jangan dikenang. Sekarang ni, kita kena betulkan balik Arul tu. Kita masih ada masa lagi. Dia sebenarnya budak baik. Silap abang jugak yang tegas sanggat dengan dia." kata Dato Jamal dengan senyuman yang tawar.

Si Dia Hanya Di HatikuWhere stories live. Discover now