"Tak busy pun... Kenapa encik Azwan nak jumpa saya ye?" tangannya pula meletakkan phone dalam poket.
"Eh, tak payah lah panggil aku encik kat depan. Macam kita ni tak pernah berkawan. Panggil macam biasa je lah." Azwan terus tepuk-tepuk bahu Syahmi.
Syahmi hanya tersenyum nipis. Dia dengan Azwan dulu berkawan rapat walaupun beza umur mereka banyak. Mereka berkawan dari Syahmi kecil lagi kerana Tan Sri Abdul Rahman selalu membawa anak mereka pergi melawat Tan Sri Ibrahim.
"Kau macam mana sekarang? Bila masuk pejabat?" terus Azwan bertanya tentang pekerjaan Syahmi. Dia tahu pun dari Puan Sri Sulha.
"Aku baik je.... Lusa kut start kerja.... Ada apa nak jumpa aku? Kau tak busy ke? Aku dengar nak dapat anak baru...." Syahmi pelik pula Azwan tiba-tiba nak jumpa dengannya. Dia dengar dari Puan Sri Khadijah yang isteri Azwan tengah sarat mengandung anak mereka yang ketiga. Pelik pula biarkan isteri dia tinggal kat rumah.
"Saje nak jumpa kau.... Lama tak jumpa.... Nak kata tak busy tipulah.... Isteri aku adik aku yang teman.... So, aku tak risau.... Tak nak jumpa aku ke?" Azwan menyindir Syahmi. Begitulah mereka jika lama tak jumpa.
"Ish.... Kau ni.... Tak kan aku nak lupa kawan.... Yelah, kau kan busy.... dengan kerja lagi, anak-anak kau lagi, dengan isteri kau yang tak sampai sebulan lagi nak beranak.... Pelik lah aku dengan kau.... Kau kan sayang isteri...." Syahmi pula menyindir Azwan.
"Kau cakap pasal isteri ni kan..... Kau ada nak bagitahu aku apa-apa ke? Aku rasa kau ada sembunyi something je dari aku......" Azwan mengecilkan matanya sambil melihat tepat ke arah muka Syahmi.
Syahmi yang tanang terus berdebar. Mana tak nya, orang depan dia mungkin jadi abang iparnya. Dah lah Azwan tu sayang adik-adik dia.
"Aku....aku bukan nak sembunyi dari kau.... Dah tu family aku yang nak..... Aku terima je lah...." jawabnya dengan terketar-ketar.
"Aik... Kau tak sangkut ke dengan adik aku tu. Si Shahrul pun sangkut dengan dia.... Tak kan kau tak jumpa dengan dia... dia kan kerja sekali dengan kau sebelum ni...." Azwan pelik dengan Syahmi. Dia tak pernah lagi jumpa dengan lelaki yang tak berminat dengan adiknya apabila berjumpa.
"Kau ingat aku ni apa.... Jumpa perempuan cantik je terus sangkut... Memang tak ah...." jawab syahmi dengan tersengih-segih.
"Dah tu kenapa kau terima je dengan keputusan family kau.... Aku rasa kau bukan macam tu.... Mesti kau ada sebab kau ikut je dengan family kau..." walaupun nada suara Azwan tenang, tapi masih ada ketegasan dalam ayat nya. Dia tak nak adiknya dipermainkan.
"Mestilah aku ada sebab.... Dan family aku pun bagi aku buat keputusan..." Syahmi tersengih dengan Azwan. Dia juga tak nak Azwan berfikir bukan-bukan tentangnya.
"Dah tu apa sebabnya?" Azwan semakin pelik dengan Syahmi. Kalau tak jatuh hati kat adiknya apa lagi sebab jejaka di depannya memilih adiknya sebagai calon suri rumah. Bab kahwin tak boleh bawak main-main.
"Sebab, Allah kata macam tu..... Aku pun ikut jelah kehendak family aku." Syahmi jawab dengan tenang dan kata-katanya sungguh ikhlas untuk menerima adik Azwan sebagai peneman hidupnya.
Azwan terkejut dengan jawapan tersebut. Dia tersenyum gembira apabila mendengar kata-kata itu keluar dari mulut Syahmi. Dia sanggat kenal akan Syahmi. Tak pernah dia buat keputusan tanpa berfikir.
"Dan ada satu sebab lagi aku pilih keputusan aku tu.... Dan aku nak kau suruh adik kau tu duduk sekali dengan kau selagi dia belum kahwin. Aku tak nak terjadi apa-apa kat dia nanti. Kalau dia tak terima aku menjadi suaminya, biarlah dia ada orang selalu berada dengannya." Kali ni Syahmi berkata dengan nada tegas.
YOU ARE READING
Si Dia Hanya Di Hatiku
RomanceAku tidak dpat melupakannya. Sudah berbagai cara aku ingin melupakannya, tetapi semuanya tidak menjadi.