Tepat pada pukul 5.30 petang, aku sampai di perkarangan rumah mak dan ayah. Puan Sri Sulha aka mak aku menunggu ketibaan aku di luar rumah. Yelah, awal-awal lagi di suruh buat live location. boleh lah dia tahu di mana aku tanpa meganggu aku pandu kereta. Rumah ini hanya biasa-biasa sahaja. Rumah ini peninggalan arwah nenek aku kepada mak aku. Rumah agam yang satu lagi, abang sulung aku yang tinggal di sana.
Aku boleh je tinggal serumah dengan abang aku. Tapi aku nak berdikari. Cuba berdiri atas kaki sendiri. Abang aku pun dah berkahwin dengan pilihan hatinya dan mendapat 2 cahaya mata dan kakak ipar aku tengah mengandung anak mereka yang ke-tiga. Kalau ada apa-apa majlis akan dibuat di rumah sana, kerana banyak bilik dan halaman yang luas. Nak dibandingkan bilik di rumah peninggalan arwah nenek aku tak setanding dengan rumah di Kuala Lumpur. Nak memuatkan adik beradik aku dengan anak-anak buah aku pun tak cukup.
Puan Sri Sulha namapak sahaja aku keluar dari kereta, terus dia memulakan langkah ke arah aku.
Aku terus menghulurkan tanagn kanan aku untuk bersalaman dengan mak aku. mak aku pula melagakan pipi kami dengan penuh rasa kasih sayang.
"Mak, ayah mana?" tanya aku memulakan perbualan.
"Ayah kamu dalam rumah.... tengok tv....." jawab mak aku sambil melihat aku mengambil beg.
"Jomlah masuk mak...." aku menarik tangan tua mak aku dengan penuh erat.
"Syu lapar tak? Mak ada masak nasi ayam kesukaan kamu..." kata mak aku setelah masuk ke dalam rumah.
"Lapar lah mak...... Jom makan sama-sama.... Ajak ayah sekali....." aku terus melangkah ke dapur dengan riang.
"Kamu pergi tukar baju dulu, mak nak panggil ayah kamu." Puan Sri terus melangkah ke arah suaminya yang berada di depan tv.
Setelah aku siap tukar pakaian, aku turun ke bawah untuk pergi ke ruang makan. Kelihatan ayah dan mak aku sedang menunggu aku di meja makan. Aku terus bersalaman dengan ayah aku.
Ibu aku meyendok makanan ke pinggan aku dan ayah aku. Sekian lama aku tak makan air tangan mak aku. Lagi-lagi nasi ayam. Mak aku suruh tinggal lama sikit dengan mereka tak nak. Itulah padahnya.
Selepas itu, aku berborak dengan mak ayah aku di depan tv. Setelah waktu masuk pukul 7 malam, aku pergi bersiap untuk menunaikan solat maghrib. Usai sahaja aku solat isyak, aku terus tidur kerana kepenatan memandu kereta yang mengambil beberapa jam untuk samapai.
Keesokan hari nya, aku membuat sedikit kuih untuk dibawa ke rumah ayah su. Sudah lama aku tak menjengok pak sedara aku. Rumahnya dekat je. Petang itu aku mengayuh basikal ke rumah ayah su.
Aku terus memberi salam dan anak ayah su aku yang paling bongsu membuka pintu. Inilah sepupu aku yang paling rapat sekali. Setiap kali aku balik menjengok nenek aku di sini, aku selalu bermain dengannya semasa aku kecil lagi.
"Syu..... Rindunya aku dengan kau..... Jomlah masuk..." sepupu aku, maryam ajak masuk.
Setelah aku masuk, rumah itu penuh dengan barang hantaran. Maryam menceritakan segal-galanya kepada aku sebelum aku bertanya.
"Lah.... Kinah nok tunang doh ke? wakpe mok dok kabo mende-mende pung ke syu.... kalu dok syu mari awal sikit tolong cik su dengan ayoh su....." kata aku dengan perasaan hampa.
"Dakpelah..... ayoh su dengan cik su takboh nyusoh ke mok dengan syu..... mok tolong doh cik su dengan ayoh su ngubah ke hantaran ni..... ayoh su dengan cik su pun tepoh je makanan tu...." kata ayoh su sambil menepuk-nepuk bahu aku
"hm... yelah ayoh su.... esok nok suruh syu mari pukul berapa?"kata aku.
"marilah pagi pun.... majlis start pukul 11 pagi esok.... Syu cuit sapa bila ni?" balas cik su.
"lusa balik ah... mujur gok dang tengok kinah tunang....." kata aku sambil menyiku sakinah aka kinah yang berada ditepi aku yang tersengih-sengih malu. Dia fikir aku tak perasan yang dia senyap-senyap menghampiri aku.
Sakinah dan maryam mengajak aku masuk ke bilik mereka. sakinah menunjukkan aku baju bertunang nya pada aku. Bjunya kelihatan simpel tapi eligent pada mata aku.
"Yang lain bila sampai?" tanya aku kepada maryam dan sakinah. Aku tidak menggunakan lorat terengganu aku pada mereka.
"malam ni sampai lah.... Tapi tidur kat lain..... tak muat rumah ni nak menampung budak-budak kecik tu...." kata sakinah dengan gembira.
"oh.... Patutlah adik-beradik Syu pun balik hari ni..... maybe sampai malam ni.... Diorang oun tido rumah sewa jugak...." kata aku yang baru perasan bahawa kakak-kakak aku dan abang-abang aku balik malam ni.
"Syu balik dululah.... Nak kemas lagi sikit bilik-bilik yang lain tu...." aku terus meminta diri untuk pulang. Aku terlupa mak suruh kemas bilik-bilik di dalam rumah.
Aku terus pulang ke rumah. Tak sampai 10 minit aku dah sampai. Aku terus pergi ke setiap bilik untuk menukar cadar yang berhabuk. setelah itu, aku terus membasuh cadar-cadar tersebut menggunakan mesin basuh. setelah satu jam, aku terus menyidai cadar-cadar yang siap di basuh. Mak aku pula sedang memasak lauk pauk untuk dihidangkan malam ni.
pada pukul 9 malam, sampai abang-abang dengan kakak-kakak aku. Riuh rumah aku dengan gelak ketawa anak-anak buah aku. Ada tu terdengar mennagis sebab jatuh, ada tu menangis sebab mintak susu. Penat melayan karenah budak-budak kecil ni.
Setelah anak-anak buah aku kepenatan bermain, abang-abang aku membawa keluarganya ke rumah sewa untuk berehat. Aku pula tidur dengan anak-anak buah aku di dalam bilik aku. Terutamanya, Furqan dengan ziyad yang paling rapat dengan aku. Sampai-sampai je terus panggil aku dan peluk aku.
Keesoakan harinya, aku menolong kakak aku memakai dan memandikan anak-anak buah aku. Setelah itu, aku pula bersiap-siap memakai baju kurung biasa yang berwarna indigo dan mengenakan tudung bawal berwarna ungu lembut.
Fuqan dengan Ziyad mahu pergi bersama aku ke rumah ayah su kerana ingin bermain dengan anak-anak sepupu aku. Setelah sampai, Furqan dengan Ziyad melompat keriangan dan berlari masuk ke dalam rumah ayah su. Kelihatan sedara mara terdekat belah cik su aku sudah sampai.
"ziyad..! Furqan..! jangan lari.... nanti jatuh.... kotor baju tu nanti..." jerit aku dengan kuat. Tetapi, budak-budak riang itu menghiraukan jeritan aku. Aku pun masuk ke dalam rumah. Family belah cik su kenal sanggat dengan aku kerana aku rapat dengan sepupu-sepupu aku. Sampai orang kata dah macam kembar sebab melekat je aku dengan Maryam tu.
"Makin cantik Syu sekarang..." tegur mak cik nad ke arah aku.
Aku bersalam sorang-sorang. Semua terpegun tengoka aku. Aku pula yang tidak selesa apabila dipandang macam tu. Anak-anak lelaki mereka yang bujang pun terpegun tengok aku. Maryam yang tersedar dengan keadaan aku itu terus menarik aku ke dalam bilik Sakinah yang tengah bersiap-siap. Furqan dengan Ziyad aku serah kan kepada sepupu aku, Muhsin yang masih bujang. Muhsin sanggat suka akan budak-budak.
"Wah... cantiknya kinah...." puji aku dengan teruja apabila melihat sakinah yang angun memakai busana untuk pertungannya.
"Apa ni syu.... Kau lagi cantik tau..... Nanti kau tengoklah masa kau nak bertunang dengan menikah nanti.... Mesti gempak punya.... Mesti orang terpegun tengok kau...." kata sakinah yang mengusik aku pula.
Tiba-tiba cik su datang ke bilik sakinah untuk memaklumkan keluarga belah bakal tunangnya sudah sampai. Aku pergi mengikuti cik su untuk menyambut tetamu. Apabila aku keluar aku nampak sepupu aku yang lain dan keluarga aku dah sampai.
Ketika aku menyambut tetamu, terkejut aku apabila aku nampak Shahrul yang ada di rumah ayah su. Dia memandang aku dengan sengihan yang menunjukkan kekacakan nya.
'Macam mana dia boleh ada kat sini....' membatu badan aku apabila melihatnya yang menghampirinya.
**Haaa nak tahu apa jadi lepas ni..... Baca lah bab seterusnya..... jangan lupa vote dan comment :) **

ANDA SEDANG MEMBACA
Si Dia Hanya Di Hatiku
Lãng mạnAku tidak dpat melupakannya. Sudah berbagai cara aku ingin melupakannya, tetapi semuanya tidak menjadi.