Syahmi bangun awal pada pagi esoknya. Dia kemas rumahnya dan barang-barangnya. Setelah dia tengok rumah nya bersih, dia ambil beg galasnya dan keluar dari rumah. Syahmi meletakkan beg galasnya dalam kereta. Syahmi mengunci pintu rumahnya. Tiba-tiba dia terpandang kereta jiran barunya. Dia tidak ambil tahu tentang jirannya.
'Kenapa macam pernah nampak je kereta tu...' omel syahmi sendirian.
Dia terus menghidupkan kereta dan memulakan perjalanan ke rumah daddy dan mommy nya. Tak sampai satu jam Syahmi sampai. Rumah family nya sungguh gah apabila terpandang. Rumah bagaikan istana itu memiliki 3 tingkat dan mempunyai taman yang luas. RUmah ini melambangkan kekayaan daddy nya.
"Assalamualaikum....."
Syahmi memberi salam setibanya di depan muka pintu.
"Waalaikumussalam.... sampai pun anak mommy...."
Mommy Syahmi memeluk satu-satu anak lelakinya. Mommy nya juga turut mencium pipi nya kiri dan kanan.
"Apa ni mommy.... Syah dah besarlah..... Syah bukan anak manja pun sampai mommy nak kiss pipi syah bagai...." kelihatan muka syahmi merah. yelah, kulit putih. Mestilah malu kalau diperlakukan begitu.
"Alah.... bukan selalu syah balik. biar lah mommy nak bermanja dengan anak mommy sendiri...." nampak kedutan tua apada wajah puan sri khadijah apabila tersenyum.
"Jom lah masuk, mommy ada masakkan makanan kegemaran syah..." kata puan sri kahdijah dengan teruja.
Syahmi masuk dan terus mendaki tangga untuk kebiliknya untuk meletakkan beg.
"Syah, tolong mommy panggil daddy kamu tu turun makan. daddy kamu tu ada dekat bilik bacaan." kata Puan Sri khadijah sebelum kelibat anak lelakinya hilang.
Syahmi hanya menganguk sahaja dan terus naik ke atas. Setelah dia letakkan beg nya dalam bilik, dia berjalan ke arah bilik bacaan pada tingkat 2.
tok!tok!tok!
"Daddy, mommy ajak turun makan."
Syahmi berjalan ke arah daddy nya dan bersalaman sebagai tanda hormat orang tua.
"Okay! jom" tan sri abdul rahim turun bersama anak lelakinya.
"Hai abang...!" jerit Mahira aka adik perempuan Syahmi apabila melihat abang nya sudah sampai.
"Abang.... mesti abang tak sabarkan...... Mahira pun tak sabar tau..... Adui...!!" kata mahira gembira dan pada masa yang sama mahu bergurau dengan abang nya.
Puan Sri Khadijah mencubit anak perempuannya setelah mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Mahira. Syahmi menunjukkan muka yang pelik apabila terdengar apabila adik perempuan nya bercakap.
"Apa yang abang dengan adik tak sabar ni?" tanya Syahmi ke arah adiknya dengan muka yang pelik.
"Adalah.... Mommy dengan daddy pun tak sabar tau.... Tapi tunggu dari abang je...... Tu pun kalau abang setuju lah......." kata Mahira dengan nada mengusik.
"Ehm... Mahira.... tutup mulut kamu tu.... Tak habis-habis mulut tu berbunyi je.... Dah macam mulut murai dah daddy tengok.." tan sri abdul rahim bergurau dengan anak perempuannya.
"Syah... Nanti mommy dengan daddy nak bincang sesuatu dengan Syah.... Tapi lepas makan ye.... Kita bincang dekat ruang tamu nanti...." ujar Puan Sri dengan berhati-hati sambil meghulurkan nasi goreng kampung kesukaan Syahmi.
"Okay mommy....." jawab syahmi.
Setelah semua siap makan hidangan yang deisediakan oleh puan sri khadijah, bibik mengambil pinggan-pinggan kotor untuk di basuhkan. Sementara itu Puan Sri Khadijah menyediakan teh susu untuk minum sampingan. Setelah siap, dia menyuruh bibik untuk membawa cawan dan teko berisi teh susu tersebut ke ruang tamu.
YOU ARE READING
Si Dia Hanya Di Hatiku
RomanceAku tidak dpat melupakannya. Sudah berbagai cara aku ingin melupakannya, tetapi semuanya tidak menjadi.