BAB 18

17 0 0
                                    

"Ingatkan tak ingat dah kita. Budak kaya kan. Kita ni ada apa sanggat." Laila tesenyum sinis.

"Dah lah tu Laila." Tasha kata dengan berlembut.

"Eh kau ni. Kalau kau macam ni, sambai bila dia pijak kepala kau. Dasar betina sombong tak ingat dunia!" katanya dengan volume tinggi. Senyuman sinis masih terlekat pada mukanya.

Kami sudah menjadi perhatian orang ramai. Sengaja Laila tinggikan suaranya. Biar semua orang dengar. Tapi, siapa tahu perkara itu adalah benar ataupun fitnah semata-mata untuk membuatkan hidup aku hancur.

"Kalau kau nak cari pasal dengan aku, bukan dekat sini atau depan family aku." aku memberi amaran.

"Kenapa tak boleh bincang kat sini?! Oh... Takut nama baik ayah kau jatuh... Takut kakak ipar kau tahu perangai kau sebenarnya macam mana...."katanya dengan nada sinis.

"Dah lah tu Laila!" tegas Tasha sambil menarik tangan Laila untuk pergi dari situ.

"Aku tak takut dengan orang macam kau. Buang masa aku je layan kau!" aku tersenyum sinis. 

Aku terus mengajak kakak ipar aku dan Mariana pergi dari situ. Nanti dia bagitahulah ke abangnya dimana lokasi mereka.

"Macam nilah orang kaya... Bila dah buat masalah, taknak mengaku... Ingat dia boleh tutup mulut orang dengan duit...."Katanya dengan kuat supaya aku dengar.

Aku berhenti berjalan. Tetapi, lebih baik aku tak layan perangai budak-budak Laila yang tak pernah berubah dari sekolah lagi. Aku terus berjalan kembali

Laila yang geram kerana aku tak layan dia. Segala muslihat untuk menjatuhkan maruha aku tidak menjadi. Terus dia mengejar aku dan menarik tangan aku sampai aku terjatuh.

"Aduh!" aku merasakan sakit pada pinggul aku.

Mariana terus duduk tepi aku. Mukanya sudah kemerahan kerana sedih melihat aku.

"Eh! Kau ni kenapa buat macam ni kat adik ipar aku!" kakak ipar aku sudah hilang sabar apabila aku diperlakukan sedemikian.

Tadi dia masih boleh bersabar kerana aku yang tak nak nanti jadi masalah pula.

"Eh, perempuan! Kau tak payah masuk campur lah!"Terus Laila tolak kakak ipar aku sampai jatuh terdorong ke belakang.

"Aduh!!" Kakak ipar aku jerit kesakitan apabila dia merasakan perutnya sakit. Mukanya berkerut menahan sakit.

"Ya Allah, Laila! Kau buat apa ni?!" terkejut Tasha apabila melihat darah pada kain kakak ipar aku pakai.

Laila yang terkejut terus dia tarik tangan Tasha untuk pergi dari situ. Aku terus bangun dan pergi ke arah kakak ipar aku.

"Ya Allah Kak Lia!" aku terkejut apabila melihat tompokan darah pada kain kakak ipar aku. Terus bertakung mata aku.

Mariana yang melihat darah terus dia menangis dengan kuat.

"Ya Allah! Sakitnya!" mengerang kesakitan kakak ipar aku.

Kepala aku tidak boleh fikir apabila melihat kakak ipar aku yang dalam kesakitan.

"Tolong!" terus aku jerit meminta tolong dengan air mata yang deras megalir pada pipi aku. Sungguh aku tak menjangkakan perkara ini berlaku.

Ada orang yang hanya memerhati. Tiba-tiba ada dua jejaka datang menghampiri kami.

"Syu...." panggil salah seorang jejaka tersebut.

Aku melihat gerangan suara tersebut. Ya, aku kenal dua jejaka tersebut. Setiap kali aku dalam kesusahan, tentu dia ada tolong aku.

Si Dia Hanya Di HatikuWhere stories live. Discover now