Bab 9

13 1 0
                                    

"Hai sweety..... Lama tak nampak you.... Apa khabar sekarang?" kata Shahrul  dengan nada yang jahat.

"Aw...Awak buat apa kat sini?" tanya aku terketar-ketar. Aku masih teringat peristiwa yang berlaku antara aku dengan Shahrul.

"Oh... Ni sepupu saya yang bertunang..... Tak salah pun kan kalau saya nak ikut kan....." kata shahrul dengan matanya tajam memandang ke arah aku.

Aku terus tundukkan muka aku, takut apabila pandang mukanya.

"Syu.... jomlah kita masuk....." kata Maryam sambil menarik tangan aku.

Maryam pelik apabila melihat keadaan aku dengan lelaki yang dia tidak kenali.

"Kau kenapa ni Syu?" Maryam tanya pada aku setelah kami masuk dalam rumah.

"Tak ada apa-apa...... Lelaki tu kawan sekerja aku kat UiTM.... Aku terkejut je sebab jumpat kat sini pula....." kata aku dengan sengihan yang palsu.

"Laaa.... Aku ingat kan apa tadi..... Handsome jugak lelaki tadi..... Mesti dia sangkut dengan kau kan...." kata Maryam dengan nada bergurau.

"Eh... Mengarut lah kau ni..... Dah jom duduk dekat Sakinah tu...." kata aku sambil menrik tangannya untuk mencari tempat duduk.

Kelihatan ada beberapa budak kecil melambai ke arah aku dengan Maryam. Rupa-rupnya anak buah aku dengan anak buah Maryam yang melambai ke arah kami. Mereka ajak kami duduk berdekatan dengan mereka. Yelah, kami ni anak bongsu. Mestilah rapat dengan anak buah. Nak ada anak sendiri lambat lagi. Jaga lah anak buah macam anak sendiri.

Aku melangkah ke arah kanak-kanak ribena tersebut dengan sengihan sampai ke telinga samapai nampak lesung pipit kedua-dua belah pipi aku. Sapa-sapa sahaja yang melihat senyuman aku tu, mesti terpikat. Termaksuklah Shahrul yang tanpa aku sedar memerhati aku dari jauh.

Dengan jelas sekali dia tahu ini adalah pertungan sepupu aku kerana baju corak lain, tetapi warna yang sama. Keluarga belah perempuan ditetapkan tema baju berwarna indigo kerana itu warna kegemaran Sakinah. Malah, Shahrul nampak aku sanggat rapat dengan adik beradik bakal tunang sepupunya.

Setelah cincin pertungan disarungkan pada jari manis Sakinah, tibalah pula sesi bergambar. Setelah keluarga belah lelaki pergi menjamu selera makanan yang dihidang, tiba masa aku pula yang bergambar dengan Sakinah untuk dijadikan kenangan. Bertunang ni biarlah sekali dalam seumur hidup.

Selepas aku bergambar beberapa kali dengan Sakinah, tiba-taba Shahrul datang mendekati ke arah kami tanpa aku sedar.

"Tahniah....." ucap shahrul kepada sakinah.

Aku terkejut apabila mendengar suara garau lelaki tersebut.

"Nak begambar dengan dia ni ke?" ujar Sakinah apabila perasan mata Shahrul melekat pada aku.

"Haah.... Tapi gadis manis ni sudi ke tak bergambar dengan saya?" katanya dengan penuh hormat, tetapi senyuman nya dengan penuh muslihat.

"Boleh je ni.... Dia ni pun single lagi..." kata Sakinah dengan berniat hanya mengacau.

Aku terus berdiri di sebelah Shahrul agar Skinah tak perasan dengan jiwanya yang tak tenang. Sakinah tolong mengambil gambar menggunakan phone Shahrul.

"Terima kasih lah kerana sudi mengambil dengan saya...." Shahrul terus berlalu pergi.

Aku terus mengeluh apabila kelibat Shahrul sudah tidak kelihatan. 

"Kau ni dah kenapa mengeluh.... Orang cantik macam kau ni mesti ramai peminat...." kata Skinah sambil berjalan beriringan ke arah tetamu yang hadir.

Si Dia Hanya Di HatikuWhere stories live. Discover now