Apabila aku membuka mata aku, berpinar mata aku apabila cahaya lampu masuk ke dalam mata aku. Sakit terasa pada mata aku. Terasa tangan belah kiri aku berat. Aku nampak Nabila tidur di sebelah aku. Aku tak nak Nabila terjaga. Jadi aku tidur balik. Masih terasa penat pada badan aku.
Setelah aku tidur 2 jam, aku terjaga dari tidur. Terasa ringan pada tangan belah kiri aku. Aku melihat belah kiri aku, Nabila sudah tiada. Tiba-tiba aku terdengar orang berdehem.
"Dah bangun dah?" Syhami tanya pada aku apabila nampak aku bergerak.
Aku terus melihat sofa pada belah kanan aku. Aku melihat Syahmi ada di situ. Aku sentuh kepala aku. Lega rasanya apabila kepala aku tertutup dari pandangan Syahmi. Kami bukan muhrim untuk bagi dia tengok. Hanya keluarganya dan suaminya sahaja yang boleh tengok.
"Awak buat apa kat sini?" aku terus bertanya.
"Tunggu awak lah. Nabila turun kejap dengan Amir pergi makan. Kesian kat dia tunggu awak tak makan lagi." katanya sambil memandang aku.
Nampak dengan jelas muka aku pucat. Mungkin sebab aku kekurangan darah dan belum makan apa-apa lagi selepas derma darah kepada kakak ipar aku tadi.
Aku hanya mengangguk.
"Awak nak makan apa-apa tak? Saya suruh Nabila tolong belikan." Syahmi terus mengeluarkan phonenya.
"Saya tak selera nak makan."jawab aku.
"Awak kena makan. Nanti abang dan kakak ipar awak risau nanti." katanya dengan nada memujuk.
"Awak suruh je lah Nabila beli apa-apa pun."aku mengalah. Aku tak nak abang dan kakak ipar aku risau akan aku.
Syahmi terus mesej Nabila untuk suruh beli makanan.
"Abang saya mana?"
"Abang awak hantar budak-budak tu balik."Syahmi terus menyimpan phonenya.
"Tapi, sapa jaga budak-budak tu? Sebab maid kat rumah, ambil cuti sebab jaga anak dia bersalin."aku sudah pelik.
"Dia hantar rumah parents saya. Mommy dan daddy saya dah biasa dah bermain dengan budak-budak tu."wajah Syahmi tenang sahaja. Tiada tunjuk riak muka apa-apa pun.
"Lah. Kira budak-budak tu rapatlah dengan family awak?"aku pula terkejut. Tak ada pulak abang aku bagitahu.
"Haah. Cuma saya je jarang jumpa dengan budak-budak tu. Sebab saya duduk rumah sewa."
Aku pulak terkejut. Kenapa dia duduk rumah sewa. Sedangkan dia ada rumah kat sini.
"Kenapa......" kata-kata aku terus berhenti apabila pintu bilik aku dibuka.
"Adik abang dah bangun...." abang aku terus bersuara selepas tengok aku sudah sedar. Terus dia tersenyum melihat aku.
"Dah bangunlah. Kalau tak bangun lagi, kenapa Syu dah tercogok kat sini." aku terus tersenyum gembira apabila melihat abang aku risau tentang aku.
Dah lah sebab aku, kakak ipar aku jatuh. Mestilah abang aku marah pada aku kerana tak jaga betul-betul kakak ipar aku.
Abang aku melihat muka aku yang pucat. Dia tahu aku takut dengan kejadian tadi dan aku sanggup derma darah kepada isterinya. Semestinya emosi aku tidak stabil menyebabkan tekanan darah aku menjadi rendah. Dah lah tak makan pula. Manalah nak ada tenaga untuk menghadapi situasi sebergini.
"Syu dah makan belum?"terus abang aku tanya selepas duduk di kerusi sebelah kiri aku.
"Belum. Syahmi dah suruh kawan Syu tolong beli makanan. Nanti sampailah makanan."
YOU ARE READING
Si Dia Hanya Di Hatiku
RomanceAku tidak dpat melupakannya. Sudah berbagai cara aku ingin melupakannya, tetapi semuanya tidak menjadi.