Pada keesokan malamnya, kami beristirehat di ruang tamu. Kami menonton TV. Manakala Mikail dan Mariana berada dalam dunia mereka sendiri.
"Ummi.... Mariana nak pergi jalan-jalan esok boleh?" tiba-tiba Mariana menyuarakan keinginannya.
"Mikail pun nak ikut, boleh ummi?" Mikail pula ingin mengikut adiknya.
Mereka berdua melihat ke arah kakak ipar aku. Tumpuan kami pada TV terus bertukar kepada Mikail dan Mariana.
"Abah rasa kan...."
"Ummi nak pergi beli baju baby lah esok.... Nak ikut?" kakak ipar aku terus memotong bicara suaminya.
Abang aku terus pandang isterinya. Kakak ipar aku senyum kepada anak-anaknya. Setelah itu, dia terus membalas pandangan abang aku dengan sinis. Kakak ipar aku tahu yang abang aku tak nak bagi dia keluar sebab 2 minggu lagi dia nak beranak. Aku hanya memandang mereka. Tak nak masuk campur. Nanti aku pula jadi mangsa.
"Tapi sayang kan...." tak habis dia cakap, kena potong lagi dengan isteri tersayangnya.
"Alah abang... Kan doktor kata sayang perlu exercise jugak.... Nanti senang nak beranak normal." katanya dengan nada lembut tapi, ada sedikit ketegasan.
Kakak ipar aku sudah bosan duduk rumah. Nak keluar, suaminya tak bagi. Macam suaminya kurung dia dalam rumah selagi dia tak beranak dan habis berpantang nanti.
"Tapi anak-anak.... Abang nak kena jaga sayang lagi, anak-anak lagi.... Tak cukup tangan abang...."
Aku sudah perasan yang aku akan terlibat. Aku terus bangun dengan perlahan-lahan untuk beredar dari situ.
"Haa.... Syu kan ada.... Syu ikut ye esok?" kakak ipar aku terus pegang tangan aku sambil memandang aku dengan mata yang bulat dan bibirnya tersenyum jahat. Dia tahu aku malas nak masuk campur.
Aku tengok abang aku pula, terus dia gerak mulut suruh aku kata tak nak kat kakak ipar aku. Abang aku tu banyak kerja plus dia sanggat-sanggat risau takut ada orang langgar isterinya ke. Memang dia selalu berfikiran negatif.
Kakak ipar aku terus memandang suaminya kerana dia tengok aku pandang suaminya. Abang aku terus membuat muka tenang macam tidak bersalah. Kakak ipar aku pandang balik muka aku dengan riak wajahnya macam tadi.
"Cik Su ikut lah sekali....." kata Mariana.
Aku tak perasan yang Mikail dan Mariana berdiri dekat aku sambil memegang baju aku. Muka mereka pula dibuat comel. Aku tengok muka abang aku pula, mukanya dibuat macam nak marah.
"Syu.... tak" kata-kata aku pula dipotong oleh kakak ipar aku.
"Syu...." dia sebut nama aku dengan lembut tetapi, aku pula yang semakin takut.
Aku tengok Mikail dan Mariana, muka mereka sudah macam nak menangis.
"Em... Syu.... Syu ikut je lah...." aku terus menjawab. Lagipun apa salahnya keluar hujung minggu. Dah lama dah aku tak keluar berjalan-jalan dengan keluarga abang aku. Tapi, mesti penat nanti.
"Yay! Syu ikut...." kata kakak ipar aku dengan gembira. Macam budak kecil perangainya.
"Yay! Cik Su ikut...." jerit keriangan anak-anak buah aku sambil melompat.
Abang aku mengeluh sambil mengukir senyuman nipis. Memang dia tak boleh buat apa-apa. Dia dah boleh bayang macam mana aku dengan dia nanti jaga budak-budak tu dengan isterinya. Aku pula hanya tersenyum. Mesti bahagia kalau ada keluarga sendiri.
"Syu naik tido dulu lah... Esok biar Syu pula buat sarapan...." kata aku.
"Cik Su, Mariana nak tido dengan Cik Su boleh?" jelas nampak mukanya yang gembira kerana dapat keluar jalan-jalan esok.
YOU ARE READING
Si Dia Hanya Di Hatiku
Любовные романыAku tidak dpat melupakannya. Sudah berbagai cara aku ingin melupakannya, tetapi semuanya tidak menjadi.