BAB 16

12 0 0
                                        

Keesokannya aku pergi awal dari biasa sebab tak nak tersekat jalan jem. Aku menjalani harian aku seperti biasa. Pergi mengajar, pergi makan, dan balik. Tetapi semasa aku pergi makan tengahari dengan Amir dan Nabila di cafe, aku ditegur oleh Shahrul. Dah lama dah dia tak kacau aku. Pada waktu itu, aku hendak membayar makanan. Kebetulan pula dia hendak membuat bayaran makanan yang dia ambil.

"Hai... Lama tak jumpa..." Shahrul tegur aku dengan gembira. Bukan dia dah lama tak jumpa dengan aku, tapi dia sengaja tak kacau aku.

Aku hanya senyap saja. Aku sengaja tak nak layan Shahrul. Cukuplah apa yang telah dia buat pada aku. Sungguh aku terkejut. Dah lah hari pertama aku kerja waktu itu.

"Saya bayar sekali dengan dia lah" kata Shahrul pada penjaga kaunter sambil tangannya menunjukkan ke arah aku.

"Tak payah bayar makanan saya. Saya ada duit saya sendiri. Baik awak belanja student tu. Lagi ada faedah. Lagipun saya ni bukan sapa-sapa pun kat awak." Aku terus menghulurkan duit ke arah pelayan tersebut.

"Lah... Ada mulut rupanya.. Ingatkan tak ada mulut...." kata Shahrul sambil ketawa perlahan.

"Biarlah, mulut saya.... Bukan mulut awak...." aku terus berlalu dari situ. Malas aku nak layan perangai Shahrul.

Shahrul dengan pantas memegang lengan aku. Lankah aku terhenti.

"Jap, aku nak betulkan statement kau.... Nanti, wanita jelita di depan saya ni akan jadi hak saya...." Shahrul tersenyum sinis pada aku.

Aku menarik lengan aku dengan kuat agar Shahrul lepas lengan aku.

"Kau jangan mimpi nak jadi suami aku. Lahipun aku belum buat keputusan. Boleh je aku tolak pinangan kau tu..." aku menjeling ke arahnya. Aku dah tak boleh sabar dengan perangai Shahrul. Ikut suka dia je nak cakap apa.

"Wow.... Beraninya.... Lagilah aku nak kau jadi milik kau.... Kau berani ke nak tolak pinangan tu.... Kau sendiri boleh tahu akibat kalau kau tolak pinangan tu...." Shahrul senyum sinis sambil ketawa kecil-kecil. Selamat pada waktu itu tak ramai student dengan lecture di cafe.

Aku terus berjalan ke arah Nabila dan Amir. Kalau dilayan lagi, lagi sakit hati aku ni. Shahrul hanya melihat sahaja aku berjalan.

"Shahrul cakap apa dengan kau?" Nabila terus bertanya pada aku kerana dia nampak aku dengan Shahrul berbual.

"Nanti aku cerita. Jom balik bilik." Aku terus berjalan. Nabila dan Amir hanya ikut aku. Setelah itu, Amir menukar haluannya, kerana biliknya di blok lain.

"Hah, cerita kat aku sekarang...." Nabila terus bersuara setelah masuk di dalam bilik.

"Kau tahukan yang ada 2 orang meminang aku. Aku nak kau teka sape?" Aku saje nak berteka-teki dengan Nabila.

"Manalah aku nak tahu sape... Bukan aku kawan dengan kau dari kecik...."

"Kau kenal..... Sorang tu memang kerja kat sini.... Sorang lagi tu boleh lah....." aku terus bagi hint pada Nabila.

"Hah, Shahrul..!" jawab Nabila.

"Tu betul... Sorang lagi?" Aku terus menyilang tangan aku.

"Aduh kau ni.... Bagitahu jelah......" Nabila dah malas nak fikir.

"Aku cakap ni jangan nak terkejut pulak...." Nabila terus mengangguk kepalanya.

"Kawan boyfrined kau tu yang berhenti jadi lecture tu...." Aku sengaja tak nak sebut nama. Biar bergerak sikit otak dia.

Muka Nabila blank sekejap, lepas tu dia terkejut selepas dapat tahu siapa.

"Betul betul lah kau.... Aku ingat dia tak minat kat kau... Cakap dengan kau pun tak...." Aku kertawa melihat riaksi terkejut Nabila.

Si Dia Hanya Di HatikuTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang