Bab 7

12 2 0
                                        

"Uhuk! Uhuk...!" tiba-tiba aku terbatuk, seperti ada orang memanggil aku. Selamat roti nya baru ditelan. kalau tak tersembur atas meja makan rumah sewa nya. Terus dia mengambil segelas air masak untuk melegakan tekak nya yang haus.

"Sape pulak panggil aku ni......" kata aku sendirian dengan pelik.

setelah siap mengemas meja makan, aku pergi memakai tudung bawal aku berwarna hitam. Alang-alang ada cuti lebih 2 hari ni, baik balik rumah mak dan ayah nya. Aku mengenakan blouse berwarna hijau dan seluar slack berwarna hitam. Siap sahaja aku pakai tudung, aku terus mengambil handbag aku dengan bag yang berisi barang aku yang lain.

Aku terus menghidupkan kereta untuk memanaskan enjin. Selepas beberapa minit mula lah perjalanan aku pulang ke kampung halaman aku.

"Kamu ni dah kenapa Syah..... Kamu ni macam nampak hantu sampai muka macam tu sekali..... Habis kotor ruang tamu mommy..... kesian bibik yang kena bersihkan, bukannya kamu...." bebel Puan Sri Khadijah kepada anak lelakinya itu.

"Jap, ulang balik mommy nama perempuan tu?" kata syahmi dengan terburu-buru.

"Nur Afifah Syuhada binti Tan Sri Ibrahim.... Kamu ni dah kenapa Syah?" khawatir pula Puan Sri terhadap Syahmi.

'Eh..... Jangan lah perempuan yang sama......' terlintas dalam benak fikiran Syahmi.

"Emm... Syah nak naik bilik dulu ye mommy... daddy..." Syahmi terus bangun dari sofa dan berjalan dengan cepat menghala ke biliknya.

"Mahira.... Dah dah lah tu ketawakan abang kamu tu..... Tak elok anak dara ketawa macam tu tau....." ujar Tan Sri apabila melihat anak perempuannya belum habis ketawakan Syahmi.

"Hm.... Yelah daddy.... Mahira naik bilik dulu ye...." mahira berjalan cepat-cepat ke arah biliknya dengan badan nya yang terketar-ketar kerana menahan ketawa, sebelum ketawa nya terletus kembali di dalam biliknya.

Tan Sri Abdul Rahim hanya mengeleng kepala dengan sengihan yang nipis apabila mendengar sayup-sayup Mahira ketawa kembali.

Syahmi menutup dedaun pintu biliknya. Terus dia duduk di tepi katilnya.

"Tak mungkin orang yang sama.... Tapi, boleh jadi......" katanya sambil merenung ke luar beranda pada biliknya.

Terus dia terbaring di atas katilnya sambil memikirkan keputusan yang perlu dia buat. Selepas beberapa minit terus dia terlelap kerana kepenatan. Sebelum dia terlelap, dia juga memohon bantuan dari Yang Maha Esa dalam membuat keputusan tersebut. Hal kahwin tidak boleh buat main-main. Dengan keputusan yang dia buat akan menentukan kehidupan nya akan datang.

"Papa..... Mama.... kalau shahrul nak kawin boleh?" kata Shahrul dengan senyuman penuh makna terhadap Dato Jamal dan Datin Faridah selepas mereka siap bersarapan.

Dato Jamal berkerut melihat anaknya. Dia tak sangka anaknya yang berumur 31 tahun ini ingin berumah tangga. Biasanya, anak nya tak pernah serius dengan wanita. Penat dia memberi ceramah pada anak bongsunya ini. Dato Jamal dan Datin Faridah mendapat 2 oarang cahaya mata. Kedua-duanya anak lelaki. Abang nya mengambil alih tempatnya sebagai CEO dalam syarikat yang dibina dari muda. Abangnya kini sudah berkahwin dengan isteri pilihannya sendiri dan mendapat 3 cahaya mata.

"Betul ke anak mommy nak kawin ni..... Sapa perempuan pilihan kamu tu?" tanya Datin Faridah dengan gembira.

Datin Faridah selalu memanjakan Shahrul kerana ank bongsu. Semua yang diminta dari kecik, semua dapat. Tetapi, Dato Jamal sentiasa berkelakuan tegas terhadap anak-anak nya. Buktinya, anak sulung nya yang mempunya sikap yang baik. Tidak seperti anak bongsunya, yang suka mempermainkan perasaan perempuan. Setiap hari dia keluar dengan perempuan lain. Bagaikan perempuan ni boleh diganti macam menukar pekaian.

"Anak bongsu kawan papa, Tan Sri Ibrahim.... arul berkenan sanggat lah dengan anak bongdu dia tu..... Nama dia Nur Afifah Syuhada Binti Tan Sri Ibrahim. Dia baru balik dari oversea, sekarang kerja sebagai pensyarah dekat arul kerja sekarang...." katanya dengan gembira.

Dato Jamal hanya senyap untuk mendengar penjelasan ank nya.

'Oh.... Syu rupanya.... Budak tu memang baik dan sedap mata memandang.... Tapi anak aku ni sebaliknya pula....' hati kecil Dato Jamal berkata.

"Nanti papa fikirkan. Bagi papa berbincang dengan abang kamu dengan mam kamu dulu." kata Dato Jamal dengan membuatkan Shahrul sedikit hampa.

"Okay papa.... Shahrul nak keluar kejap, nak jumpa Khairul...." Shahrul terus bangun dan keluar berjalan ke arah keretanya.

"Kita pernah jumpa ke anak bongsu Tan Sri Ibrahim tu? Tak pernah dengar pun nama tu?" kata Datin Faridah setelah kelibat anak nya tidak kelihatan.

"Pernah sekali kita jumpa budak tu...... masa tu budak tu kanak-kanak lagi... Kita panggil dia Syu... Adakan budak perempuan yang comel gebu putih tu......" kata Dato Jamal mengingat kembali saat pertama kali dia dengan isterinya berjumpa dengan aku.

"Laaa..... Syu ke.... Mesti cantikkan budak tu sekarang.... Dah besar panjang budak tu sekarang.... Patut lah Arul tu terpikat dengan syu...... Abang tak contact ke dengan Tan Sri Ibrahim sekarang? Tak ada ke dia cerita tentang budak tu?" tanya Datin Faridah dengan bertalu-talu.

"Ada saya contact dengan dia..... Adalah jugak dia bercerita tentang anak bongsu dia tu.... Dia dengan isteri dia tu pun risau anak bongsu nya tu tak kawin lagi..... Bila di tanya pasal kahwin, katanya tak ada calon lagi..... Dah lah duduk sorang sorang dekat rumah sewa nya tu...." cerita Dato Jamal kepada isterinya.

"Boleh lah kita pergi meminang Syu tu..... Nanti diambil orang susah pulak....." kata Datin Fridah dengan teruja.

"Tapi, awak tahukan perangai anak awak tu macam mana.... Saya tak nak anak kawan baik abang tu merana hidup dengan anak kita.... Nanti terputus jalinan persahabatan yang baik dengan kawan abang disebabkan anak kita..... Kalau boleh saya tak nak ambil risiko tentang hal ni..... pada awalnya kita berniat baik, last-last jadi lain pulak....." kata Dato Jamal dengan risau. Jelas riak wajah Dato Jamal yang sudah tua risau dengan permintaan anak lelakinya itu.

"Mana lah tahu bang, kut kut perangai Arul tu berubah bila berkahwin dengan Syu tu..... Saya pun nak tengok anak kita bahagia....." pujuk Datin Farida agar suaminya setuju.

"Nanti lah saya berbincang dengan Haikal.... Lepas tu baru saya uat keputusan...." kata dato jamal kepada isterinya.

Dia tahu sanggat dengan perangai isterinya yang suka memanjakan Shahrul. Tak boleh dia dengar dari isterinya sahaja. Perlu juga berbincang dengan anak sulung nya, Haikal kerana Haikal juga anak-anaknya.

Dato Jamal terus pergi ke arah bilik bacaan nya untuk berfikir. Isterinya pula mengemas pada pinggan mangkuk yang digunakan tadi dengan bantuan bibik. Dia berharap agar suaminya setuju untuk meminang anak bongsu kawan suaminya.

Shahrul memarking keretanya di garaj apartment Khairul. Khairul yang sedang menunggu kawan baiknya itu membuka pintu apabila mendengar pintu rumahnya diketuk.

"Sampaipun kau.... Apa yang kau nak cerita kat aku ni....?" Khairul terus menutup dan mengunci pintu rumah nya.

"Aku nak kawin dengan Syu tu...." kata Shahrul dengan senyuman penuh muslihat.

"Papa dengan mama kau dah tahu ke belum?" tanya Khairul dengan muka yang tidak terkejut. Dia dah masak sanggat dengan Shahrul tu. Apa yang di na, dia akan dapatkan juga dengan cara apa sekali pun.

" Dah.... Tadi aku bagitahu..... Papa aku kata nak fikir dulu...." Shahrul terus duduk di sebelah kawan baiknya.

"Kalau papa kau tak setuju macam mana? ataupun papa kau setuju, tapi Syu tu tolak pinangan kau?" tanya khairul apabila pertanyaan itu terlintas di fikirannya. Dia bukan nak menggalakkan Shahrul tu buat jahat. Di nasihat pun, bukan dia dengar.

"Tak apa..... Aku akan buat apa-apa pun untuk dapatkan Syu tu..... She is mine!!" kata Shahrul dengan penuh nafsu. Terukir juga senyuman yang jahat pada muka nya.

Khairul hanya mampu mengeleng kepala apabila melihat riak muka Shahrul macam tu.


** Hope you all enjoy reading this story.... Jangan lupa vote and commen :) **

Si Dia Hanya Di HatikuTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang