BAB 19

10 0 0
                                    

"Syu..... Bangun..... Dah sampai ni...."kata Syahmi sambil matanya memandang aku yang tengah tidur dengan lena.

Apabila aku mendengar nama aku disebut, aku terus membuka mata aku. Terkejut aku tengok Syahmi memandang aku. Aku terlupa Syahmi ada dengan aku.

"Mariana.... Mikail.... Bagun sayang....."aku terus mengejutkan Mariana dan Mikail. Kalau ikut tak nak kejutkan. Tapi, aku tak boleh angkat dua-dua serentak. Dan, mereka tak bangun. Nak buat macam mana ni. Haish...

"Biarlah budak-budak tu tido. Biar saya tolong angkat Mikail." Syahmi terus keluar dari kereta dan membuka pintu kereta belakang belah Mikail tidur. Syahmi megangkat Mikail dengan perlahan-lahan. Setelah itu aku angkat Mariana pula dan keluar dari kereta.

Kami berjalan menuju ke labour room. Kelihatan Amir yang sedang duduk bersama dengan abang aku yang menundukkan kepala.

"Amir, nurse ada bagitahu tak bilik pesakit kat mana?"tanya Syahmi.

"Tak ada. Kenapa?" jawab Amir. Abang aku dengar tapi dia sengaja taknak angkat kepalanya.

"Budak-budak ni tidur.... Tak pelah, aku pergi taye...." terus aku dengan Syahmi menayakan nurse.

Tiba-tiba kami dengar suara tangisan bayi di dalam labour room. Kami berhenti melangkah. Abang aku terus berdiri. Setelah beberapa minit, tiba-tiba nurse keluar.

"Ni keluarga Aulia Amira ke?" tanya nurse pada kami. Aku terus berjalan ke arah nurse sambil mendukung Mariana yang tidur  lena. Syahmi pun sama.

"Saya suami dia."jawab abang aku.

"Puan Aulia tumpah darah banyak. jadi ada tak sape-sape darah O yang boleh derma?" kata Nurse tersebut.

"Saya darah O. Saya boleh derma."terus aku jawab.

Aku tahu abang aku bukan darah O. Dalah family aku ada darah O dan A. Ayah aku darah O. Manakala mak aku darah A. Jadi darah aku ikut darah ayah aku.

"Amir, kau tolong dukung Mariana ni." aku memberikan kepada Amir.

Abang aku masih senyap. Dia hanya hantar aku aku ikut nurse untuk derma darah. Selepas itu, Amir dan Syahmi membawa Miakil dengan Mariana ke bilik untuk meletakkan di atas sofa.

"Kau jaga budak-budak ni. aku nak pergi kat abang Syu." katanya dan terus pusing untuk beredar dari situ.

"Dah kalau budak ni bangun macam mana?"taye Amir pula.

"Kau call lah aku nanti."Syahmi terus keluar dari bilik itu dan menuju ke arah abang aku.

"Kau ok tak?" taye Syahmi setelah berada dekat dengan abang aku.

"Kau tengok aku ok ke."perlahan saja suara abang aku.

Syahmi tersengih.

"Ni kalai ketiga isteri aku bersalin. Tapi tak pernah sebelum ni jadi macam ni." kata abang aku sambil meraut mukanya.

"Kau marahkan Syu ke sebab tak boleh jaga isteri kau?" taye Syahmi lagi.

"Nak kata marah, marah lah jugak. Tapi menda dah jadi kan. Aku tak boleh nak buat apa-apa jugak. Aku pun tak tahu apa yang jadi sebenarnya." Abang aku hanya memandang lantai hospital.

"Aku tahu apa yang jadi. Salah aku jugak tak pergi tolong diorang sebelum menda tu jadi." Syahmi kesal kerana dia tak tolong awal-awal.

"Hah, apa yang jadi?" abang aku mengangkat mukanya ke arah Syahmi dengan pelik dan Syahmi mengeluh.

Syahmi ceritakan segala-galanya apa yang dia tahu kepada abang aku. Abang aku menekup mukanya.

"Bukan salah Syu dalam hal ni. Tapi salah perempuan yang tiba-tiba marah kat Syu tu. Dia ada kawan. Kawana dia dah halang tapi tak dengar. Aku tak tahu apa kaitan Syu dengan perempuan tu." Syahmi menghabiskan ayat tersebut.

"Tak guna perempuan. Aku cari kau sampai lubang cacin." kata abang aku dengan marah.

Abang aku pantang kalau ada orang lain cederakan family dia. Dah lah isterinya tengah mengandung. Dasar perempuan tak guna!

Tiba-tiba nurse lalu dan masuk ke dalam labour room sambil membawa beg darah.

"Kau pergi tengok Syu. Aku nak tunggu isteri aku."pinta abang aku.

Syahmi terus melangkah ke arah bilik yang aku pergi derma darah. Tetapi aku pula tak ada kat situ.

'Mana pulak dia ni...' getus hati Syahmi.

Syahmi tak ada no phone aku. Jadi dia call Nabila.

"Weh, kau call Syu jap taye dia kat mana? Pastu kau datang sini sekarang. Nanti aku share location." terus dia mematikan panggilan tersebut.

Syahmi masih mencari sementara menunggu mesej dari Nabila. 

"Ha, Syu angkat tak?" taye Syahmi selepas mendapat panggilan dari Nabila.

"Dia tak angkat. Aku nak gerak dah ni Selamat aku ada kat sekitar situ je. Nanti kau jumpa Syu, kau mesej aku." jawab Nabila.

Terus Syahmi mematikan panggilan tersebut. Dia cari kat cafe tak ada. Dia cari kat bilik pesakit tak ada.Setelah itu, dia pergi lalu kat bumbung. Dia nampak aku berdiri kat situ. Terus dia mesej Nabila yang aku ada kat bumbung.

Syahmi mendegar aku menangis apabila jarak kami semakin dekat. Tiba-tiba aku duduk bercangkung sambil memeluk kaki aku. Syahmi berdiri di tepi aku. Terkejut jugak dia dengan aku. tiba-tiba duduk. Kalau pengsan macam mana. Susah pulak dia. Dah lah bukan mahram. 

Syahmi berdiri di tepi aku sampailah aku bangun nak beredar dari situ. Terkejut aku apabila bangun melihatnya ditepi aku.

"Eh, bila awak ada kat sini?"Aku mengesat air mata yang ada pada muka aku.

"Dari tadi lagi...."Syahmi hanya melihat pemandangan bandar Kuala Lumpur.

"Awak tak salah dalam perkara tadi.... Yang salahnya perempuan yang di depan awak tu..... Jadi tak payah lah nak nangis.... Risau abang awak nanti...." katanya pada aku dengan tenang.

"Tapi. menda ni still salah saya. Kalau saya dengan Laila tak bergaduh dengan Laila dulu, tak jadi macam ni...." aku memandang pemandangan bandar Kuala Lumpur kembali.

"Oooo..... Perempuan tu nama Laila....Kenapa awak dengan dia bergaduh? Kalau awak sudi nak cerita saya dengar je...."kata Syahmi lagi.

Entah kenapa, jiwa aku tenang bila dia ada dengan aku. Aku pun merasakan yang aku boleh percaya dia kalau aku menceritakan sesuatu.

"Dulu Laila berkawan baik dengan perempuan sorang lagi yang awak nampak tadi. Nama dia Tasha. Diorang berkawan dari kecil lagi sampailah saya berkawan dengan mereka. Masa saya sekolah rendah kami berkawan rapat. Tapi, saya dengan Tasha lagi rapat sampaikan Laila merasakan saya seorang perampas. Samapai masuk sekolah menengah pun macam tu. Saya dengan Tasha satu kelas. Tapi Laila kelas lain. Lagilah dia dendam dengan saya. Masa tu saya tak tahu lagi. Sampailah kami masuk tingkatan 4 dan kami sekelas. Laila selalu mengajak Tasha ke tempat lain tapi saya tak nak. Saya pun mengalah saja. Masa tu baru saya perasan kenapa Laila macam tu. Tapi saya fikir positif. Saya tak nak perahabatan kami terputus. Laila pernah suka pada seorang lelaki. Lelaki tu selalu tegur kami bertiga. Tapi, lelaki tersebut nak jumpa Laila sorang sahaja. Laila suka lelaki tersebut tanpa pengetahuan kami. Tapi perjumpaan itu membuatkan hatinya hancur dan lagi marah kat saya." Air mata aku mula mengalir kembali. Sungguh sedih apabila dikenang memori yang lalu.

Sungguh pilu hati aku apabila mengenang kembali. Air mata ku semakin deras. Aku terhinjut-hinjut untuk tidak menagis. Tiba-tiba pandangan aku menjadi gelap. Aku rebah pengsan di situ.

"Syu...." jerit Nabila apabila melihat aku yang jatuh pengsan. Dia berlari ke arah aku. Syahmi terkejut melihat aku jatuh. Terus dia duduk. Nak tepuk-tepuk bukan muhrim. Selamat Nabila sudah sampai.

"Kau duduk sini dengan Syu. Aku nak panggil nurse."Syahmi terus bangun dan berlari panggil nurse.

"Ya Allah Syu.... Bangun Syu....."Nabila sudah risau akan aku sambil menepuk-nepuk pipi aku. Dan aku masih tidak sedar.

**Best tak cerita sis buat...... Sorry tau kalau ayat-ayat tak sedap dibaca. Sis cuba try ubah ye..... Jangan lupa vote dan komen.... :) **

Si Dia Hanya Di HatikuWhere stories live. Discover now