"Comelnya baby."aku mencium anak kakak ipar aku yang baru lahir.
Bau bayi yang baru lahir sanggat wangi. Dah lama aku tak menhidu bau baby yang baru lahir. Kakak ipar aku tersenyum melihat aku. Sungguh dia bahagia apabila aku kembali ceria selepas peristiwa yang berlaku pada mereka.
Aku baru sahaja keluar dari wad hospital selepas di tahan kerana aku pengsan sebelum ni. Doktor perlu pantau kesihatan aku kerana tekanan darah aku sanggat rendah pada waktu itu.
'comel betul baby gilr ni...' getus hati aku sambil tersenyum. Bayi itu sedang tidur nyeyak selepas diberi susu badan.
"Kak Lia dengan abang wan dah pilih ke nama?" taya aku sambil megangkat baby tersebut.
"Dah. Nama dia Nurul Maria Aulia...." kakak ipar aku masih tersenyum.
"Ooo.... semoa anak perempuan Kak Lia nanti ada Aulia lah dalam nama mereka nanti....."mata aku tidak lari dari baby Maria.
"Eh... Ye ke..." kakak ipar aku mula terfikir nama Mariana pula. Terus hilang senyuman pada wajahnya.
"Iyelah..... Kan nama Mariana, Nurul Mariana Aulia.... Apalah Kak Lia ni....Nama anak dah tak ingat. " aku tersuka perlahan-lahan kerana tak nak baby Maria terbangun.
"Bukan tak ingat. Abang kamu tu yang nak letak nama Aulia tu. Kak Lia nak letak nama Maria. Sebab tu gabung jadi macam tu." kakak ipar aku kembali tersenyum.
"Assalamualaikum....." tiba-tiba pintu wad bilik kakak ipar aku terbuka.
Terus aku dengan kakak ipar aku pandang ke arah suara wanita tua itu. Rupa-rupanya Puan Sri Khadijah dan Tan Sri Abdul Rahman datang melawat kakak ipar aku.
"Ummi!" jerit Mariana dan Mikail sambil berlari masuk ke dalam bilik.
"Baby tengah tidur tu. Nanti baby menagis macam mana." kakak ipar aku menegur Mariana dan Mikail.
Mariana dan Mikail hanya tersuka-suka.
"Lepas ni, Mariana dan Mikail tak buat macam tu lagi ye." kakak ipar aku tersenyum dan mengusap kepala anak-anak nya. Sungguh dia rindu dua orang anaknya ini.
"Okay ummi." kata mereka dengan perlahan sambil tersenyum gembira.
"Haaa. Dah sampai dah. Ingatkan lambat lagi sampai." Abang aku masuk kedalam bilik wad isterinya.
Terus abang aku bersalaman dengan Tan Sri Abdul Rahman. Selepas itu dia menepuk bahu Syahmi yang berada di sisi Tan Sri Abdul Rahman.
"Tulah, Mikail dengan Mariana tak sabar nak jumpa ummi dia. Ni yang datang cepat sikit." Kata Puan Sri Khadijah.
Aku meletakkan kembali baby Maria dan terus pergi bersalaman dengan Puan Sri Khadijah.
"Ni Syu ye." Kata Puan Sri Khadijah selepas bersalaman.
"Iye." Balas aku sambal mengukir senyuman manis.
"Syu dah ok? Sebelum ni abang Syu bagitahu yang Syu pengsan sampai kena tahan wad." Kata Puan Sri Khadijah yang masih memegang tangan aku dengan penuh erat.
"Haah. Dah ok dah. Doktor pun dah bagi balik. Doktor bagi cuti seminggu. Tapi nak cuti lama-lama tak boleh jugak. Kesian pulak student nanti perlu berlajar cepat-cepat sebab nak kejar test nanti." Balas aku dengan sopan.
"Hmm. Yelah. Bila mak ayah kamu datang tengok cucu?" Tanya Puan Sri Khadijah lagi.
"Esok mak ayah datanglah kesini. Harini mak ayah nak cari ikan untuk Kak Lia dulu." Balas aku.
'Kenapa tanya aku banyak sanggat soalan ni. Abang aku kana ada.' Omel aku sendirian.
Rasa kekok lah pula bila bercakap dengan mak Syahmi ni. Dah lah aku taj bagi jawapan lagi. Nampak sanggat dia berharap aku terima Syahmi jadi suami aku. Aku pun malu nak tengok Syahmi yang berada di tepi Tan Sri Abdul Rahman.
YOU ARE READING
Si Dia Hanya Di Hatiku
RomanceAku tidak dpat melupakannya. Sudah berbagai cara aku ingin melupakannya, tetapi semuanya tidak menjadi.